Showing posts with label Dzatul Riqa'. Show all posts
Showing posts with label Dzatul Riqa'. Show all posts

Friday, May 6, 2011

~Peperangan Dzatur riqa'


Salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian...sebelum saya menceritakan dengan lebih lanjut tentang kisah yang berlaku di dalam peperangan ini,marilah kita melihat dan meneliti kembali latar berlakunya peperangan ini. Antaranya ialah :

1) Bila berlakunya peperangan ini?

2) Dimana tempatnya?

3) Bilangan orang islam dan bilangan orang kafir yang menyertai peperangan ini?

4) Apakah objektif peperangan ini?

5) Adakah kaum muslimin berjaya atau sebaliknya dalam peperangan in?

     Sebagaimana yang ditulis didalam lipatan sejarah, peperangan ini berlaku pada bulan syaa'ban iaitu pada tahun ke-4 H,yang mana kekuatan orang islam ialah seramai 400 orang sahaja,manakala orang kafir pada ketika itu bergabung kepada dua kumpulan iaitu "Bani Thalabah" dan "Bani Muharib"iaitu dari ( khotfan).Peperangan ini berlaku di "NAKHLAN" iaitu kawasan yang terletak di D-zatulriqa' yang mana 90 kilometer dari Madinah.

     Rasulullah S.A.W tinggal di Madinah setelah perang Bani Nadhir pada bulan RabiulAwal dan bulan Rabiul Akhir dan sebahagianya pada bulan Jamadil Awal .Beliau kemudianya berperang di Najad dengan Bani Muharib dan Bani Tha'labah dari Ghatafan hing berhenti di suatu perkebungan , iaitu di Dzat Ar-Riqa'.Peperangan ini dikenali sebagai perang Dzat Ar-Riqa', kerana mereka menampal bendera disitu. Ada yang mengatakan kerana ada satu disitu yang disebut sebagai Dzat Ar-Riqa'.Ada juga yang mengatakan mereka melilitkan kain ke kaki mereka yang berlubang.
Ikhwanul Muslimin : 1. Allah tujuan kami (Allahu ghayatuna) | 2. Rasulullah teladan kami (Ar-Rasul qudwatuna) | 3. Al-Qur'an landasan hukum kami (Al-Quran dusturuna) | 4. Jihad jalan kami (Al-Jihad sabiluna) | 5. Mati syahid di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi (Syahid fiisabilillah asma amanina)