Showing posts with label rukun solat. Show all posts
Showing posts with label rukun solat. Show all posts

Sunday, March 11, 2012

DUDUK | BACA | TAPI TAK FAHAM


: Rabbighfirli Warhamni Wajburnii Warfa'nii Warzuqni Wahdinii Wa'Aafinii Wa'fuanni ::

sedar atau tidak......
-dalam mayang kite doa sokmo, tapi berat nanang, pandai berdoa saje, gape dok tahu die mintak......
-sapa tersembur air liur, tapi sikkit dok serre,

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk 
di antara dua sujud semasa solat..

>>baca Dgn serendah hati nyatakanlah permohonan kepada Allah

1-Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

>>Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima


>>Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)


Warfa'nii (angkatlah darjatku)


Warzuqnii (berilah aku rezeki)


Wahdinii (berilah aku petunjuk)


Wa'Aafinii (sihatkan aku)


Wa'fuannii (maafkan aku)

Usai selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Monday, December 26, 2011

Semasa Menyemai Islam, Jangan Nifaq Yang Tumbuh Subur

On 03/12/2011, in Cabaran Islam, Diari Kembara - Eropah, by Abu Saif | 8,640 views | Print Print | Email Email |

Abu Saif menceritakan peristiwa dalam solat suatu ketika dahulu : “Imam, kenapa baca panjang-panjang?” bentak seorang jemaah di masjid.
“Saya baca Surah apa tadi?” saya bertanya.
“Surah Sabbihisma rabbika al-A’la. Imam tahu kan, Maghrib sunnah memendekkan bacaan?” beliau meneruskan bantahan.
“Pendek pada kamu, Surah apa cadangannya?” saya meneruskan pertanyaan.
“Baca Qulya ayyuha al-Kaafiroon sudahlah!” beliau bertegas.
“Baiklah” saya mengangguk.
“Tapi, kalau Imam sudah tahu, kenapa baca panjang-panjang tadi?” beliau masih belum berpuas hati.
Abu Saif tersenyum.
pahit.
Cuba menghias tebu di bibir senyum.
Abu Saif menceritakan pengalaman bekerja sebagai Imam yang sangat muda bagi sebuah komuniti yang sangat mencabar di Belfast ,Ireland Utara, memberikan saya satu pelajaran penting.
Bukan semua soalan perlu dijawab.
Sesetengahnya, iyakan sahaja.
Sesungguhnya itulah satu-satunya petua yang membantu saya bertahan untuk meneruskan tugas sebagai Imam ketika itu. Belajar berhenti daripada mengikut rentak perdebatan.
Debat  1 Ramadan dan 1 Syawwal hari apa, debat baca panjang sangat, baca pendek sangat, Arab masak rasa macam plastik, Pakistan masak pedas macam api Neraka masuk ke perut, khutbah mesti banyak Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris, musim panas yang tiada waktu Isyak sepatutnya dijamakkan solat atau dilewatkan Isyak… segala-galanya tidak pernah berakhir, berulang sama ada secara harian, mingguan, bulanan, malah tahunan.
Di peringkat awal, semuanya mahu dijelaskan. Mahu dipertahankan. Atas nama kebenaran, atas nama dakwah.
Tetapi selepas satu perjalanan masa, saya belajar pelajaran pahit yang manis ini.
Tekan butang pause, berhenti menjawab selepas jawapan yang diperlukan sudah dinyatakan.
AMALAN DI BLOG
Demikian juga yang Abu Saif amalkan di blognya.
13 tahun mengendalikan Saifulislam.Com, dari semasa ke semasa banyak ombak dan taufan yang datang. Jika pengunjung biasa yang akhirnya sudah menjadi kawan, lazimnya perbincangan adalah santai biar pun ketika berbeza pendapat. Tetapi dengan pengunjung berkala yang hadir secara bermusim, ada yang berminat dengan perdebatan hingga tidak dapat dikesan hujung dan pangkalnya.
“Ok?”
“Jom solat di awal waktu dan di tempat azan dilaungkan”

Selepas apa yang perlu dijelaskan, telah dijelaskan, bertawakkallah kepada Allah.
Nasihat Abu Saif :Jangan berlebih-lebihan dalam perdebatan. Jangan berkelakuan fajir dalam pertengkaran. Ketika jawapan dianggap alasan, penjelasan dianggap menegak benang yang basah, diamlah, biar pun diam dianggap kalah.
((أربع من كُنَّ فيه كان منافقاً خالصاً، ومن كانت فيه خُلَّة منهن كانت فيه خُلَّة من نفاق حتى يدعها: إذا حدَّث كذب، وإذا عاهد غَدَر، وإذا وعَدَ أخلف، وإذا خاصم فَجَر))
“Empat karakter, barangsiapa memilikinya maka dia itu adalah seorang munafiq yang tulen. Barangsiapa yang memiliki salah satu daripada karakter itu, maka dia berada di atas salah satu cabang nifaq sehingga dia benar-benar meninggalkannya: Apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri, apabila berpakat dia khianat, apabila bertengkar, dia melampau” [Hadith riwayat al-Bukhari (3007) dan Muslim (58) dengan lafaz Muslim]
tegasnya Dalam menyemai Islam, jangan nifaq yang subur tumbuh.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra

Sunday, March 20, 2011

~dlm mayang, doa antara 2 sujud bace, tapi gape dok tahu dmintak......


[ Rabbighfirli Warhamni Wajburnii Warfa'nii Warzuqni Wahdinii Wa'Aafinii Wa'fuanni ]




=;baca Dgn serendah hati nyatakanlah permohonan kepada Allah



1-Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
=>Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
2-Warhamni (sayangi aku)
=Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
3-Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
4-Warfa'nii (angkatlah darjatku)
5-Warzuqnii (berilah aku rezeki)
6-Wahdinii (berilah aku petunjuk)
7-Wa'Aafinii (sihatkan aku)
8-Wa'fuannii (maafkan aku)

Usai selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang
 kita hanya lewatkan begitu sahaja..


Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang 
berpura-pura memohon sesuatu
Ikhwanul Muslimin : 1. Allah tujuan kami (Allahu ghayatuna) | 2. Rasulullah teladan kami (Ar-Rasul qudwatuna) | 3. Al-Qur'an landasan hukum kami (Al-Quran dusturuna) | 4. Jihad jalan kami (Al-Jihad sabiluna) | 5. Mati syahid di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi (Syahid fiisabilillah asma amanina)