Showing posts with label remaja. Show all posts
Showing posts with label remaja. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

RAMADHAN Bersama Syeikh Nurudddin



Jom Hijrah Bersama Syeikh Muhammad Noeruddin Marbu al-Banjari al-Makki di TV Al-Hijrah | "Segalanya bermula Di Sini" Pada : 1 - 20 Ramadhan 1433H | Jam : 4:30 petang | Isi Ramadhan Anda Dengan Program-Program Keilmuan

Wednesday, June 13, 2012

FB | IKHTILAT 2012


Alhamdulillah, teknologi semakin tinggi dan membangun. Dunia daie tidak lagi hanya di ruang sempit di kampung dan surau. Bukan hanya berceramah di podium dan sebagainya. Dunia tanpa sempadan banyak membantu daie untuk terus memberi buah yang bermanfaat buat mad'u di serata pelusuk alam.

Namun sahabat-sahabat sekalian, banyak perkara yang harus di titik beratkan dalam mengambil wasilah ini. Satu perkara yang sering kita abaikan ialah soal ikhtilat. Benar.

Saya menerima emel dari seorang sahabat berkaitan hal ini. Maka eloklah saya kongsikan bersama sahabat semua dalam erti mencari mardhatillah. InsyaAllah.

Ikhtilat Alam Maya________________

Puji dan syukur dihadiahkan buat Al-Khaliq ALLAH SWT yang masih sudi meminjamkan diri ini dengan nikmat iman dan islam, masih dalam keadaan sihat jasad dan rohani.
Sudah lama rasanya tidak menulis di blog ni, dengan kekangan2 yang di hadapi, akhirnya hari ini dapat saya ufukkan masa biiznillah. Sebenarnya agak lama ingin dibicarakan isu ini, IKHTILAT DI ALAM MAYA. Secara majority, rata-rata di antara kita yang berbaiah utk sebuah perjuangan Islam dalam sebuah gerakan Islam, tidak pernah terlepas dari perkara ini, ALAM MAYA yang merupakan antara medium utama yang digunakan oleh golongan Abnaul Harakah ini. Sesungguhnya garapan artikel ini saya nukilkan khusus utk mengetuk diri sendiri yang sering lalai dan lemah ini, smg mnjadi peringatn yang berguna juga buat semua.

"Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan" (QS Al Ghaasyiyah : 88)

Dengan perkembangan zaman yang kian moden lagi canggh,plbagai medium mnjadi tapak kepada sebaran dakwah, Alhamdulillah apabila digunakan ke jalan yang betul. Namun, bgitu sedar atau tidak, brapa bnyak laman2 sosial yang ada di internet ini kita gunakan dengan sbenar-benar hakikat berdakwah?..

Namun, marilah kita renung sejenak..
SIKAP yang saya nak tekankan di sini ialah sifat MALU dengan bukan mahram.
Contohnya melalui shoutbox, sistem pesanan ringkas(sms), facebook, Yahoo Messenger (YM) dan lain-lain.

Peringatan buat dri ini, dalam 10 penggunaan, sedar atau tidak boleh dikatakan 8 daripadanya membawa kita kpada kelalaian. Sebagai seorang pndokong kpada gerakan islam, kita sering meletakkan ‘mnjaga ikhtilat’ dalam dri namun apabila berada di alam maya, kita mnjadi LUPA DIRI. Baik muslimn mahupun muslimat, astaghfirullahalzim , sedar kah kita?

APAKAH SEBENARNYA YANG DIKATAKAN IKHTILAT DI ALAM MAYA?


Dalam seminggu mahupun satu hari, boleh kita kira berapa kali kita online utk membuka facebook atau YM atau mana2 lagi lamn? Pasti lebh mudah kita kira brapa kali x online utk buka perkara2 tersebut.

Kemudian,apabila YM, kira pula berapa kali kita mnggunakan YM@Facebook ats tujuan utk berkomunikasi dengan yang berbeza jantina, antara min dan mat untuk urusan2 agama? Dalam 10 ‘perbncangan’ ,boleh dikatakan 6 mhampiri atau juga melaghakan, pasti ada yang kita selitkan dengan perkara2 yang melalaikan samada sedar atau tidak.

Bergurau senda di antara min dan mat, tanpa ada tujuan sedangkan telah di perincikan oleh ulama’2 muktabar garis panduan interaksi antara min dan mat.
Secara rumusannya bolehlah disebutkan bahawa interaksi dan komunikasi yang berlaku antara muslimin dan muslimat yang ajnabi sepatutnya meraikan beberapa syarat seperti berikut:

- Meraikan suasana
Pastikan tidak meleret-leret hingga keluar dari topic asal.
- Perincian Topik
Perincian terhadap topik ini akan dilihat daripada beberapa aspek dan isu.
- Menjaga adab-adab percakapan
Hubungan dan interaksi tersebut tidak berlaku kecuali atas keperluan untuk menunaikan amanah jamaah dan membereskan segala tuntutannya.

Perlu kita sentiasa beringat sebagaimana dalam Surah Al- Ahzab, ayat 53, Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan bila mana kamu meminta sesuatu kepada mereka (isteri-isteri Rasulullah) maka mintalah dari belakang hijab.”

Di dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31, Allah berfirman yang bermaksud:

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu lebih suci.”

FirmanNya yang bermaksud:

“Orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan itu saling mambantu menjalankan tugas menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.”

Maka perlunya untuk kita sama-sama memahami dan menjaga ikhtilat di alam maya ini supaya prjuangan Islam yang kita bawa ini benar-benar dirasai kemanisannya apabila setiap sudut yang membuka kepada ‘lagha’ itu kita jauhi malah digunaka utk menyampaikan dakwah.

Sama-samalah kita koreksi diri, adakah kita mnjaga setiap plakuan kita? Beruntunglah Yahudi melihat lambakan dari pnggerak dakwah sendri menggunakan ciptaan mereka mengikut acuan yang mereka tetapkan, mncapai objektif utk melalaikan. Ini baru sentuh bab ikhtilat di alam maya, blum lagi bgaimana kita melalaikan dri dengan nikmat kemajuan ini..

Walaupun pada mulanya hanya niat untuk menuntut ilmu, bertanyakan hukum hakam, tetapi lama kelamaan bergurau dan mengusik.

Lama-kelamaan, perasaan minat, suka dan rindu tersemai.

“Isk, seronoknya kacau ‘dia’ ni.”

“Hari ni apa update dia di facebook ye?”

Sejurus sahaja orang yang diminati update status di facebook, terus sahaja ditinggalkan komen di facebook mereka.

Jadi, sama-samalah kita cuba sedaya upaya utk tidak mnjadi seorang ‘penagih’ kepada laman social yang menyebabkan kita lalai tetapi jadilah kita ‘ketagih’ utk mendapat mardhatillah.

Bagi mnutup artikel ini, saya bawakan suatu analisis kes yang diperoleh drp sahabt.

KES:

Td ana bru sahaja terchatting bersama salah seorg daripada banat x- amin, ahli YG fasa kita. (Ana ditegur oleh dia, dan apabila ana menta'aruf diri ana sbg seorg banin, maka dia terus berhenti dari meneruskan perbualan, dgn katanya "xpelah xnk sembang dgn bnn". Ana setuju, kami masing² menghentikan perbualan. begitulah berakhirnya) .


ANALISIS KES:

1. Banat yg berkenaan dgn kefahaman yg dia miliki berusaha utk mengelakkan daripada berlakunya ikhtilat tak syar'ie.

2. Ikhitlat yg kita semua cuba elakkan adalah ikhtilat tak syar'ie. Tapi ana tak pasti, adakah semua dikalangan kita memahami tentang apa yg dimaksudkan dgn ikhtilat tak syar'ie ?. kerana di sana terdapat ikhtilat Syar'ie yg dibenarkan oleh syara'.. yg hukumnya jatuh menjadi harus.

3. Apakah keadaan dan status medium YM yg kita gunakan dalam Muamalah bighairi an-Nazhar baina mukhatabatain fa aksar, baina Rijal wa Nisa' (komunikasi tanpa melihat antara dua communicator atau lebih, antara lelaki dan perempuan), adakah dikira sebagai medium ikhtilat tak syar'ie atau ikhtilat syar'ie ?

4. Jika YM ini adalah medium bagi ikhtilat tak syar'ie antara lelaki dan perempuan ajnabi atau bukan mahram, maka apakah boleh kita menggunakannya? apakah bezanya antara YM dan YG?, yg keduanya² merupakan wasilah berkomunikasi atas dasar sms dan emel, dgn perbezaan YM (komunikasi secara langsung) manakala YG (komunikasi secara tak langsung).

Jika YM merupakan medium ikhtilat tak syar'ie maka YG juga jatuh hukum ikhtilat tak syar'ie? Kerana dalam YG juga berlakunya hubungan komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram. (ini adalah pendapat yg agak syadid, menolak penggunaan kedua²nya secara total dari konteks asasnya tanpa ruang toleransi).


5. Perbezaan kedua; YM merupakan bentuk komunikasi personal dan privacy antara 2 individu manakala YG komunikasi dalam bentuk umum lebih daripada dua individu. Dalam erti kata lain YM blh dikira sebagai medium berdua²an ikhtilat tak syar'ie yang dilarang oleh Islam. manakala YG terkeluar daripada kondisi berdua²an kerana komunikasi yg berlaku walaupun antara lelaki dan perempuan bkn mahram, ianya diketahui umum. (Ini adalah pendapat yg mu'tadil, tak brp syadid, memberi ruang toleransi dan membezakan secara jelas konteks asas penggunaan YM dan YG)

6. Dalam sudut yg lain, pendapat yg membenarkan penggunaan YM dengan mengatakan bahawa YM tak termasuk dalam medium tak syar'ie dgn berpegang bahawa ikhtilat tak syar'ie hanya berlaku apabila perbualan itu terdapat unsur² yg tak baik. Jika perbualan itu berkisar ttg perkara² asasi dan umum seperti: kabar sihat sakit, pengajian, kerja dsb serta tak meleret² tanpa tujuan maka ianya adalah dibenarkan.


PENJELASAN:

Dalam masalah ini, kita mempunyai beberapa pilihan berdasarkan beberapa qaedah fiqhiyyah;

1. Pilihan pertama: kita menolak secara total komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram via YM berdasarkan qaedah 'Saddu az-Zara'ie'. (menyekat atau menolak segala punca berlakunya ikhtilat tak syar'ie kerana dikhuatiri kita tak mampu mengawalnya jika dibiarkan berterusan). qaedah ini agak syadid dalam konteks muamalah alam maya.

2. Pilihan kedua: kita tidak menolak secara total komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram via YM berdasarkan qaedah 'La Tafrit Wa La Ifrat '. (Tidak terlalu longgar dan tidak terlalu melampau). Melalui qaedah ini kita mengawal perbualan kita supaya tidak meleret² tanpa hala tujuan dan terkeluar dari maslahat asasi dan umum. KIta tak terlalu syadid menolak penggunaan YM sehingga menolak qaedah 'al-Aslu fil Asyya' al-Ibahah' (Asal sesuatu perkara itu adalah harus atau dibolehkan).

sebenarnya ada byk lg perbahasan dan bermacam² qaedah fiqhiyyah yg menyentuh bab muamalah antara lelaki dan perempuan bukan mahram secara umum mengikut jumhur. cuma ana hanya menyentuh berdasarkan skop asas maslahah sahaja tanpa huraian lbh dalam.

KESIMPULAN:

Ikhtilat dalam Islam terbahagi kepada 2:

Ikhtilat Syar'ie dan Ikhtilat Tak Syar'ie.

Ikhtilat Syar'ie dibenarkan oleh Islam berdasarkan hukum harus iaitu khusus kepada sebarang bentuk muamalah maslahat umum selagi mana tidak bercanggah dgn Al-Quran dan As-Sunnah.

Manakala Ikhtilat Tak Syar'ie adalah dilarang oleh Islam kerana jelas bercanggah dgn Al-Quran dan As-Sunnah.

Maka, kesimpulannya terpulang kepada kita untuk menggunakan mana² qaedah yg dirasakan terbaik dan sesuai bagi diri masing². Samada syadid atau mu'tadil, keras atau bertolak ansur, kerana Islam adalah agama yg mudah dan tak membebankan berdasarkan syarah atau huraian sebuah Hadis Sahih yg juga merupakan salah satu daripada qaedah utk kita beramal dgn agama Islam ini: al-Akhzu bil Yasir wa Tarku at-Ta'siir. (Ambil yg hukum yg ringan dan tinggalkan hukum yg berat demi kemaslahatan diri kita).
 _______________________________________________
 
waAllahu'alam bi ilmin Zaid 'Ala Zatih.


" Kamu sentiasa menjadi alim selagi kamu menjadi pelajar; maka apabila
kamu merasa cukup (perasaan kaya ilmu)... kamu telah menjadi jahil"

Riwayat Al Imam Ibn Abd Barri dan Abdul Ghassan (Riwayat Muslim)


DARI CATATAN DI FB JUGOK //:

P/S : Peringatan buat diri yang penuh dengan dosa-dosa

Friday, June 1, 2012

AWASI GOLONGAN CAMOUFLAGE DALAM JEMAAH ISLAM

Perjuangan Islam ini suci dan ia tetap akan dipelihara oleh Allah, namun perlu ada kesungguhan dari setiap pimpinan dan anggota agar memastikan jamaah ini tidak menjadi sarang golongan munafiqin untuk mereka bermaharajalela melaksanakan agenda mereka .
Sudah cukup kejayaan mereka tatkala mereka berjaya meneutralkan, melakukan penyusupan, camouflage dalam semangat perjuangan Islam di kalangan anggotanya. Apa yang mereka mahu ialah melunturkan semangat jihad, mencetus kekeliruan di kalangan pimpinan jamaah, beriman dengan demokrasi dan membunuh konsep syura. Meleraikan roh kepimpinan ulama' dan mengadu domba agar wujud pertelingkahan dan persengketaan yang panjang dari kalangan anggota dan pimpinan jamaah.
Oleh : Ustaz Nasrudin Tantawi
Golongan camouflage ini menjadi ancaman kepada Gerakan Islam di sepanjang zaman. Nabi S.A.W pernah memberikan peringatan kepada umatnya yang berjuang tentang kewujudan makhluk ini sebagaimana maksudnya,"Sesungguhnya suatu yang paling ditakuti terhadap apa yang aku takut menimpa ummatku ialah semua munafiqin yang petah lidahnya".
Secara asasnya, Al Quran dan Sunnah telah manggariskan ciri-ciri atau kriteria untuk mengenali golongan munafiq ini. Antaranya :
A ] Berpaling dari melaksanakan hukum Allah [ An Nisa':60-61 ]
B ] Jahat adabnya terhadap Allah dan Rasul SAW [ Al Munafiqun:5 ]
C ] Wala' (kesetiaan) mereka kepada musuh Allah Taala [ Al Hasyar:11 ]
D ] Negatif terhadap jihad [ Aali Imran:167 ]
E ] Melakukan Mungkar dan menghalang perkara makruf [ At Taubah:67 ]
F ] Matlamat mereka ialah kepentingan mereka bukan redha Allah, dan hati mereka sering berbolak-balik. [ Al Hajj:11 ]
G ] Buruk akhlaknya terhadap anggota Gerakan Islam. [ Al Ahzab:57-58 ]

Kepura-puraan mereka telah dijelaskan oleh Al Quran, & mereka juga memiliki kriteria yang sama seperti orang-orang Islam yang lain :-
A ] Mereka melafazkan 2 kalimah syahadah [ al Munafiqun:1 ]
B ] Isytihar keiltizaman mereka terhadap Quran dan Sunnah [ An Nisa':81 ]
C ] Mereka juga mengerjakan solat [ An Nisa':142 ]
D ] Mereka membaca Al Quran seperti yang diriwayatkan Abu Musa Al-Asy`ari RA
E ] Bersedekah dan memberi derma [ At Taubah:54 ]
F ] Turut menghadiri majlis Ilmu [ Muhammad:16 ]
G ] Membina masjid [ At Taubah:107 ]

Menyedari situasi ini, kita tidak boleh memandang enteng kehadiran golongan munafiq. Mereka pada bila-bila masa akan memberi ancaman besar kepada perjuangan yang kita dokongi ini lantaran mereka berkeupayaan menyerang dari dalam secara halus tanpa disedari oleh sesiapa. Langkah berwaspada mesti diambil dan bertindak secara berpasukan adalah kewajipan. Pelihara segala adab berjamaah dan sentiasa bermunajat serta melazimi doa rabitah insya Allah, kita dan jamaah kita akan selamat.

Remaja | Jangan Mudah Terpesona

Written by Akademi Tarbiyah DPPM Category: Politik dan Gerakan Published on 04 April 2012 Hits: 956
Print
Sejak sekian lama, kini perjuangan kita seperti ketiadaan "umph". Bertugas dan bekerja dengan hambar. Terkadang dihambat rasa letih dan bosan. Dahulu perjuangan ini segar dengan ruh amal Islami dan diperkaya pula dengan pelbagai istilah dan gerak kerja amal jama'ie, amal fardhi dan amal ijtimaei. Saya masih ingat, selain usrah saban minggu, jamaah kita hebat dengan tamrin di penghujung bulan dan 2 atau 3 kali dalam setahun akan ada aktiviti rehlah dan mukhayyam, namun segalanya kini hanyalah menjadi kenangan manis. Tiada lagi qiamulail dan muhasabah perjuangan di waktu dinihari, bimbingan sang murabbi yang diberikan thiqah dan wala' tidak berbelah bahagi.

Ukhuwwah cukup erat dan intim. Sering sahabat seperjuangan menyapa kita dengan, "Ana uhibbuka fillah yaa akhi..." sebaik memberi salam dan berpelukan menemukan pipi-pipi merah yang menahan getir perjuangan ini. Ziarah dan bertanya khabar menjadi rutin yang cukup halus kesannya kepada kita sesama jamaah. Menangis kita apabila mendapat khabar sahabat seperjuangan sakit atau ditimpa musibah.

Cepat kita menolak segala tohmahan yang cuba dilemparkan kepada sahabat seperjuangan. Nilai ukhuwwah antara kita sungguh mantap. Tak siapa mampu merobeknya dan tak mungkin lahir perasaan cemburu antara kita. Manakan tidak. Makan setalam, tidur sebantal dan musafir sekenderaan, bersulam doa rabithah yang diaminkan bersama sejurus selesai melazimi wirid al ma'thurat saban pagi dan petang.

Buku-buku haraki sentiasa di tangan, sementara bibir pula rajin melazimi usul isyrin agar lancar di lidah sesudah dihafal untuk menjadi kaedah dalam berjuang menyelesaikan kekusutan berfikrah. Tugasan dakwah dilaksana penuh dedikasi sebaik sahaja menghabisi kertas kerja dan amanat pimpinan dalam pertemuan-pertemuan bulanan seperti Liqa' Fikri atau seminar penerangan.

Semangat jihad berkobar-kobar, merasakan setiap gerakkerja jamaah biarpun di medan siasah adalah ibadah yang menghasilkan pahala. Ceramah para pimpinan banyak berkisar erti perjuangan atau pemantapan aqidah dan akhirnya baharulah disudahi dengan perkembangan isu semasa. Audien menerima secara seimbang antara kesedaran isu semasa dengan fikrah dan aqidah perjuangan.

Timbul masalah, segera kita cari naqib atau terus kepada pimpinan untuk mengatasinya. Masing-masing menutup masalah dan aib saudara masing-masing kerana mengutamakan kekuatan jamaah dan tugas perjuangan yang lebih besar. Cepat melupakannya serta segera memaafkan. Masalah tidak menjadi kudis gatal kepada pejuang kerana ukhuwwah Islamiyyah yang tebal segera merawatnya.

Mesyuarat dengan penuh mesra. Menghargai pandangan sahabat seperjuangan malah sering mendahulukan pandangan sahabat dan pimpinan sekalipun kita mempunyai pandangan yang berbeza. Rasa bangga apabila pandangan sahabatlah yang diterima dan fikrah perjuangan menjadi seia sekata. Walau berbeza dan berselisih pandangan sesama sendiri, tidaklah meninggi suara jauh sekali untuk memperbodohkan sahabat dan pimpinan sendiri. Mesyuarat menjadi pertemuan yang cukup menyeronokkan malah dinanti-nanti. Sebulan dirasakan setahun untuk bertemu kembali dengan sahabat seperjuangan.

Semua itu menjadi "umph" dalam perjuangan ini. Ia adalah nostalgia indah disemi pula oleh alunan nasyid jihad dan perjuangan. Sekali sekala asma'ul husna memecah kesunyian dan menjadi muqaddimah kepada setiap pertemuan dan mesyuarat. Namun, sedihnya hari ini rasa "umph" itu telah hilang. Zaman semakin canggih malangnya ukhuwwah semakin dhoif. Berjuang seharian terasa bagai berjalan di atas bara api. Nak bercakap rasa tak kena, tak bercakap rasa salah. Jumpa sahabat hanya mengangguk kepala, kalau sempat pun sekadar bersalam tangan. Rasa sukar untuk mendekap pipi, sebab masing-masing sibuk memburu waktu entah nak ke mana. Kalau peluk semua ahli mesyuarat, terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membiasakan. Ada yang rasa janggal dan geli geleman.

Makan secara layan diri kemudian berasingan melayan perasaan. Memandang sahabat seperti musuh. Ya, musuh dan saingan politik kerana kita tidak lagi berjamaah tetapi berpolitik. Menyertai PAS bukan lagi menyertai "Gerakan Islam" tetapi menyertai parti politik yang berjuang atas nama Islam.

Hadir mesyuarat seperti menghadiri parlimen untuk berdebat dengan musuh. Pantang keluar pandangan berbeza ditingkah segera agar ditarik balik kenyataan layaknya seperti di parlimen bukan dalam mesyuarat yang penuh kasih dan sayang. Tidak lagi bermula dengan al ma'thurat dan doa rabithah. Asma'ul Husna tidak kedengaran langsung. Jiwa menjadi kasar dan keras. Mudah terasa dan sangat sensitif yang menghela ke arah sengketa.

Adab bermesyuarat dan mengemuka serta berbeza pandangan telah hilang entah di dalam buku haraki mana yang tidak lagi dibaca kini. Nak baca macam mana, usrah pun sudah 5 tahun tidak hadir. Terma-terma jamaah yang selalu disebut dalam usrah dulunya kini UMNO pula yang pakai kerana kita telah tidak lagi menggunakannya seperti wehdatul fikri, wehdatul amal dan sebagainya.

Mesyuarat sebelum mesyuarat, mesyuarat dalam mesyuarat dan mesyuarat lepas mesyuarat sudah jadi rutin. Akhirnya tidak tahu keputusan mesyuarat mana sebenarnya yang original dan valid untuk dilaksanakan sebagai kata putus. Sebab, sebelum masuk mesyuarat, perkara yang nak dibincangkan sesama kita sahabat seperjuangan sudah dibincang oleh entah komuniti mana lalu masuk membawa keputusan yang telah direncanakan. Jika putus sesuatu pula dalam mesyuarat itu, ia seperti boleh dirombak oleh mesyuarat yang bakal menyusul selepas mesyuarat tersebut biar pun hanya di kedai kopi.

Memang aneh cara kita berjamaah di zaman moden ini. Hilang "umph" dan yang timbul ialah rasa curiga-mencurigai antara satu sama lain. Suasana sentiasa tegang dan panas. Bila-bila masa boleh mencetus perbalahan. Masing-masing menanti waktu turning point sebagai masa mahu bertindak. Hati kita menjadi jauh walau kita sepejabat. Sorotan mata bila memandang sesama kita kering kontang tanpa nilai ukhuwwah dan kasih mesra. Seperti merenung musuh, kalau tidak pun seperti menaruh rasa jengkel dan benci sesama kita. Ada sahaja yang tidak kena dan hati sentiasa tidak puas.

Rasa hormat sesama kita sahabat seperjuangan semakin pudar semangat khidmat kepada jamaah juga semakin luntur. Bertindak dalam paksa jangan sampai orang kata kita tidak buat kerja. Kemanisan dalam melakukan kerja dan tugas jamaah tidak terasa, kalau pun masih terasa hanya sekadar manis-manis buah jambu separuh masak atau sekadar manis gula Melaka.

Terma-terma asas perjuangan Islam seperti jihad, negara Islam, hudud, mukhayyam tarbawi, usrah, harakah Islamiyyah, naqib, ukhuwwah fiLlah dan lain-lain kini sukar untuk dilafaz kepada umum. Kalau menyebutnya juga akan dikatakan tidak bijak, tidak kena timing, keterlaluan, non-Muslim tidak akan mengundi kita, kolot dan macam-macam lagi sms akan masuk menempelak. Kini "umph" dalam berjamaah dan berjuang tidak terasa lagi. Seperti menghirup Tom Yam yang tawar tanpa garam dan rencah. Habis semangkuk, perut boleh kenyang tetapi "umph"nya tiada. Bagaimanalah kita nak mengembalikan semula "umph" dalam perjuangan ini?

Harapan saya, agar pemuda dapat menikmati semula "umph" tersebut. Untuk itu, pemuda mesti ada "umph" iaitu Usrah Mantap Pemuda Hebat (UMPH).

Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Himpunan Kuliah2 Power | MyMaktabah




Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
Siri lengkap kuliah Munyatul Musolli, Hidayatus Salikin, Bidayatussul serta kuliah Fiqh Manhaji, Riyadhus Solihin dan lain-lain.
Dato' Shamsuri Ahmad
Himpunan kuliah Bahrul Mazi, Nurul Ihsan, Muhimmah dan kuliah umum lain.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Kuliah Bimbingan Mukmin, Fiqh Sirah, Fiqh Sunnah, Tafsir (Kuliah Jumaat Jalan Dato' Pati, Kota Bharu) dan ceramah isu semasa.
Ustaz Azhar Idrus
Siri kuliah Munyatul Musolli, Asas Fardhu Ain Lengkap, Hidayatus Sibyan, Fiqh Manhaji dan lain-lain.
Ustaz Zahazan Mohamed
Himpunan kuliah Tafsir di Radio IKIM, Tanyalah Ustaz TV9 dan juga kuliah-kuliah lain.
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Kuliah Sohih Bukhari, Sohih Muslim, Riyadhus Solihin, Umdatul Ahkam, Fiqh Manhaji, Khutbah Jumaat dan ceramah isu semasa.






Kuliyah.net
UstazAzhar.net
TerengganuKini.net
jeng3x.blogspot.com
Surau2Faber.blogspot.com
ManChuping.blogspot.com
Izuman18 Mediafire
Arrawa Kuliah Nusantara
Arrawa Mediafire
MyCeramah.com
Laman annur
kulliyyah.blogspot.com/
mymasjid.net.my/audio-kuliah
izuman18.blogspot
jazimin.wordpress.com
onekuliah.blogspot.com
 fazakkeer.blogspot.com
Ikhwanul Muslimin : 1. Allah tujuan kami (Allahu ghayatuna) | 2. Rasulullah teladan kami (Ar-Rasul qudwatuna) | 3. Al-Qur'an landasan hukum kami (Al-Quran dusturuna) | 4. Jihad jalan kami (Al-Jihad sabiluna) | 5. Mati syahid di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi (Syahid fiisabilillah asma amanina)