Showing posts with label kebudayaan. Show all posts
Showing posts with label kebudayaan. Show all posts

Friday, May 6, 2011

~MENGAPA DIPERLEKEHKAN Dasar Budaya?

Sudah menjadi fitrah manusia menginginkan sesuatu yang menyenangkan, membahagiakan dan menghiburkan. Tatkala kita yang bergelar mahasiswa kini berada di penghujung semester, sudah pasti sibuk dengan pelbagai persiapan tidak kira yang berada di tahun akhir atau tidak. Mana tidaknya, di saat inilah masa yang ada digunakan untuk menggulangkaji pelajaran, menyiapkan tugasan-tugasan yang masih tertangguh atau melakukan persiapan terakhir sebelum memasuki minggu ulangkaji. Namun dikesibukan kita dalam bergelar mahasiswa, kadang kala kita lupa tanggungjawab kita kepada diri kita sendiri sehingga mengabaikan kesihatan diri dan yang paling penting ialah kita perlu terus istiqomah dalam menjaga hubungan kita dengan Allah swt. Allah berfirman di dalamSurah Adz-Dzaariyaat ayat 56 yang bermaksud:

“ Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”.

        Di waktu puncak sebeginilah akan timbul tekanan, lemah semangat dan putus asa. Penyelesaian termudah yang diambil ialah melalui hiburan dia mana ada yang berteriak melepaskan tekanan, terlompat-lompat dan berbagai-bagai cara lagi. Namun, kita selaku mahasiswa yang berintelektual malah beragama Islam seharusnya lebih arif dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya songsang dalam mencari ketenangan. Bersederhanalah dalam berhibur kerana Islam tidak menghalang umatnya berhibur tetapi janganlah sehingga melakukan perkara yang haram dan meninggalkan kewajiban kepada Allah swt.  
                                                                 
 Kita sedia maklum, kebanyakan program tidak kira diperingkat kolej mahupun peringkat universiti rata-ratanya menghidangkan hiburan sama ada nyanyian, tarian dan sebagainya. Tapi sejauh manakah hiburan tadi mengikut garis panduan Islam yang sebenarnya. Dan Allah swt berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 208 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah setan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.”
Niat disini bukan menyalahkan mana-mana pihak apatah lagi menghukum, tetapi cukup sekadar berkongsi dan membuka mata hati agar masalah yang sama tidak berulang. Tahukah kita sebenarnya UTM mempunyai panduan menjalankan aktiviti pelajar dimana menerangkan peraturan dan panduan yang sepatutnya diguna pakai dalam setiap pengajuran program. Antaranya ialah panduan pembacaan doa di dalam majlis atau program di mana program yang berunsurkan maksiat seperti konsert nyanyian dan tarian yang melalaikan TIDAK BOLEH dilakukan pembacaan doa. 
         Selain itu, terdapat juga panduan kegiatan kesenian / hiburan / kebudayaan yang merujuk kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-2 pada 12 dan 13 Mei 1981 antara keputusannya berbunyi
jika nyanyian senikatanya tidak baik, lucah, biadab, mendorong kepada maksiat, bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah HARAM; 
pancaragam yang melalaikan hukumnya haram; 
dan menyanyi untuk menaikkan semangat jihad adalah harus. 
           
          Universiti juga sebenarnya mempunyai Dasar Kebudayaan Dan Kesenian UTM (1993) yang telah menggariskan beberapa syarat dan panduan untuk menganjurkan program hiburan seperti persembahan kebudayaan bercorak percampuran jantina tidak dibolehkan, pakaian semasa persembahan hendaklah menutup aurat dan bersesuaian mengikut konteks persembahan, setiap persembahan yang diadakan di waktu malam hendaklah dimulakan selepas solat Isyak dan tidak boleh dianjurkan pada hari Khamis malam Jumaat, pada bulan puasa dan pada hari kebesaran Islam dan persembahan kebudayaan wanita hendaklah untuk tontonan wanita SAHAJA
       Untuk makluman, ini barulah hanya sebahagian dari peraturannya sahaja, banyak lagi syarat dan panduan yang telah ditetapkan oleh universiti dan maklumat-maklumat ini boleh ditatap di laman web rasmi universiti di http://www.utm.my/hep2/panduan
       Namun, masalahnya sekarang, sejauh manakah mahasiswa kita peka terhadap peraturan yang telah  sekian lama wujud ini. Perkongsian di ruang yang sempit ini akan dianggap gagal sekiranya kita sebagai mahasiswa tidak membuka mata hati dan melaksanakan peranan masing-masing, bukan sekadar menegakkan peraturan universiti tetapi hakikatnya kita mendaulatkan syariat Allah swt.
Waallahu’alam. 

 
  
Ikhwanul Muslimin : 1. Allah tujuan kami (Allahu ghayatuna) | 2. Rasulullah teladan kami (Ar-Rasul qudwatuna) | 3. Al-Qur'an landasan hukum kami (Al-Quran dusturuna) | 4. Jihad jalan kami (Al-Jihad sabiluna) | 5. Mati syahid di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi (Syahid fiisabilillah asma amanina)