Showing posts with label artikle li. Show all posts
Showing posts with label artikle li. Show all posts

Friday, October 21, 2011

Mengikuti akhlak dan cara Rasulullah SAW | Ayuh!!!




BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.

Kali ini penulis asal ingin kongsikan cara hidup sihat yang Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.

Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.

Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:

Selalu bangun sebelum subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Aktif menjaga kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

Tidak pernah makan berlebihan

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

Gemar berjalan kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

Tidak pemarah

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah

di hati.

Optimis dan tidak putus asa

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

Tidak pernah iri hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

Pemaaf

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Oleh Ustaz Zawawi Yusoh
— with Zahrah Ali, Muhammad Shuhaifuddin, Aina Sofiana Jamial dan Norhayati Ali.

Thursday, August 4, 2011

>>wat Laporan Li CikiT :]]

LAPORAN KERJA

MINGGU 1
Pada hari pertama, saya telah diterangkan berkaitan syarikat dan proses penghasilan pad brek cakera yang ada di kilang AFI Brake Sdn Bhd. Pn Sharifah Maizatul Akmar Binti Syed Hamid telah menjadi penyelia saya di kilang AFI Brake. Beliau telah mengajar saya mengemaskini katalog produk yang dihasilkan di syarikat tersebut pada hari kedua latihan industri. Setelah penerangan lebar, fahamlah saya bahawa terdapat katalog khas dan data dalam komputer untuk membuat rujukan ketika mengemaskini katalog. Katalog dan data itu perlu dikemaskini terlebih dahulu kerana terdapat produk yang baru dihasilkan. Saya juga belajar menyetak helaian baru yang perlu ditambah dan dibaiki pada setiap katalog. Terdapat 48 biji katalog yang mempunyai hamper 500 helaian perlu dikemaskini. Kertas yang digunakan adalah jenis A4 260gsm. Tugas mengemaskini katalog berhenti pada hari ke lima seterusnya disambung pada 13,14,16,17 dan 18.


MINGGU 2
Pada minggu ini, saya belajar prosedur mengarkib salinan utama dokumen lama yang dibatalkan tetapi perlu disimpan. Ini adalah untuk rujukan dan atas sebab-sebab keselamatan. Pertama saya perlu mengenalpasti dokumen yang perlu diarkib, kemudian kumpul dan masukkan dalam kotak dan rekod semua dokumen tersebut. Setiap kotak dilabel dengan kod simpanan untuk memudahkan kerja-kerja semakan oleh juruaudit dalaman. Setelah siap, kotak-kotak berkenaan dihantar ke dalam bilik arkib. Tempoh simpanan adalah 7 tahun dan selepas itu, dokumen tersebut akan dilupuskan.
Pada 28/5-31/5, saya telah membantu Jabatan Inventory yang diketuai oleh En Fadir Bin Samah bagi membuat pemeriksaan barang siap di stor AFM. Pemeriksaan ini bagi membandingkan kuantiti barang di stor dengan rekod yang ada dalam computer. Dua hari sebelum, saya membuat persediaan pemeriksaan stok dengan menyimpan “brake shoe” yang baru sampai ke kilang.


MINGGU 3,4 dan 5
Pada minggu ini saya belajar membuat “mould coasting” dan “mould history”. Mould coasting ialah rekod kos yang digunakan untuk membuat dan memasang setiap acuan. Mould history ialah rekod jumlah pad brek yang dihasilkan dari setiap acuan. Semua rekod ini disimpan dalam computer dan perlu dikemaskini setiap hari.
Setelah bertugas selama sebulan di bahagian pengurusan, saya diberi peluang untuk masuk ke stor dan berlatih disitu sehingga tamat latihan industri.

MINGGU 6,7,8,9 dan 10
Pada minggu ini saya berada di stor untuk membantu En. Nazri (penjaga stor) bagi menguruskan keluar masuk semua jenis barang. Saya belajar memasukkan “brake shoe” ke dalam kotak yang telah dikhaskan dan disusun di suatu ruang khas dalam stor.
Saya juga membantu di bahagian pembungkusan barang-barang yang ditempah oleh pelanggan. Disitu saya berpeluang bekerja dengan Pok dan Gun. Saya diajar cara mendapatkan barang yang ditempah pelanggan dari stor. Cara membuat senarai tempahan, membalut bungkusan kotak, menimbang bungkusan, mengikat dan menyusun bunkusan turut diajar.
Saya juga belajar menyimpan barang siap ke dalam stor mengikut jenis dan part number masing-masing. Contohnya jenis Prixon dengan part no D 1905M.
Terdapat banyak jenis barang dalam stor. Ia perlu disusun dengan teratur bagi memudahkan kerja-kerja mengambil tempahan.
Beginilah tugasan harian saya sehingga hari terakhir di kilang AFI Brake dengan bantuan En.Nazri,Pok dan Gun.

Friday, June 17, 2011

memang Tak Same

Bismillah Wal ha hamdulillah....
   duk kat u lain cara nak berdakwah nye.... kat kampung lain cara dakwah nye,
kene pikir lebih lagi.... sebab ia medan sebenar, sebelum keakhirat,
usah kate nak tarik org, jage diri pun MasyAllah........"sukar"

begitulah yang sempat ambe kata time cuti ini"dlm latihan Industri benornye,
 wassalam.......    

NICE nyer gambar ni....







SELAWAT DAN SALAM KEATAS NABI MUHAMMAD S.A.W
Ikhwanul Muslimin : 1. Allah tujuan kami (Allahu ghayatuna) | 2. Rasulullah teladan kami (Ar-Rasul qudwatuna) | 3. Al-Qur'an landasan hukum kami (Al-Quran dusturuna) | 4. Jihad jalan kami (Al-Jihad sabiluna) | 5. Mati syahid di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi (Syahid fiisabilillah asma amanina)