Thursday, September 13, 2012

BANTAH FILEM HINA NABI MUHAMMAD

Ulamak PAS seru semua pihak tolak hina agama

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama menolak sebarang percubaan menghina mana-mana agama termasuk agama Islam.

Setiausahanya,  Dr Khairuddin A. Razali berkata, ini seperti mana dilakukan melalui filem berjudul Innocence of Muslims yang telah dihasilkan oleh Sam Bacile, seorang pengarah filem berketurunan Israel Amerika.

“Tindakan seumpama itu merosakkan keharmonian antara bangsa dan agama yang mengundang kepada permusuhan dan pertelingkahan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan, Islam merupakan agama yang sentiasa mempromosi keamananan dan keharmonian beragama.

Tambahnya, Islam mengajar umatnya tidak melakukan penghinaan bersifat agama, antaranya Al-Quran mengajar agar jangan dihina tuhan-tuhan yang disembah oleh bukan Islam.

Ini, ujarnya seperti firman Allah yang bermaksud: "Janganlah kamu mencela (tuhan-tuhan) yang mereka seru selain daripada Allah, lantaran itu mereka mencela Allah kerana permusuhan tanpa sebarang ilmu”. (Surah al-An’aam: 18) 

K-FIQH 2012 | Politik Islam Semasa

Sekilas K-Fiqh Politik Islam Semasa. Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa yang bakal dilaksanakan di AUDITORIUM UTAMA UIAM membincangkan kefahaman dalam berpolitik sebagai cabang ilmu bagi memahami ...
comel tempat ini...

 

Media Sosial

______________________________________________________________________

TIBA-tiba........

Ikhwanul Muslimin : 1. Allah tujuan kami (Allahu ghayatuna) | 2. Rasulullah teladan kami (Ar-Rasul qudwatuna) | 3. Al-Qur'an landasan hukum kami (Al-Quran dusturuna) | 4. Jihad jalan kami (Al-Jihad sabiluna) | 5. Mati syahid di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi (Syahid fiisabilillah asma amanina)