Showing posts with label new era PMI. Show all posts
Showing posts with label new era PMI. Show all posts

Sunday, May 20, 2012

MINGGU GENERASI RABBANI | laporan oleh +M

PMIUTM menyambut baik penganjuran Minggu Generasi Rabbani 2012

Oleh : MyLPM dan Penulis



Tarikh 10/05/2012 adalah salah satu sejarah baru bagi UTM dengan berlangsungnya Minggu Generasi Rabbani di kampus Universiti Teknologi Malaysia(UTM). MINGGU GENERASI RABBANI dianjurkan oleh KTC dengan kerjasama K9-10. Program ini juga disokong oleh semua kolej-kolej kediaman di UTM. Program ini adalah satu program yang berbentuk program kerohanian yang menggabungkan setiap kolej-kolej kediaman di UTM dan matlamat utama MGR ialah melahirkan individu yang memahami dan taat pada agama.

Bersesuaian dengan hadis baginda Rasulullah SAW mafhumnya :

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W. sabdanya: Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka.

Di antara aktiviti-aktiviti yang menunjukkan kesempurnaan dan keindahan Islam akan turut diadakan bagi memenuhi tema 'bersama membina generasi rabbani' seperti

1)Al-Muqaddimah (Iftar dan forum)
2)Malam Layar Keinsafan ( Anjuran bersama PMIUTM & BADAR Kolej 10)
3)Muhibbah 1Malaysia
4)Konsert UNIC


Majlis iftar di Dewan Sultan Ismail,(DSI UTM)
Forum Dianjung Cinta "Kahwin Muda" 
Program Malam Layar Keinsafan anjuran bersama PMIUTM  & BADAR K10

Amali penyembelihan


 
Konsert kumpulan nasyid tersohor di tanah air UNIC
MGR turut mengadakan beberapa pertandingan berkumpulan yang menepati tema 'bersama membina generasi rabbani' seperti:
1)Pertandingan nasyid
2)Kembara insaniah
3)Imam Muda
4)Ladies Night


Pertandingan Pidato

Kembara Insaniah

Imam muda & Ladies Night
Semoga program seperti ini dapat diperbanyakkan dan diteruskan pada masa-masa yang akan datang tidak kira daripada anjuran mana-mana pihak. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur.  

Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Teknologi Malaysia

::PMI BERSAMAMU::

Sunday, April 8, 2012

Majlis Exsekutif PMIUTM 2011/2012





19 NOVEMBER 2011 – Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUTM) telah berjaya mengadakan Muktamar Tahunan PMIUTM kali ke sembilan yang bertempat di Dewan Senat Bangunan Canseleri UTM. Bermotokan `Dakwah Merintis Inovasi` membawa PMIUTM melangkah jauh dalam menggunakan pelbagai medium dalam menyebarkan ideologi Islam.

Muktamar tahunan pada kali ini terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.45 petang, menyaksikan pembentangan aktiviti setiap lujnah dan perbahasannya. Majlis dipengerusikan oleh saudara Muhammad Zufar bin Marwah yang bertindak selaku pengerusi tetap Muktamar Tahunan PMIUTM.

Sesi kedua pula bermula pada jam 9.00 malam di tempat yang sama. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah diikuti kehadiran jemputan khas, Ustaz Mohammad Naem bin Mat Basir yang merupakan pensyarah dari Fakulti Tamadun Islam diiringi Presiden PMI 2010/11, saudara Mohd Zaki bin Haron dan Pengarah Muktamar Tahunan PMIUTM kali ke sembilan, saudara Mohd Haziq Farhan bin Hj Saipullah. Dewan Senat bergema dengan alunan Asmaul Husna sebagai tirai pembuka kedua majlis. Pengerusi tetap mengambil alih dengan pengumuman pembubaran barisan pimpinan PMIUTM 2010/11 dan penayangan montaj. Seterusnya majlis diteruskan dengan menjemput Ustaz Mohammad Naem untuk mengumumkan senarai pimpinan Majlis Eksekutif PMIUTM 2011/2012. Pada kali ini, pimpinan baru telah dipilih dengan menggunakan sistem syura yang merupakan sistem tertinggi Islam.

Majlis Eksekutif PMIUTM 2011/2012

Presiden                    : Munzir bin Musa
Timb. Presiden          : Muhammad Hazim bin Mohd Nor
Naib Presiden I         : Mohd Haziq Farhan bin Hj Saipullah
Naib Presiden II        : Khairul Wafak binti Baharuddin
Setiausaha Agong      : Nur Suriawanie binti Muda
Bendahari Agong       : Syarifah Nur Aisyah binti Syed Sohor

Majlis diteruskan dengan pengerusi membuka ruang cadangan dan perbahasan usul, ucaptama Presiden PMIUTM yang baru, ucaptama Naib Presiden II PMIUTM dan penyampaian cenderahati. 

Majlis tamat tepat jam 11.50 malam dengan tasbih kafarah dan surah Al Asr.

Semoga pimpinan PMIUTM yang baru ini mampu menyambung visi, misi dan objektif persatuan dan dapat menyebarkan lagi pemahaman Islam dalam kalangan siswa/siswa di kampus ilmu ini.

Takbir! Allahu Akbar!

Saturday, April 7, 2012

Pembahagaian Hukum Syarak

jom belajar hukum syarak di UTM
[kuliah tafaqquh]
hari : isnin
tarikh : 2/4/2012
masa : 8mlm
tempat : dewan al-marbawiy, FTI
... oleh : PROF SELAMAT HASYIM
tajuk : USUL FIQH

Ikhwanul Muslimin : 1. Allah tujuan kami (Allahu ghayatuna) | 2. Rasulullah teladan kami (Ar-Rasul qudwatuna) | 3. Al-Qur'an landasan hukum kami (Al-Quran dusturuna) | 4. Jihad jalan kami (Al-Jihad sabiluna) | 5. Mati syahid di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi (Syahid fiisabilillah asma amanina)