Showing posts with label sirah. Show all posts
Showing posts with label sirah. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Akhlak Baginda SAW

Assalamualaikum, kali ini saya ceritakan suatu kisah antara Saidina umar dengan peribadi Nabi Muhammad SAW di rumah baginda. 
Menurut kisah Saidina Umar bin Khattab, bahwa ketika beliau mengunjungi Nabi Muhammad SAW dirumahnya ,maka ia melihat beliau sedang duduk diatas tikar yang kasar. Setelah S.Umar bin Khattab duduk, ia melihat Rasulullah SAW sedang memakai sarung saja dan kelihatan bekas-bekas tikar dipunggung beliau dan dipojok rumah beliau hanya terdapat sekantong gandum serta sedikit air yang di simpan didalam sebuah Qirbah, perkara tersebut begitu menyentuh perasaan sehingga Saidina Umar menitiskan air mata.

Melihat Umar bin Khatab menitiskan air matanya : Rasulullah SAW bertanya:"Wahai Umar , mengapa engkau menangis ?” Kata Umar: "Wahai Rasulullah bagaimana aku tidak menangis sedangkan aku melihat di punggungmu terlihat bekas -bekas tikar dan aku lihat pula engkau tidak mempunyai kekayaan apapun selain ini, sedangkan Pemimpin Persia dan Romawi hidup dalam kemewahan dan kekayaan yang melimpah ruah, padahal engkau adalah Nabi yang amat di cintai oleh Allah!!!. Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Umar, apakah kamu tidak ridha jika kami sediakan kesenangan diakhirat, sedangkan mereka disediakan kesenangan di dunia ?
semoga semua pemimpin yang ada di donia ini segera mengikuti Akhlak mulia Baginda ini...

Tuesday, April 3, 2012

memahami Kerajaan Bani Umaiyyah

Kerajaan Bani Umayyah (Arab بنو أمية banū umayya / الأمويون al-umawiyyūn); Parsi امویان (Omaviyân), Turki, Emevi) ialah kerajaan khalifah Islam berasaskan perwarisan pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan ini terdiri daripada keluarga di dalam kaum Quraish Makkah. Kerajaan Bani Ummaiyyah ini berkuasa dari tahun 661 masihi sehingga tahun 750 masihi. Ironiknya kaum Bani Ummaiyyah sebelum ini pernah menjadi musuh ketat Islam sebelum mereka memeluk Islam.
Asal nama kerajaan Bani Umayyah adalah mengambil nama sempena nama datuk Muawiyah,pengasas kerajaan ini iaitu Umaiyyah bin Abdul Syams,seorang pemimpin kaum Quraish yang kaya dan berpengaruh.
Kronologi Kerajaan Bani Umaiyyah
  • 661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Umaiyyah.
  • 670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
  • 677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
  • 680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
  • 685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
  • 700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
  • 711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
  • 712M- Tentera Umaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
  • 713M- Penaklukan Multan.
  • 716M- Serangan ke atas Constantinople.
  • 717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
  • 725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
  • 749M- Kekalahan tentera Umaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
  • 750M- Damsyk ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyyah.

Halaman Masjid Ummaiyyah di Damsyik menjadikannya salah satu simbol kekuatan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Masjid Ummaiyyah antara seni bina agung Kerajaan Ummaiyyah. Di dalamnya terdapat makam Nabi Yahaya a.s.
 Khalifah Umaiyyah di Damsyk 
  1. Muawiyah I ibn Abu Sufyan, 661-680M
  2. Yazid I ibn Muawiyah, 680-683M
  3. Muawiyah II ibni Yazid, 683-684M
  4. Marwan I ibn Hakam, 684-685M
  5. Abd al-Malik ibn Marwan, 685-705M
  6. al-Walid I ibn Abd al-Malik, 705-715
  7. Sulaiman ibn Abd al-Malik, 715-717M
  8. Umar ibn Abd al-Aziz, 717-720M
  9. Yazid II ibn Abd al-Malik, 720-724M
  10. Hisham ibn Abd al-Malik, 724-743M
  11. al-Walid II ibn Yazid II, 743-744M
  12. Yazid III ibn al-Walid, 744M
  13. Ibrahim ibn al-Walid, 744M
  14. Marwan II ibn Muhammad, 744-750M
Khalifah di Cordoba
  1. Abd al-Rahman I, 756-788M
  2. Hisham I, 788-796M
  3. al-Hakam I, 796-822M
  4. Abd al-Rahman II, 822-852M
  5. Muhammad I, 852-886M
  6. al-Mundhir, 886-888M
  7. Abdallah ibn Muhammad, 888-912M
  8. Abd al-Rahman III, 912-961M
  9. Al-Hakam II, 961-976M
  10. Hisham II, 976-1008M
  11. Mohammed II, 1008-1009M
  12. Sulaiman, 1009-1010M
  13. Hisham II, menaiki takhta semula, 1010-1012M
  14. Sulaiman, menaiki takhta semula, 1012-1017M
  15. Abd al-Rahman IV, 1021-1022M
  16. Abd al-Rahman V, 1022-1023M
  17. Muhammad III, 1023-1024M
  18. Hisham III, 1027-1031M

Ikhwanul Muslimin : 1. Allah tujuan kami (Allahu ghayatuna) | 2. Rasulullah teladan kami (Ar-Rasul qudwatuna) | 3. Al-Qur'an landasan hukum kami (Al-Quran dusturuna) | 4. Jihad jalan kami (Al-Jihad sabiluna) | 5. Mati syahid di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi (Syahid fiisabilillah asma amanina)