Showing posts with label kisah benar. Show all posts
Showing posts with label kisah benar. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

Ribut Tropika SONAMU : Update Terkini

Anamarzablog.com: Ribut Tropika SONAMU : Update Terkini: Rentetan dari entry " Pantai Timur: kemungkinan banjir gelombang kedua ". Bagi yang tinggal berhampiran pantai yang menghadap laut china s...

Kemaskini berkaitan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora ( Kategori Kedua) 

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013. 

Tuesday, May 15, 2012

Akibat Membuka Aurat di FB

Bismillah Tuhan yang mengetahui segala yang tersembunyi. Selawat dan salam buat junjngan besar Nabi Muhammad SAW.
kali ini, saya akan post kan suatu kisah tentang dosa2 yang kita lakukan setiap hari samaada sengaja atau tidak:
   
      Kisah ini mengenai seorang hamba Allah. Dia merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook.Dalam facebook nya mempunyai banyak koleksi foto yang tidak menutup aurat.Selepas dia meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi dia merayu kepada ibunya supaya menghapus foto-fotonya yang tidak menutup auratnya di Facebook. Malangnya tiada siapa yang mengetahui password Facebooknya.[Kenalah cari hakker]

        Jadi, kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiarkan begitu saja menjadi tatapan umum….dan ingatlah, azab untuk kita yg sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram adalah dosa yang besar dan dapat membawa ke dalam Api Neraka Allah SWT.

       Cerita ini menjadi ikhtibar dan pengajaran buat kita, supaya tidak mengupload gambar kita dan saudara kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna, kita tak tahu bila kita akan Mati…
Jadi, tolonglah kalau anda Sayangkan diri anda, Hapuslah gambar yang tidak sepatutnya. DAN TOLONG LAPORKAN ORANG YANG TELAH MATI MELALUI :

Report a Deceased Person's Profile


Sebarkan suara Islam yang benar, Inilah penjajahan yang dibawa oleh Globalisasi Dajjalism. Sehingga Yang WAJIB ini kita main-mainkan dan Dosa ini kita lakukan tanpa RASA APA-APA. Ingatlah aurat laki-laki yang harus dijaga diantara lutut dan pusat sedangkan madzhab syafii ada keringanan bagi wanita yg bekerja untuk membuka wajah dan kedua telapak tangannya. Sadarlah ,WALAU IKHLAS ATAU TIDAK YANG NAMANYA MENUTUP AURAT WAJIB DILAKUKAN, Jika Ikhlas maka Berpahala tetapi jika tidak Ikhlas maka sekurang-kurangnya TERHINDAR DARI DOSA.

Jangan dijadikan Ikhlas sebagai Alasan untuk menghalalkan yang Haram.
Ingat ini Saham dosa kita yg ditatap oleh ribuan orang bahkan lebih dari jutaan saat yang dengan mudahnya melihat foto kita.
Apabila telah sampai masanya – baru lah myesal, tapi Penyesalan Sudah Tidak Berguna.
Akhir kalam, semoga roh dia dicucuri rahmat Ilahi.

Terlepas benar atau salah cerita di atas, menurut aurat memang menjadi kewajiban (wallahu a'lam )
terima kasih kepada yg sudi membaca

Akhlak Baginda SAW

Assalamualaikum, kali ini saya ceritakan suatu kisah antara Saidina umar dengan peribadi Nabi Muhammad SAW di rumah baginda. 
Menurut kisah Saidina Umar bin Khattab, bahwa ketika beliau mengunjungi Nabi Muhammad SAW dirumahnya ,maka ia melihat beliau sedang duduk diatas tikar yang kasar. Setelah S.Umar bin Khattab duduk, ia melihat Rasulullah SAW sedang memakai sarung saja dan kelihatan bekas-bekas tikar dipunggung beliau dan dipojok rumah beliau hanya terdapat sekantong gandum serta sedikit air yang di simpan didalam sebuah Qirbah, perkara tersebut begitu menyentuh perasaan sehingga Saidina Umar menitiskan air mata.

Melihat Umar bin Khatab menitiskan air matanya : Rasulullah SAW bertanya:"Wahai Umar , mengapa engkau menangis ?” Kata Umar: "Wahai Rasulullah bagaimana aku tidak menangis sedangkan aku melihat di punggungmu terlihat bekas -bekas tikar dan aku lihat pula engkau tidak mempunyai kekayaan apapun selain ini, sedangkan Pemimpin Persia dan Romawi hidup dalam kemewahan dan kekayaan yang melimpah ruah, padahal engkau adalah Nabi yang amat di cintai oleh Allah!!!. Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Umar, apakah kamu tidak ridha jika kami sediakan kesenangan diakhirat, sedangkan mereka disediakan kesenangan di dunia ?
semoga semua pemimpin yang ada di donia ini segera mengikuti Akhlak mulia Baginda ini...

Saturday, April 7, 2012

Masyaallah.. 7 petela kepincangan

1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya.

Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya.

Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit. http://www.youtube.com/watch?v=zeWzuFHI1Q8   



2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui benda yang haram dalam scene ni. Yang paling geli apabila scene 'tak halal' ini diiringi dengan selawat ke atas Nabi beramai-ramai.

3. Scene seterusnya heroin nama Saida nak ambil buku terjemahan dari bapa dia depan budak-budak pondok yang sedang menadah kitab. Saida memakai baju yang amat terang, dengan purdah 4 segi style baru mungkin. Bila lihat dari sisi belakang akan nampak juga bahagian pipi dari bawah. Dengan kata lain, ini bukan purdah. Tapi hanyalah kain 4 segi tampal kat bahagian mulut. Tudung Saida pula macam kepala alien bila sanggul tudung ketara tampak kelihatan Kelihatan. Tudung bonggol unta apply dengan purdah. Tak lupa juga telinga jelas terbentuk di tudung yang dipakai dalam cerita ini dari awal sampai akhir. Pelajar lelaki di depan melihatnya dengan pandangan penuh minat. Well, purdah tapi berfitnah. Terbaik. Watak Hilma juga pakai tudung bonggol unta. ( note: Diana Amir telah pun memohon maaf untuk kesalahan tudung bonggol unta kerana masa pembikinan filem tu beliau masih tgh belajar pakai tudung )

Gaya pemakaian tudung+purdah yang salah ini sekaligus telah mencemarkan nama baik golongan yang berpurdah.

4. Scene seterusnya, flashback setelah Hamka dikatakan maut dalam letupan. Scene heroin bersama Hilma adik Hamka di tepi jeti. Dia teringat balik keromantisan akhi Hamka (ulang lagi Assalamualaikum Cinta, Wslm Rindu) yang datang dan duduk betul-betul di sebelah si heroin. Belum kahwin. Kononnya tidak mengapa sebab ada adik temankan, duduk berdua-duaan dekat-dekat macam tu tak menjadi kesalahan. Lalu startlah heroin bermadah:
"Duhai bakal imamku, jangan biarkan hadirmu sekejap mata dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara." Ayat orang bercinta. Bercinta sebelum kahwin adalah.....haram kan?

5. Scene Attar datang hantar buku-buku ke rumah. Saida bersama-sama Abi dan Umminya dalam rumah. Saida berpurdah tapi lengan tak tutup dan tak cuba untuk tutup lengannya yang sememangnya aurat di depan tetamu si Attar. Masa tu scene heroin sedih, mungkin sedih tu menjadikan aurat lengan itu halal?

Mulut tutup, aurat lengan buka.

6. Scene seterusnya, flashback Saida lagi. Dia teringatkan Akhi Hamka sedang mengajar al-Quran di jeti bersama-sama dengan Hilma adiknya. Hairannya, si heroin duduk betul-betul sebelah dengan hero. Adik hero duduk jauh sikit pula. Terbalik. Sepatutnya adik lah yang dekat dengan si abang. Bukan wanita lain. Wow, siap si hero menepuk manja si heroin yang belum halal lagi buatnya dengan kain serban beliau.

7. Fakharuddin Attar ( Hero Utama selepas Hero Sampingan Hamka mati ) dibuang Madrasah Qalbun Salim tanpa dengar penjelasan dari kedua-dua pihak. Attar dicekup berkhalwat dengan wanita bernama Nida oleh Imam disaksikan heroin, ummi, Hilma dan watak2 lain. Ironisnya, pada satu scene awal perkenalan dengan Nida, si Attar ni tidak pula mahu masuk bilik si Nida untuk mengambil serbannya. Tapi kali ini, senang-senang sahaja masuk bilik. Godaan syaitan mungkin.

Pihak pondok terus buang, yakni terus menjatuhkan hukuman berdasarkan apa yang mereka saksikan dengan mata kasar tanpa dilakukan timbang-tara terlebih dahulu. Cara Islamkah begini mengajar untuk berlaku tidak adil pada pesalah?

Last sekali punya scene - scene nikah Saida dan Attar, baju pengantin perempuan tak ikut syarak. Tudung masuk dalam. Tapi pakai purdah.

Cerita ini disudahi dengan kata-kata hero sampingan Hamka:
"Di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada 7 petala cinta."

7 petala cinta tidak diterangkan dalam cerita ini. Apa benda yang tujuh itu amat kabur sekali. Yang pasti, cerita ini telah mengangkat tema cinta sebelum nikah. Kerana cinta pada Saidatul Nafisah, Hamka rela berkorban walaupun jadi mangsa letupan semata-mata nak siapkan hadiah perkahwinan Hamka dan Saida, yakni al-Quran tulisan tangan sendiri buat Saida.

Sebelum menonton, anda kena ingat:-

1. Cerita ini bukanlah gambaran kehidupan Islam sebenar.

2. Bukan gambaran sebenar kehidupan pondok/pesantren yang mengasingkan lelaki dan perempuan.

3. Nice try dari pengarah, tapi tidak cukup nice untuk menggambarkan Islam yang indah.

4. Skripnya boleh tahanlah. Tapi jalan cerita, you tentukan sendiri. Still tak dapat challenge KCB (Ketika Cinta Bertasbih). Tidak ada cerita yang sempurna Islamikanya. Tapi betterlah kalau lihat dari etika pemakaiannya.

5. Sekiranya ketujuh-tujuh kritikan terbuka di atas diperbetulkan dan dititikberatkan dalam cerita terbitan akan datang, insyaAllah cerita itu lebih better. Penonton berhak mengkritik.

p/s: Kritik sebab cerita dia nak menonjolkan Islam dan nak mengaitkan Islam. Kalau cerita bukan cerita Islamik, tak perlu kritik sangat sebab memang kita tahu tak syarie langsung pun.

Tuesday, April 3, 2012

memahami Kerajaan Bani Umaiyyah

Kerajaan Bani Umayyah (Arab بنو أمية banū umayya / الأمويون al-umawiyyūn); Parsi امویان (Omaviyân), Turki, Emevi) ialah kerajaan khalifah Islam berasaskan perwarisan pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan ini terdiri daripada keluarga di dalam kaum Quraish Makkah. Kerajaan Bani Ummaiyyah ini berkuasa dari tahun 661 masihi sehingga tahun 750 masihi. Ironiknya kaum Bani Ummaiyyah sebelum ini pernah menjadi musuh ketat Islam sebelum mereka memeluk Islam.
Asal nama kerajaan Bani Umayyah adalah mengambil nama sempena nama datuk Muawiyah,pengasas kerajaan ini iaitu Umaiyyah bin Abdul Syams,seorang pemimpin kaum Quraish yang kaya dan berpengaruh.
Kronologi Kerajaan Bani Umaiyyah
  • 661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Umaiyyah.
  • 670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
  • 677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
  • 680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
  • 685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
  • 700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
  • 711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
  • 712M- Tentera Umaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
  • 713M- Penaklukan Multan.
  • 716M- Serangan ke atas Constantinople.
  • 717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
  • 725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
  • 749M- Kekalahan tentera Umaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
  • 750M- Damsyk ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyyah.

Halaman Masjid Ummaiyyah di Damsyik menjadikannya salah satu simbol kekuatan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Masjid Ummaiyyah antara seni bina agung Kerajaan Ummaiyyah. Di dalamnya terdapat makam Nabi Yahaya a.s.
 Khalifah Umaiyyah di Damsyk 
  1. Muawiyah I ibn Abu Sufyan, 661-680M
  2. Yazid I ibn Muawiyah, 680-683M
  3. Muawiyah II ibni Yazid, 683-684M
  4. Marwan I ibn Hakam, 684-685M
  5. Abd al-Malik ibn Marwan, 685-705M
  6. al-Walid I ibn Abd al-Malik, 705-715
  7. Sulaiman ibn Abd al-Malik, 715-717M
  8. Umar ibn Abd al-Aziz, 717-720M
  9. Yazid II ibn Abd al-Malik, 720-724M
  10. Hisham ibn Abd al-Malik, 724-743M
  11. al-Walid II ibn Yazid II, 743-744M
  12. Yazid III ibn al-Walid, 744M
  13. Ibrahim ibn al-Walid, 744M
  14. Marwan II ibn Muhammad, 744-750M
Khalifah di Cordoba
  1. Abd al-Rahman I, 756-788M
  2. Hisham I, 788-796M
  3. al-Hakam I, 796-822M
  4. Abd al-Rahman II, 822-852M
  5. Muhammad I, 852-886M
  6. al-Mundhir, 886-888M
  7. Abdallah ibn Muhammad, 888-912M
  8. Abd al-Rahman III, 912-961M
  9. Al-Hakam II, 961-976M
  10. Hisham II, 976-1008M
  11. Mohammed II, 1008-1009M
  12. Sulaiman, 1009-1010M
  13. Hisham II, menaiki takhta semula, 1010-1012M
  14. Sulaiman, menaiki takhta semula, 1012-1017M
  15. Abd al-Rahman IV, 1021-1022M
  16. Abd al-Rahman V, 1022-1023M
  17. Muhammad III, 1023-1024M
  18. Hisham III, 1027-1031M

Sunday, April 1, 2012

Dia Yang Berkuasa

Bismillah, Tuhan yang mengasai sekalian Alam... Selawat dan salam buat Junjungan mulia penyudah segala nabi ya habibi ya Rasulallah SAW...


Pagi yang indah ini, telah dimuramkan dengan suasana angin yang bertiup kencang dek kerana manusia yang mengaku beragama Islam tak mau bangun solat Subuh lagi...

Ting....ting....ting.... loceng hendsep berbunyi , semakin lama semakin kuat... tapi manusia itu tak nak bangun jugak.. Hanya Dia yang tahu.

Wahai orang yang beriman, bangunlah selagi kamu boleh bangun... solatlah berjemaah selagi Dia membari paluang, Usahalah sekuat dan sehabis tenaga untuk berjemaah SUBUH di surau atau dimasjid atau tempat2 azan dilaungkan...

BArangkali... SUBUH ini adalah subuh yang terakhir untuk tahun ini, bulan ini, minggu ini, hari ini, jam ini, saat ini dan ketika ini.. SEGERALAH bangun wahai tubuh yang masih diatas katil yang empuk..   bersedialah dengan iman dan taqwa.. Kerana sebaik2 bekalan adalah bertaqwa kepada ALLAh azzawajalla.

bangun... bangun... bangun.... dah subuh ni. Panggilan ini terus diulang dan diulang dengan sahutan "ok" atau kadang2 "bangun dah ni.

"Jom gi surau" lalu si mad'u jawab "insyaallah. 

Begitulah setiap pagi, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun... tapi adakah manusia berubah?
adakah die cube untuk bangun awal bile sudah dikejutkan? adakah mereka sendiri berusaha sehabis baik untuk bangun solat SUBUH berjemaah. Sekurang2nya berjemaah dibilik atau disurau alternatif(surau blok).

Dia Yang Berkuasa memberi hidayah kepada mereka2 yang tak mahu bagun solat subuh itu. Mohon lah pada-Nya, disamping usaha yang istiqamah...

Tapi!!! kau taknak bangun... Aku dah usaha lagi dan lagi... kau tak bangun2..

Takpela... kau dapat apa yang kau nak. Jangan berhenti mengerkjakn kebajikan.

Semoga Allah memberi ganjaran setimpal untuk penggerak2 SUBUH dan mengampuni dosa2 mereka.
Semoga dimasukkan ke dalam Syurga Firdaus. Insyaallah Taala.
Ikhwanul Muslimin : 1. Allah tujuan kami (Allahu ghayatuna) | 2. Rasulullah teladan kami (Ar-Rasul qudwatuna) | 3. Al-Qur'an landasan hukum kami (Al-Quran dusturuna) | 4. Jihad jalan kami (Al-Jihad sabiluna) | 5. Mati syahid di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi (Syahid fiisabilillah asma amanina)