Showing posts with label taman syurga. Show all posts
Showing posts with label taman syurga. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

RAMADHAN Bersama Syeikh Nurudddin



Jom Hijrah Bersama Syeikh Muhammad Noeruddin Marbu al-Banjari al-Makki di TV Al-Hijrah | "Segalanya bermula Di Sini" Pada : 1 - 20 Ramadhan 1433H | Jam : 4:30 petang | Isi Ramadhan Anda Dengan Program-Program Keilmuan

Thursday, May 10, 2012

Jadual Sheikh Nuruddin bulan Mei 2012

*Kuliah Zohor Surau An-Nur Bandar Seremban Selatan
Kuliah Maghrib Surau At-Taqwa Garden City Home Seremban

....................................

10 Mei 2012
- Kuliah Maghrib di Surau At-Taqwa Seksyen 7, Shah Alam

11 Mei 2012
9.00-10.00 pagi: Radio IKIM(Live)
- Topik perbincangan (Hari Jumaat)
- Tazkirah sebelum Jumaat dan khutbah jumaat di Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh.
-Kuliah Maghrib di Masjid Jamek Sultan Ibrahim , Kuala Selangor.

12 Mei 2012
- 9.00 pagi Kuliah Dhuha di Pondok Baitul Qura', Melaka.
- Kuliah Zohor Surau An-Nur Bandar Seremban Selatan
Kuliah Maghrib Surau At-Taqwa Garden City Home Seremban

13 Mei 2012
- Subuh-Asar Kuliah di Masjid As-Salam, Bukit Sentosa.
- Kuliah Maghrib di Masjid UPSI, Tanjung Malim.

14 Mei 2012
- Kuliah Maghrib di Surau Al-Hakim Subang Bestari, Shah Alam.

15 Mei 2012
- (Seminggu) Program Intensif Melahirkan Ulama di Maahad Tahfiz Darul Quran wal-Qiraat, Repek, Kelantan

semua muslimin muslimat di jemput hadir... mohon sebarkan......

Friday, March 11, 2011

KISAH KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W~

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.
Ikhwanul Muslimin : 1. Allah tujuan kami (Allahu ghayatuna) | 2. Rasulullah teladan kami (Ar-Rasul qudwatuna) | 3. Al-Qur'an landasan hukum kami (Al-Quran dusturuna) | 4. Jihad jalan kami (Al-Jihad sabiluna) | 5. Mati syahid di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi (Syahid fiisabilillah asma amanina)