Showing posts with label virus. Show all posts
Showing posts with label virus. Show all posts

Friday, June 8, 2012

JANGAN terus memburu dosa



1. Permulaannya saya bersyukur apabila Umno menghentikan amalan mengalung bunga ke Tugu Kebangsaan walaupun ianya adalah suatu tindakan yang terlalu lewat setelah mereka bergelumang dengan amalan syirik itu sejak 22 tahun yang lalu setelah Fatwa Syirik dari Majlis Fatwa Kebangsaan digazetkan .

2. Saat semua pihak menumpukan perhatian kepada gaya pendekatan Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri yang dikatakan mula mendapat sokongan 68% , tindakan Datuk Najib menghentikan amalan syirik yang sekian lama diamalkan oleh Kerajaan UMNO dan BN sangat dialu - alukan.

3. Amalan syirik ini pernah dihentikan seketika di zaman Tun Dr Mahathir tetapi malang edisi syirik itu terus disuburkan kembali oleh pendiri mazhab Islam Hadhari di zaman Tun Abdullah . Alhamdulillah , Datuk Seri Najib kembali menghentikannya dan harapan kita agar ia terus dihentikan buat selama - lamanya .

4. Namun malang , apa yang dikatakan UMNO ialah sebuah parti yang dasarnya terus memburu dosa dan selesa untuk terus bergelumang dengan dosa . Manakan tidak , sejurus mereka menghentikan amalan syirik mengalung bunga ke tugu kebangsaan , mereka cipta satu lagi dosa besar yang lain iaitu Judi Sukan .

Firman Allah di dalam Surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud :

“ Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan  syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil ?”.


5. Perdana Menteri telah mengemuka cadangan untuk menghalalkan Judi Sukan di dalam negara kita sewaktu menghadhiri Persidangan Asia Credit Suisse kali ke  13 di Hong Kong . Saya kira ini adalah cadangan yang sungguh tidak bertanggungjawab . Bukan sahaja tidak mengambil kira soal dosa pahala tetapi juga dilihat sebagai satu usaha untuk terus menjerumuskan negara dan rakyat ke lembah maksiat serta mungkar .

6. Antara hikmah mengapa Islam mengharamkan judi adalah sepertimana yang dinyatakan oleh Sheikh Dr. Yusof al-Qaradawi antaranya :

a- Kerugian mendorong pihak yang kalah untuk mengulangi lagi, barangkali dengan ulangan yang kedua itu dapat menutup kerugiannya yang pertama. Sedang yang menang, kerana didorong oleh enaknya kemenangan, maka ia tertarik untuk mengulangi lagi. Kemenangannya yang sedikit itu mengajak untuk dapat lebih banyak dan sama sekali dia tidak ingin untuk berhenti.

Begitulah berkaitnya putaran dalam permainan judi, sehingga hampir kedua putaran ini tidak pernah berpisah. Dan inilah rahsia terjadinya pertumpahan darah antara pemain-pemain judi.

b- Hobi ini merosakkan masa dan aktiviti-aktiviti kehidupan dan menyebabkan si pemain-pemainnya menjadi manusia yang tamak, mereka mahu mengambil hak milik orang tetapi tidak mahu memberi .

Selamanya pemain judi sibuk dengan permainannya, sehingga lupa akan kewajibannya kepada Tuhan, kewajibannya akan diri, kewajibannya akan keluarganya dan kewajibannya akan ummat keseluruhannya .

Tidak terlalu jauh kalau orang yang asyik itu akan berani menjual agamanya, harga dirinya dan tanah airnya, demi permainan judi. Kecintaannya terhadap hidangan ini akan mencabut kecintaannya terhadap barang lain, atau nilai apapun.

Keasyikan ini dapat menaburkan benih permainan judi dengan segala macam cara. Sampai pun tentang harga dirinya, keyakinannya dan bangsanya, akan rela dikorbankan demi terlaksananya pekerjaan yang sia-sia ini.

Betapa benarnya dan indahnya susunan al-Quran yang mengkaitkan arak dan judi ini dalam satu rangkaian ayat dan hukumnya, sebab bahayanya terhadap pribadi, keluarga, tanah air dan moral adalah sama.

Betapa benarnya al-Quran yang telah menjelaskan kepada kita, bahwa arak dan judi adalah salah satu daripada perbuatan syaitan; dan kemudian diikutinya dengan menyebut berhala dan azlam serta ditetapkannya kedua hal tersebut sebagai perbuatan yang najis dan harus dijauhi.

Judi yang terdapat di dalam sukan :
a- Menentu dan mengatur perlawanan
- Sebelum pertandingan bermula keputusan perlawanan sudah ditentukan
· Sogokan akan diberikan kepada atlit atau pegawai perlawanan untuk mengatur keputusan pertandingan

b- Bertaruh keputusan pertandingan
· Peminat sukan akan bertaruh untuk satu-satu pertandingan contoh bola sepak. Peminat akan bertaruh dari segi keputusan pertandingan mahupun jaringan.

Impak sekiranya perjudian ini diteruskan di dalam sukan negara kita:
a. Mencemarkan imej Malaysia selaku sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi .

b. Kualiti dan mutu sukan di Malaysia juga akan merosot sekiranya unsure-unsur perjudian sudah bertapak di dalam arena sukan di Malaysia . Ini kerana pertandingan yang diperjudikan itu telah diatur kemenangan mahupun kekalahan masing-masing .

c. Menjejaskan kepercayaan yang datang dari peminat-peminat sukan .

d. Bayaran yang dibuat kepada seseorang secara personal demi merealisasikan pertaruhannya akan menyebabkan hubungan di antara ahli sukan yang sepasukan boleh terjejas.


p/s :

Judi juga adalah di larang di dalam agama hindu (rujukan web http://bali.stitidharma.org/judi-dalam-pandangan-hindu/)

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Pemuda PAS.
http://episodeperjuangan.blogspot.com/   

Friday, June 1, 2012

AWASI GOLONGAN CAMOUFLAGE DALAM JEMAAH ISLAM

Perjuangan Islam ini suci dan ia tetap akan dipelihara oleh Allah, namun perlu ada kesungguhan dari setiap pimpinan dan anggota agar memastikan jamaah ini tidak menjadi sarang golongan munafiqin untuk mereka bermaharajalela melaksanakan agenda mereka .
Sudah cukup kejayaan mereka tatkala mereka berjaya meneutralkan, melakukan penyusupan, camouflage dalam semangat perjuangan Islam di kalangan anggotanya. Apa yang mereka mahu ialah melunturkan semangat jihad, mencetus kekeliruan di kalangan pimpinan jamaah, beriman dengan demokrasi dan membunuh konsep syura. Meleraikan roh kepimpinan ulama' dan mengadu domba agar wujud pertelingkahan dan persengketaan yang panjang dari kalangan anggota dan pimpinan jamaah.
Oleh : Ustaz Nasrudin Tantawi
Golongan camouflage ini menjadi ancaman kepada Gerakan Islam di sepanjang zaman. Nabi S.A.W pernah memberikan peringatan kepada umatnya yang berjuang tentang kewujudan makhluk ini sebagaimana maksudnya,"Sesungguhnya suatu yang paling ditakuti terhadap apa yang aku takut menimpa ummatku ialah semua munafiqin yang petah lidahnya".
Secara asasnya, Al Quran dan Sunnah telah manggariskan ciri-ciri atau kriteria untuk mengenali golongan munafiq ini. Antaranya :
A ] Berpaling dari melaksanakan hukum Allah [ An Nisa':60-61 ]
B ] Jahat adabnya terhadap Allah dan Rasul SAW [ Al Munafiqun:5 ]
C ] Wala' (kesetiaan) mereka kepada musuh Allah Taala [ Al Hasyar:11 ]
D ] Negatif terhadap jihad [ Aali Imran:167 ]
E ] Melakukan Mungkar dan menghalang perkara makruf [ At Taubah:67 ]
F ] Matlamat mereka ialah kepentingan mereka bukan redha Allah, dan hati mereka sering berbolak-balik. [ Al Hajj:11 ]
G ] Buruk akhlaknya terhadap anggota Gerakan Islam. [ Al Ahzab:57-58 ]

Kepura-puraan mereka telah dijelaskan oleh Al Quran, & mereka juga memiliki kriteria yang sama seperti orang-orang Islam yang lain :-
A ] Mereka melafazkan 2 kalimah syahadah [ al Munafiqun:1 ]
B ] Isytihar keiltizaman mereka terhadap Quran dan Sunnah [ An Nisa':81 ]
C ] Mereka juga mengerjakan solat [ An Nisa':142 ]
D ] Mereka membaca Al Quran seperti yang diriwayatkan Abu Musa Al-Asy`ari RA
E ] Bersedekah dan memberi derma [ At Taubah:54 ]
F ] Turut menghadiri majlis Ilmu [ Muhammad:16 ]
G ] Membina masjid [ At Taubah:107 ]

Menyedari situasi ini, kita tidak boleh memandang enteng kehadiran golongan munafiq. Mereka pada bila-bila masa akan memberi ancaman besar kepada perjuangan yang kita dokongi ini lantaran mereka berkeupayaan menyerang dari dalam secara halus tanpa disedari oleh sesiapa. Langkah berwaspada mesti diambil dan bertindak secara berpasukan adalah kewajipan. Pelihara segala adab berjamaah dan sentiasa bermunajat serta melazimi doa rabitah insya Allah, kita dan jamaah kita akan selamat.

Wednesday, October 19, 2011

Cara membuang virus shortcut di dalam pendrive dan external hard disk

email

(gambar daripada Google Images)
Sekarang ramai betul orang kena virus shortcut nie. Bila dah infected, semua file dalam pendrive ataupun external hardisk akan jadi shortcut dan file asal tidak lagi kelihatan. Tidak kurang juga, virus shortcut ini menganggu sistem Windows seperti meningkatkan cpu usage dan disable task manager, regedit atau sebagainya.
Ada orang terus format, tapi akibatnya file akan hilang dan rugi banyak benda. Jom saya tunjukkan cara membuang virus shortcut ini tanpa perlu format balik pendrive atau external hard disk.

1. Gunakan Antivirus yang berkesan

Laptop kawan saya pernah kena virus ini dan dia pakai avast antivirus. Dah pakai latest definition tapi malangnya bila scan satu habuk tak jumpa pun virus. Jadi pastikan pakai antivirus yang reliable.
Saya cadangkan pakai Microsoft Security Essential (link) + Super Antispyware (link) untuk perlindungan kepada sistem windows anda. Dua-dua perisian tu percuma.

2. Buat selective scan/custom scan

microsoft security essential
Selective scan bermaksud scan guna antivirus hanya pada drive yang infected ataupun scan running processes/memory. Ini bertujuan untuk menghapuskan proses virus yang sedang aktif dalam background, serta menghapuskan file2 virus dalam pendrive atau shortcut dengan lebih pantas.
Kalau buat full scan lama sangat masa yang perlu diambil.

3. Unhide hidden file

Lepas scan dengan MSE patutnya virus shortcut dalam pendrive semua dah kena delete. Jika ada shortcut2 lagi yang tertinggal anda boleh control + A kemudian delete shortcut tersebut.
Sebenarnya, file2 dalam pendrive anda bukannya musnah dan menjadi shortcut, tetapi virus tersebut telah membuat semua file dalam pendrive anda menjadi superhidden. Shortcut2 tu sebagai taktik untuk mengelirukan mangsa supaya salah sangka file2 mereka telah musnah dan mereka harus format pendrive untuk mengembalikan kepada asal.

- Cara manual,

Untuk memulihkan folder yang telah dihidden disebabkan virus…first sekali buka command prompt; tekan start menu > run > taip cmd.
Untuk memulihkan folder2 dalam drive C: dalam cmd, taip attrib c:*.* /d /s -h -r -s
Untuk memulihkan folder2 dalam drive D; dalam cmd, taip attrib d:*.* /d /s -h -r -s
Untuk mengetahui apakah command2 diatas, dalam cmd, taip help attrib

- Cara mudah

Gunakan software Hidden file Tool : Download Hidden File Tool. Kemudian run, dan ikut langkah berikut.

Ok, pada bahagian open path buka direktori pendrive atau external hard disk anda. Contohnya J:. Dan pada bahagian filter delete *.* dan biarkan kosong. Pada bahagian attributes click pada Hidden dan System. Kemudian tekan scan dan file2 anda yang hilang akan dijumpai, dan anda boleh lihat attribute bagi file2 yang hilang ini ialah HSA membawa maksud superhidden.
Superhidden file tidak boleh dilihat dengan mudah seperti anda show/hide hidden file dalam folder options.
hidden file tool[5]
Untuk restore file2 yang superhidden, tekan shift dan highlight semua file yang hendak direstore. Kemudian tekan change, dan tunggu sebentar file2 tersebut akan direstore kembali.
Cuba periksa pendrive atau external hardisk anda, kalau dah berjaya restore tahniah diucapkan.

4. Periksa kehadiran malware/spyware lain dalam komputer anda

Mungkin dalam komputer anda masih ada saki-baki malware lain yang tertinggal? Jadi menggunakan perisian seperti superantispyware anda boleh scan dan jika jumpa terus hapuskan malware tersebut.

5. Buat full scan antivirus + antispyware

Jika anda ada masa baru buat full scan pada windows anda. Sebab saya tak nasihatkan anda buat full scan pada awal2 lagi sebab full scan biasanya mengambil masa sangat lama. Anda hanya perlu hapuskan file2 tertentu sahaja.

6. Buat scan dalam safe mode

Jika perlu, atau mungkin virus tidak dapat didelete dalam windows biasa, anda mungkin terpaksa membuat full scan menggunakan windows dalam safe mode. Caranya, tekan f8 masa windows start.

Selamat mencuba, guide nak unhide hidden folder tu dah lama saya tulis sejak 2009 lagi tapi nampaknya masih relevan lagi sekarang.
Ikhwanul Muslimin : 1. Allah tujuan kami (Allahu ghayatuna) | 2. Rasulullah teladan kami (Ar-Rasul qudwatuna) | 3. Al-Qur'an landasan hukum kami (Al-Quran dusturuna) | 4. Jihad jalan kami (Al-Jihad sabiluna) | 5. Mati syahid di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi (Syahid fiisabilillah asma amanina)