Showing posts with label ibadat. Show all posts
Showing posts with label ibadat. Show all posts

Saturday, May 26, 2012

PEMBONGKARAN: HUBUNGAN ANTARA KIBLAT, KAABAH DAN JUGA HARI KIAMAT

Sesungguhnya rumah yang pertama dibangunkan untuk manusia beribadah adalah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk manusia. (QS.Ali Imran. 96 )
Kita mungkin pernah bertanya kenapa harus solat mengadap Kiblat, dan juga kenapa harus ada Ibadah Tawaf?

Ini juga sering menjadi tanda tanya manusia, seperti ini:
1. Masa sekolah dulu anda ada belajar Teori Kaedah Tangan Kanan kan, dimana putaran tenaga kalu bergerak berlawanan dengan arah jam, maka arah tenaga akan naik keatas.

2. Dengan pole ibadah tawaf dimana bergerak dengan jalan berputar berlawanan jam di kaabah, ini menimbulkan pertanyaan, kenapa tidak boleh terbalikkan arah tersebut, searah dengan arah jam misalnya?

3. Kenapa solat yang dijalankan harus mengadap Kiblat?
Dan juga berdoa dan pengekebumian menghadap kepada Kiblat?

4. Kenapa Sembahyang di Masjidil Haram menurut Hadis nilainya 100.000 kali dari di tempat sendiri?

5. Singgasana Tuhan ada di Langit Tertinggi??????

Pembongkarannya...
1. Tenaga Solat dan Doa dari individu atau jemaah seluruh dunia terkumpul di Kaabah pada SETIAP SAAT, kerana Bumi berputar sehingga solat dari seluruh dunia tidak terhenti dalam masa 24 jam,

Misal orang di Sabah solat zohor, beberapa minit selepas itu orang Johor pulak, beberapa minit kemudian bahagian utara Malaysia pulak dan seterusnya.

Sebelum selesai zohor di India Pakistan di Malaysia sudah mulai Asar dan seterusnya.

Pada saat Zohor di Malaysia London solat Subuh dan seterusnya 24 jam setiap hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya.

2. Tenaga yang terkumpul, berlapis dan bertumpu akan diputarkan, dimana ini dilakukan oleh orang-orang yang bertawaf dimana berputar secara berlawanan arah jam yang dilakukan oleh Jemaah Mekah sekitarnya dan Jemaah Haji.

3. Maka menurut dari aplikasi Teori Kaedah Tangan Kanan bahawa tenaga yang terkumpul akan diputarkan dengan tawaf dan Hasilnya kumpulan tenaga tadi akan MENUJU ke LANGIT!!!

Maka sedikit terjawab bahawa tenaga itu tidak berhenti di Kaabah namun semuanya naik ke langit.

Sebagai satu cerobong yang dimulai dari Kaabah.

Menuju Langit yang mana ke mana disampaikan tu wallahu a'lam.

Yang jelas pasti ALLAH telah membuat saluran agar solat dan doa dalam bentuk tenaga agar sampai ke Hadirat Nya.

Jadi selama 24 Jam sehari terpancar cerobong tenaga yang terfokus naik ke atas Langit.

Selamanya sehinggakan tidak ada manusia yang solah dan tawaf (Kiamat?).

Kesimpulan
1. Solat dan Doa, diyakini akan sampai ke langit menuju Singgahsana ALLAH selama memenuhi kira-kira persyaratan uraian di atas dengan sentiasa renungan hukum agama dan hukum alam, kerana dua-duanya dicipta oleh Allah juga.

Jadi harus "Saintis dan Ulama bersama-sama / sokongan satu sama lain mencapai sefahaman yang lebih luas agama dan Manfaat itulah diterima dalam dan luar.

2. Memperkuatkan kita dalam beribadah solat dan doa khususnya dan menggiatkan diri untuk selalu on-line 24 jam dengan ALLAH, sehingga jiwa akan selalu terjaga dan membuatkan segala kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas.

3. Terjawablah jika solat itu bukanlah menyembah batu
( Kaabah ) seperti yang dituduhkan oleh Kaum orientalis, tenaga yang digunakan untuk membawa bersama-sama sifat solat dan doa untuk sampai kepada Allah dengan usaha manusia itu sendiri.

4. Allah Maha Bijaksana, Maha Besar dan Maha Segalanya.

5. Ini sekadar renungan dan analisa, mudah mudahan dapat memotivasikan kita untuk mencetuskan fikiran, buatlah kajian lebih dalam untuk lebih lanjut bagi mengukuhkan iman dan saksi Bahawa ALLAH Menciptakan Semesta dengan penuh Kesempurnaan tidak dengan main-main (asal jadi)

Jadi itu lebih mendekatkan diri dalam kasih ALLAH Yang Maha Esa.
Mungkin ini renungan dan berfantasi, sekurang-kurangnya untuk pendekatan ini yang mampu menjawab pertanyaan sebagaimana di atas dan tidak bertentangan denga Kitab Suci dan Hadis bahkan mendukungnya.

Semoga bermanfaat..

Ramalan untuk memastikan bahawa Kaabah dan Kiamat hanya Allah yang tahu:

1. Kaabah akan hancur dengan sendirinya (terbukti dengan ditenggelamkannya satu pasukan akan menyerang Kaabah suatu hari nanti).

2. Jika pusat bumi bergeser akan banyak kekacauan (seperti Muslim yang tidak mengenal waktu).

3. Kiamat akan cepat terjadi jika solat sudah ditinggalkan.

4. Anda pasti juga penah mendengar jika siapa yang meninggalkan solat berarti telah merobohkan Agama.

5. Untuk selain Islam, lama-kelamaan kesemuanya akan terbongkar, sepertimana pentium 2 dan pentium 4 adalah sangat berbezakan..

Bagaimana petunjuk Allah disempurnakan dari umat Nabi Ibrahim a.s., hingga Muhammad S.A.W, Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. menyempurnakan Taurat dengan Injil, dan Muhammad SAW menyempurnakan keduanya dengan Al-Quran.

Sehingga kalian mengerti bahawa kita dulu adalah umat yang satu.

Itulah kebesaran Allah SWT masih banyak lagi yang tersembunyi di dunia ini yang masih tidak terjawab.


S1 : http://budakhutankampung.blogspot.com/2012/04/pembongkaran-hubungan-antara-kiblat.html
S2 : http://taotauajer.blogspot.com/2011/02/pembongkaran-hubungan-dintara-kiblat.html
S3 : x link

Wednesday, May 16, 2012

Eh kamu ni! Tak nak bangun SUBUH ke?

Bismillah Alhamdulillah.... Selawat dan salam kupanjatkan buat Rasulullah SAW. Moge aku dan sahabat2 serta sanak saudara mendapat syafaat baginda diakhirat kelah, amin.....

Post pasal subuh kali ini:

"banyak kali dah gerak... si Z tak nak bagun jugak" kata si L kepada si M. Si M angguk tanda mengiakan.
"Hang gerok macamane? kot tak kena cara kot, Hang kan tau die tu memang liat nak bangun SUBUH!" Si M cube memberi respon.
"Hak tu aku tau la, dulu aku ada la cuit2 die gitu, loni malas la. Tapi aku tengok bila dah kul 8 lebih gitu, die dah sedar dah, boleh je die kalu nak jawab meseg ke, tengok jam ke, ape2 yang die nak buat la, kirenya dah sedar la" balas Si L.
"Yang aku hairan, apesal die tak nak bangun, astaghfirullah" tambah Si L sambil menggaru-garu kepala.
"kepala kau gatal ke?" Tanya Si M.
"yang tak gatal jadi gatal awang oii. runsing aku. die tu roomate aku, mesti tanggungjawab orang yang tahu menyedarkan yang lalai ni" Jawab Si L selambe.
"Moge Allah ampun dose aku dan roomate aku, biar diberi hidayah" kata Si L sambil meraup wajahnya dengan tangan.
"Lepas ni, kau datang bilik aku, kau tolong aku kejutkan budak tu, kesian die... dah lame die tak solat SUBUH pada waktunya. Harap2 die dah Qada" Tambah Si L lagi sambil memegang telinga Si M.
"Kau kejutkan semua muslim di blok kite, kau kan pandai sikit, hembus2 la cikit..." gurau si L.
"begini, aku ade suatu pesanan buat yang tak nak bangun SUBUH atau sengaja tak nak Solat" cadang Si M.
"Apa die?"Tanya Si L laju.

Orang-orang yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud :

“Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : 
“Kami tidak menunaikan sembahyang”.

Sementara itu setengah para ulama’ membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

Solat Subuh
Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

Solat Zohor
Barang siapa yang meninggalkan Solat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

Solat Asar
Barang siapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka’abah (Rumah Allah)

Solat Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Solat Isya’
Barang siapa yang meninggalkan Solat Isya’ nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

Di antara hadis Nabi SAW yang menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan Solat ialah :

“Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara..."

jadi bertaubatlah, dan kalu nak tau lebih lanjut pasal solat subuh rujuk HALAQAH.NET

"Ada tujuh golongan manusia yang diteduhi Allah s.w.t dibawah teduhannya, pada hari yang tidak ada teduhan walau sedikitpun kecuali teduhan Allah s.w.t sahaja. Pertama : Imam (pemimpin) yang adil, antara lain: pemuda yang memenuhi sepanjang hidupnya dengan beribadat kepada Allah s.w.t, dan seorang lelaki yang hatinya terikat kepada rumah ALLAH (sentiasa ingat dan sayang kepada Allah)...".(Riwayat Al-Bahari)

Dan nasihat untuk orang yang tolong gerak SUBUH:
“Sama saja kepada kita, sama ada kita menggelisah, mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (daripada azab itu).” (Surah Ibrahim, ayat 21)
dan ini 
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu umat (golongan) yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan yang ma’aruf (yang baik) dan melarang dari yang mungkar dan mereka itulah orang-orang yang berjaya”.
  last skali
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membantu agama Allah, nescaya Dia akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu”.
  
jadi jangan berhenti, teruskan usaha anda dengan yakin dan sabar serta disusuli dengan Tawakal n doa.

Tu baru kisah orang meninggalkan solat SUBUH, dah macam2 hal. Bagaimana pula orang yang meninggalkan solat ISYAK kerana lalai dengan bermain? ataupon yang tak solat lansung ketika di alam persekolahan ini? anda jawab laa dengan tindakan menurut ilmu agama yang tuhan kurniakan itu...

"jom pergi makan pagi.. aku lapar" ajak si M.  "Jom, kau ade helmet tak?" tanya S


Kelebihan Amal Ayat 81 Surah Yassin


36:81
Maksudnya:
Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
Tamil :
வானங்களையும் பூமியையும் படைத்தவன், அவர்களைப் போன்றவர்களபை; படைக்கச் சக்தியற்றவனா? ஆம் (சக்தியுள்ளவனே!) மெய்யாகவே, அவனே (பல வகைகளையும்) படைப்பவன்; யாவற்றையும் நன்கறிந்தவன்.

Sahih International:
Is not He who created the heavens and the earth Able to create the likes of them? Yes, [it is so]; and He is the Knowing Creator.

Chinese:
難道能造天地的,不能造像他們那樣的人嗎?不然!他確是善造的,確是全知的。

Japanese:
天と地を創造なされたかれが,これに類するものを創り得ないであろうか。いや,かれは最高の創造者であり,全知であられる。

Setiap ayat dalam Al-Quran memiliki kehebatan masing2, ayat diatas ini hanya sebahagian daripada apa yang selalu kita baca. Jadi kali ini kita Upgrade sikit ilmu dengan mengetahui keistimewaan yang  terkandung dalam ayat no 81 surah yassin ini.

Tuesday, May 15, 2012

4 Pesan imam Syafie

Berikut adalah antara nasihat Imam Syafie………buat kau 2

* Makan daging
* Memakai haruman
* Kerap mandi
* Berpakaian yang diperbuat daripada kapas

* Terlalu banyak mengadakan hubungan kelamin
* Selalu cemas
* Banyak minum air ketika makan
* Banyak makan bahan yang masam


* Duduk menghadap kiblat
* Bercelak sebelum tidur
* Memandang yang hijau
* Berpakaian bersih

* Memandang najis
* Melihat orang dibunuh
* Melihat kemaluan
* Membelakangi kiblat

* Tidak banyak berbual kosong
* Rajin bersugi ( gosok gigi )
* Bercakap dengan orang salih
* Bergaul dengan ulama

* Tidur nabi. Terlentang sambil berfikir mengenai kejadian langit dan bumi.
* Tidur ulama dan ahli ibadah. Mengiring ke kanan memudahkan terjaga untuk solat malam.
* Tidur raja yang haloba. Mengiring ke kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
* Tidur syaitan. Menelungkup seperti tidurnya ahli neraka.

HUKUM JANGGUT DAN MISAI


HUKUM JANGGUT DAN MISAI

Soalan; Assalamu alaikm, ustaz. Minta ustaz jelaskan lanjut tentang hukum mencukur janggut. Misai pula macam mana? Terima kasih.

Jawapan;

HUKUM JANGGUT

1. Terdapat arahan dari Nabi s.a.w.;

خالفوا المشركين: وفروا اللحى، وأحفوا الشوارب
“Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Musyrikin; kerana itu biarkanlah janggut dan buanglah misai” (HR Imam al-Bukhari dari Ibnu ‘Umar r.a.).

Berdasarkan hadis ini, para ulamak melarang lelaki muslim mencukur janggutnya. Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab-mazhab empat); arahan menyimpan janggut dalam hadis di atas adalah arahan wajib. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Dimakruhkan mencukur janggut. Adapun membuang sebahagian dari panjang atau lebarnya jika terlalu lebat, maka itu adalah baik/elok”. Imam Malik memakruhkan janggut yang terlalu panjang. Sebahagian ulamak menggalakkan dipotong janggut yang melebihi satu genggaman tangan. Dalam Soheh Imam al-Bukhari ada diceritakan; Ibnu Umar r.a. bila mengerjakan haji atau umrah, beliau akan menggenggam janggungnya, yang lebih (dari genggaman) akan dipotongnya” (Riwayat Imam al-Bukhari). Namun ada juga ulamak (antaranya Imam an-Nawawi) yang berpandangan; janggut hendaklah dibiarkan tanpa diganggu kerana Nabi s.a.w. menyebutkan di dalam hadis tadi; “….biarkanlah janggut..”. (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi).

HUKUM MISAI

2. Berbeza dengan janggut, misai pula diperintahkan (dalam hadis tadi) supaya dibuang (digunting/dicukur); “..buanglah misai..”. Tentang had yang perlu dibuang, para ulamak berbeza pandangan;

a) Pandangan pertama; menurut ulamak-ulamak mazhab Hanafi dan Hanbali; yang terbaik ialah mencukurnya (yakni membuang habis). Mereka berdalilkan beberapa sabda Nabi s.a.w. antaranya;

جُزُّوا الشَّوَارِبَ، وَأَرْخُوا اللِّحَى، خَالِفُوا الْمَجُوسَ
“Potonglah misai (hingga habis) dan biarkanlah janggut. Hendaklah kamu berbeza dengan orang Majusi”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Menurut pandangan ini; Perkataan al-jazz dalam hadis di atas memberi makna menggunting misai dan bulu hingga sampai ke kulit.

Di dalam hadis yang lain, Nabi s.a.w. bersabda;

خالفوا المشركين: وفروا اللحى، وأحفوا الشوارب
“Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Musyrikin; kerana itu biarkanlah janggut dan buanglah misai”. (Riwayat Imam al-Bukhari)

Berkata Imam Ibnu Hajar; perkataan al-Jazz dan al-Ihfa’ menunjukkan kepada tuntutan agar bersungguh-sungguh dalam membuang misai. Al-Jazz bermaksud; menggunting hingga ke kulit. Al-Ihfa’ pula bermaksud; membuang habis. Kerana itu Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad mensunatkan dibuang habis misai dengan mencukurnya. (Faidhul-Qadier, hadis no. 3586. Tuhfah al-Ahwazi)

b) Pandangan kedua; menurut ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie dan Maliki; yang disunatkan hanyalah mengguntingnya sahaja supaya kelihatan bibir mulut (yakni menggunting bahagian yang memanjang ke atas bibir mulut). Adapun mencukurnya adalah dilarang, di mana hukumnya adalah makruh. Dalil mereka ialah hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; Nabi menggunting sebahagian misainya dan berkata; “Nabi Ibrahim melakukannya” (HR Imam at-Tirmizi. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan gharib). Imam al-Baihaqi meriwayatkan (dalam Sunannya) dari Syurahbil bin Muslim al-Khaulani (seorang Tabiin) yang menceritakan; Aku telah melihat 5 orang sahabat Rasulullah iaitu Abu Umamah, Abdullah bin Bisr, Utbah bin Abd as-Sulami, al-Hajjaj bin ‘Amir dan al-Miqdam bin Ma’di Yakrib, mereka menggunting misai selari dengan pangkal bibir mulut”. (al-Majmu’, Imam an-Nawawi).

Mengenai hadis-hadis yang dijadikan hujjah oleh pandangan pertama tadi, dijawab; yang dimaksudkan oleh Nabi dengan ucapannya “…buanglah misai..” bukanlah membuang keseluruhannya, akan tetapi membuang sebahagiannya sahaja (iaitu yang melepasi ke bibir mulut) sebagaimana yang ditunjukkan oleh sahabat Nabi tadi.

c) Pandangan ketiga; menurut Imam Ibnu Jarir at-Tabari; harus kedua-duanya, yakni kita boleh memilih sama ada hendak mengguntingnya sahaja atau mencukurnya kerana kedua-duanya sabit di dalam hadis Nabi s.a.w..

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, 1/152-155 (Kitab at-Toharah, Bab Khisal al-Fitrah).
2. Faidhul-Qadier, Imam al-Munawi, hadis no. 3586.
3. al-Mjamu’, Imam an-Nawawi, Kitab at-Toharah, bab as-Siwak (1/287).
4. Tuhfah al-Ahwazi, Kitab Abwab al-‘Ilmi, bab Ma Ja-a Fi Qassi as-Syarib (8/42).
5. Fiqh al-Albisah Wa az-Zinah, Abdul-Wahhab Abdus-Salam Tawilah, hlm. 276-280.
6. Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 21.
7. Fiqh at-Thoharah, Dr. Abdul-Karim Zaidan, hlm. 42.

Wavy Text Generator - Satisfaction.com

Saturday, April 21, 2012

Surah Al-Hujurat [Terjemahan]

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (1) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya. (2) Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah s.a.w, merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertakwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. (3)
 Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib). (4) 
 Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (5) Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (6) 
 Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: Perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus. (7) 
 (Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (8) 
 Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (9)
 Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (10) 
 Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (11) Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (12)
 Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (13) 
 Orang-orang "A`raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (14) Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (15)
 Katakanlah (kepada orang-orang "A`raab" itu wahai Muhammad): Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang agama kamu (dengan berkata: Kami telah beriman)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (16)
 Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dialah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya).(17) Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan. (18)

Sunday, April 1, 2012

Dia Yang Berkuasa

Bismillah, Tuhan yang mengasai sekalian Alam... Selawat dan salam buat Junjungan mulia penyudah segala nabi ya habibi ya Rasulallah SAW...


Pagi yang indah ini, telah dimuramkan dengan suasana angin yang bertiup kencang dek kerana manusia yang mengaku beragama Islam tak mau bangun solat Subuh lagi...

Ting....ting....ting.... loceng hendsep berbunyi , semakin lama semakin kuat... tapi manusia itu tak nak bangun jugak.. Hanya Dia yang tahu.

Wahai orang yang beriman, bangunlah selagi kamu boleh bangun... solatlah berjemaah selagi Dia membari paluang, Usahalah sekuat dan sehabis tenaga untuk berjemaah SUBUH di surau atau dimasjid atau tempat2 azan dilaungkan...

BArangkali... SUBUH ini adalah subuh yang terakhir untuk tahun ini, bulan ini, minggu ini, hari ini, jam ini, saat ini dan ketika ini.. SEGERALAH bangun wahai tubuh yang masih diatas katil yang empuk..   bersedialah dengan iman dan taqwa.. Kerana sebaik2 bekalan adalah bertaqwa kepada ALLAh azzawajalla.

bangun... bangun... bangun.... dah subuh ni. Panggilan ini terus diulang dan diulang dengan sahutan "ok" atau kadang2 "bangun dah ni.

"Jom gi surau" lalu si mad'u jawab "insyaallah. 

Begitulah setiap pagi, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun... tapi adakah manusia berubah?
adakah die cube untuk bangun awal bile sudah dikejutkan? adakah mereka sendiri berusaha sehabis baik untuk bangun solat SUBUH berjemaah. Sekurang2nya berjemaah dibilik atau disurau alternatif(surau blok).

Dia Yang Berkuasa memberi hidayah kepada mereka2 yang tak mahu bagun solat subuh itu. Mohon lah pada-Nya, disamping usaha yang istiqamah...

Tapi!!! kau taknak bangun... Aku dah usaha lagi dan lagi... kau tak bangun2..

Takpela... kau dapat apa yang kau nak. Jangan berhenti mengerkjakn kebajikan.

Semoga Allah memberi ganjaran setimpal untuk penggerak2 SUBUH dan mengampuni dosa2 mereka.
Semoga dimasukkan ke dalam Syurga Firdaus. Insyaallah Taala.

Tuesday, March 13, 2012

Trust in Allah (Al-Ahzaab 33:3)

We are put into situations to build our character....
have the will, you will have the power...
and rely on Allah;
and Allah is sufficient for a Protector

Friday, March 9, 2012

SAMPAIKAN ILMU WALAU 1 AYAT

Daripada Sahl bin Mu’az bin Anas daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajarkan satu ilmu maka dia memperolehi ganjaran pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan sedikitpun pahala orang yang melakukannya.” (HR Ibn Majah)




Maka sama-samalah kite menyebarkan ilmu yang berguna, semoga kehidupan kite terus bermakna.

~PMIUTM Bersamamu | Rukun Tetangga Mahasiswa UTM~

Wednesday, November 9, 2011

Tazkirah-TGNA

 "Diri kita ni ada jasad dan ada roh. Jasad kita kalau lapar, kita akan rasa. Kalau perut lapar, tetapi kita tidak rasa, ertinya perut kita bermasalah. Tau-tau perut kembung dan masuk angin. Demikian juga kalau roh kita lapar, tetapi kita tidak rasa, ertinya roh kita bermasalah. Tau-tau kita sudah jauh dari Allah SWT. Oleh itu, roh kita perlu dijamu sentiasa, dan makanan roh itu ialah zikrullah...."

Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kuliah Israk Mikraj, 20 Julai 2010.

Thursday, November 3, 2011

Solat | Golongan Orang Yang Solat

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita cuba check sembahyang kita, nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1.


Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.


Golongan 2.


Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.


Golongan 3.


Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.


Golongan 4.


Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.


Golongan 5.


Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.


Golongan 6


Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.


Golongan 7.


Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.


Golongan 8.


Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )


Golongan 9.


Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.


Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.


Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.Insya Allah...


Marilah kita berMUHASABAH


Dimanakah solat kita?


Adakah solat yang kita lakukan itu telah menunjukkan kesannya dalam gerakan kita/penglibatan kita/tanggungjawab kita sebagai seorang ahli jemaah?


Moga kita bersama harapkan solat kita itu benar-benar menjadi tiang agama.


Adakah segalanya yang kita lakukan kelmarin...hari ini dan esok hasil kesan solat kita?


Oleh itu bersama-samalah kita saling mengingati antara satu sama lain.....

Friday, May 6, 2011

~sebutlah Name Allah

Dengan nama Allah , Tuhan sekalian alam... segala puji bagi-Nya, Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW___________mengajar kite erti pandang kedepan untuk menjaga ummat Islam.
Ikhwanul Muslimin : 1. Allah tujuan kami (Allahu ghayatuna) | 2. Rasulullah teladan kami (Ar-Rasul qudwatuna) | 3. Al-Qur'an landasan hukum kami (Al-Quran dusturuna) | 4. Jihad jalan kami (Al-Jihad sabiluna) | 5. Mati syahid di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi (Syahid fiisabilillah asma amanina)