Sunday, April 29, 2012

WACANA ILMU 2 | WASATIYYAH


WASATIYYAH : Konsep Dan Pelaksanaan dalam Kepimpinan Mahasiswa
26 APRIL 2012 | FTI UTM
ANJURAN : PMIUTM, FTI, BADAR K10

26 APRIL 2012 - PMIUTM dengan kerjasama Pusat Islam UTM dan BADAR Kolej 10 UTM telah berjaya melaksanakan Wacana Ilmu bertemakan Wasatiyyah | Konsep dan Pelaksanaan Dalam kepimpinan Mahasiswa. Wacana ini adalah kali ke-2 dianjurkan oleh PMIUTM. Syabas
     Panel 1 bagi wacana ini adalah saudara Muhammad Hazim Mohd Nor(Tim.Presiden PMIUTM), panel 2 Mohamad Ilyas bin Ismail (bilal Pusat Islam), panel 3 saudara 'Asim Abdullah bin Ainullotfi (wakil kelab IQRA') dan moderator kehormat adalah saudara Mohd Nur Qadhir bin Awang (ahli PMIUTM)
     Kelihatan para panel memberi pandangan yang bernas menggunakan rujukan masing -masing seperti yang anda boleh perhatikan di dalam rakaman diatas. Penuh dengan gaya tersendiri dan diharap para penonton tidak bosan untuk terus bersama dalam wacana akan datang.
     Wacana kali ini berjalan lancar dengan kehadiran yang memuaskan kerana Dewan Marbawiy dipenuhi peserta berjumlah lebih kurang 100 orang. Alhamdulillah moderator saudara Qadir juga telah berjaya membawa wacana pada malam tersebut dengan jayanya.
    Seperti biasa, 2 pusingan dibuat dimana pada pusingan pertama panel 1 mendefinisikan Wasatiyyah dan diteruskan oleh panel kedua dan panel ketiga. Daripada pemahaman penulis berdasarkan pusingan 1 ini, wasatiyyah bermaksud memilih jalan yang paling baik ataupun bersederhana. Dalam psingan ke-2 pula, para panel diajukan soalan cepumas dari moderator. Panel 1 diajukan soalan berkaitan adakah benar wasatiyyah menjadikan mahasiswa lembap. Panel kedua pula diajukan suatu soalan yang praktikal iaitu berkenaan pembelian kereta BMW atau Kancil apabila kita sebagai pekerja berstatus tinggi, dengan tujuan untuk menunjukkan keizzahan ISlam. Apa komen Panel 2? Saksikanlah. Panel 3 cuba menambah point panel dua dan terus mengupas kesimpulan wacana malam itu seperti diminta oleh moderator.

280412 Himpunan BERSIH 3.0- MASJID NEGARA (HADI AWANG, MOHD SABU, SHEIKH...

what really happened in BERSIH 3.0

HUJAH:

1-KANTOI: Lelaki ini kejap jadi peserta, kejap jadi polis

 Gambar atas kiri: Lelaki ini sedang menerajang motosikal polis 

Gambar bawah:  lelaki ini juga yang menangkap peserta BERSIH

2-[VIDEO] Temubual Saksi di Tempat Kereta Polis Diterbalikkan

 
[PANAS] Polis Paksa Perempuan Buka Baju BERSIH ketika Mahu S...
[PANAS] Polis Paksa Perempuan Buka Baju BERSIH ketika Mahu Solat Maghrib
Sekadar hiasan Saya petik:[KD] KUALA LUMPUR: Polis memaksa perempuan yang memakai baju Bersih menanggalkannya ketika mahu menunaikan solat Maghrib,...
[WAJIB BACA] Penjelasan saksi: Mengapa Kereta Polis diterbalikkan
KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan orang yang...
[VIDEO] Polis Malaysia RAMPAS Kamera Wartawan Al Jazeera, Saksikanlah KEMESRAAN Polis...
Polis Malaysia semakin terkenal di dunia kerana MESRAnya mereka.....Hancur BN!!
[VIDEO] Polis Trafik 'SEPAK TERAJANG' peserta BERSIH 3.0
Adakah anda berbangga atau menyampah dengan kenyataan menteri KDN dan Ketua Polis ini? Polis Tangani Himpunan Bersih 3.0 Secara Profesional -...
[VIDEO] PANAS: Satu lagi Kekejaman POLIS Malaysia di BERSIH 3.0...
Polis memukul peserta dengan kayu, menyepak terajang sedangkan peserta tanpa sebarang senjata.  Perlukah dilakukan sebegitu rupa? Polis tidak perlu...
[VIDEO] Lihatlah Sendiri, Kereta Polis Rempuh Orang Awam
[FOTO] Cedera Parah: Seorang  Dilanggar Kereta Polis, Seorang lagi  Terkena Botol Gas Pemedih Mata
Haji Habizal (kiri) dan Su Kwang Hong terlantar di wad kecemasan HKL [Harakahdaily] 28 Apr 2012 KUALA LUMPUR: Dua peserta Bersih 3.0 yang cedera...
 

Read more ON: http://kafesantai.blogspot.cOM

 

Saturday, April 21, 2012

Surah Al-Hujurat [Terjemahan]

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (1) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya. (2) Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah s.a.w, merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertakwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. (3)
 Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib). (4) 
 Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (5) Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (6) 
 Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: Perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus. (7) 
 (Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (8) 
 Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (9)
 Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (10) 
 Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (11) Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (12)
 Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (13) 
 Orang-orang "A`raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (14) Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). (15)
 Katakanlah (kepada orang-orang "A`raab" itu wahai Muhammad): Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang agama kamu (dengan berkata: Kami telah beriman)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (16)
 Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dialah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya).(17) Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan. (18)

Surah Al-Hujurat 49:1-18

سُوۡرَةُ الحُجرَات
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُقَدِّمُواْ بَيۡنَ يَدَىِ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ۬ (١) يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَرۡفَعُوٓاْ أَصۡوَٲتَكُمۡ فَوۡقَ صَوۡتِ ٱلنَّبِىِّ وَلَا تَجۡهَرُواْ لَهُ ۥ بِٱلۡقَوۡلِ كَجَهۡرِ بَعۡضِڪُمۡ لِبَعۡضٍ أَن تَحۡبَطَ أَعۡمَـٰلُكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تَشۡعُرُونَ (٢) إِنَّ ٱلَّذِينَ يَغُضُّونَ أَصۡوَٲتَهُمۡ عِندَ رَسُولِ ٱللَّهِ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ ٱمۡتَحَنَ ٱللَّهُ قُلُوبَہُمۡ لِلتَّقۡوَىٰ‌ۚ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَأَجۡرٌ عَظِيمٌ (٣) إِنَّ ٱلَّذِينَ يُنَادُونَكَ مِن وَرَآءِ ٱلۡحُجُرَٲتِ أَڪۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡقِلُونَ (٤) وَلَوۡ أَنَّہُمۡ صَبَرُواْ حَتَّىٰ تَخۡرُجَ إِلَيۡہِمۡ لَكَانَ خَيۡرً۬ا لَّهُمۡ‌ۚ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٥) يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ (٦) وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ فِيكُمۡ رَسُولَ ٱللَّهِ‌ۚ لَوۡ يُطِيعُكُمۡ فِى كَثِيرٍ۬ مِّنَ ٱلۡأَمۡرِ لَعَنِتُّمۡ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ حَبَّبَ إِلَيۡكُمُ ٱلۡإِيمَـٰنَ وَزَيَّنَهُ ۥ فِى قُلُوبِكُمۡ وَكَرَّهَ إِلَيۡكُمُ ٱلۡكُفۡرَ وَٱلۡفُسُوقَ وَٱلۡعِصۡيَانَ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلرَّٲشِدُونَ (٧) فَضۡلاً۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَنِعۡمَةً۬‌ۚ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ۬ (٨) وَإِن طَآٮِٕفَتَانِ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱقۡتَتَلُواْ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَہُمَا‌ۖ فَإِنۢ بَغَتۡ إِحۡدَٮٰهُمَا عَلَى ٱلۡأُخۡرَىٰ فَقَـٰتِلُواْ ٱلَّتِى تَبۡغِى حَتَّىٰ تَفِىٓءَ إِلَىٰٓ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ فَإِن فَآءَتۡ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَہُمَا بِٱلۡعَدۡلِ وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ (٩) إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (١٠) يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ۬ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُمۡ وَلَا نِسَآءٌ۬ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيۡرً۬ا مِّنۡہُنَّ‌ۖ وَلَا تَلۡمِزُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُواْ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِ‌ۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِيمَـٰنِ‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَتُبۡ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (١١) يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٌ۬‌ۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًا‌ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُڪُمۡ أَن يَأۡڪُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتً۬ا فَكَرِهۡتُمُوهُ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (١٢) يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣) ۞ قَالَتِ ٱلۡأَعۡرَابُ ءَامَنَّا‌ۖ قُل لَّمۡ تُؤۡمِنُواْ وَلَـٰكِن قُولُوٓاْ أَسۡلَمۡنَا وَلَمَّا يَدۡخُلِ ٱلۡإِيمَـٰنُ فِى قُلُوبِكُمۡ‌ۖ وَإِن تُطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ لَا يَلِتۡكُم مِّنۡ أَعۡمَـٰلِكُمۡ شَيۡـًٔا‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ (١٤) إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمۡ يَرۡتَابُواْ وَجَـٰهَدُواْ بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلصَّـٰدِقُونَ (١٥) قُلۡ أَتُعَلِّمُونَ ٱللَّهَ بِدِينِڪُمۡ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬ (١٦) يَمُنُّونَ عَلَيۡكَ أَنۡ أَسۡلَمُواْ‌ۖ قُل لَّا تَمُنُّواْ عَلَىَّ إِسۡلَـٰمَكُم‌ۖ بَلِ ٱللَّهُ يَمُنُّ عَلَيۡكُمۡ أَنۡ هَدَٮٰكُمۡ لِلۡإِيمَـٰنِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (١٧) إِنَّ ٱللَّهَ يَعۡلَمُ غَيۡبَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ وَٱللَّهُ بَصِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ (١٨

Sunday, April 15, 2012

Haq Tertegak, Biah Terpelihara | Pintu-Fitnah

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al Baqarah : 216)
pintu fitnah
hati mana yang tak cinta,
kalau jiwa sudah berbunga,
namun apakan daya,
ini perintahNya,
jauhilah zina,
Allah tahu apa yang baik utk kita.

JAKSI 2012/2013

"Haq tertegak, biah terpelihara"


اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم

اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم: Terharu.: Sekitar kunjungan Shaykh al-Habib 'Umar bin Hafiz ke JKR 10, Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz & Habib 'Umar Hafiz Baba 'Abdul ...

Wednesday, April 11, 2012

Install linkwith Widget on Blogger









1. go to http://www.linkwithin.com/ to open Blogger in a new window, and follow the steps below in that window. Login to your Blogger account if necessary.
2. Select a blog if you have more than one, then click on Add Widget.


3. (Optional) For better performance, Drag and Drop the LinkWithin box under the "Blog Posts" box.

4. Click on Save.

And you're done! The widget should now appear on your blog.
If there is a technical problem with the widget, visit our support page
                                                                                                                                            NOTE: The quality of recommended stories will improve once we complete our crawl of your blog. This may take up to several hours, depending on the number of stories in your blog.

Sunday, April 8, 2012

Majlis Exsekutif PMIUTM 2011/2012





19 NOVEMBER 2011 – Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUTM) telah berjaya mengadakan Muktamar Tahunan PMIUTM kali ke sembilan yang bertempat di Dewan Senat Bangunan Canseleri UTM. Bermotokan `Dakwah Merintis Inovasi` membawa PMIUTM melangkah jauh dalam menggunakan pelbagai medium dalam menyebarkan ideologi Islam.

Muktamar tahunan pada kali ini terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.45 petang, menyaksikan pembentangan aktiviti setiap lujnah dan perbahasannya. Majlis dipengerusikan oleh saudara Muhammad Zufar bin Marwah yang bertindak selaku pengerusi tetap Muktamar Tahunan PMIUTM.

Sesi kedua pula bermula pada jam 9.00 malam di tempat yang sama. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah diikuti kehadiran jemputan khas, Ustaz Mohammad Naem bin Mat Basir yang merupakan pensyarah dari Fakulti Tamadun Islam diiringi Presiden PMI 2010/11, saudara Mohd Zaki bin Haron dan Pengarah Muktamar Tahunan PMIUTM kali ke sembilan, saudara Mohd Haziq Farhan bin Hj Saipullah. Dewan Senat bergema dengan alunan Asmaul Husna sebagai tirai pembuka kedua majlis. Pengerusi tetap mengambil alih dengan pengumuman pembubaran barisan pimpinan PMIUTM 2010/11 dan penayangan montaj. Seterusnya majlis diteruskan dengan menjemput Ustaz Mohammad Naem untuk mengumumkan senarai pimpinan Majlis Eksekutif PMIUTM 2011/2012. Pada kali ini, pimpinan baru telah dipilih dengan menggunakan sistem syura yang merupakan sistem tertinggi Islam.

Majlis Eksekutif PMIUTM 2011/2012

Presiden                    : Munzir bin Musa
Timb. Presiden          : Muhammad Hazim bin Mohd Nor
Naib Presiden I         : Mohd Haziq Farhan bin Hj Saipullah
Naib Presiden II        : Khairul Wafak binti Baharuddin
Setiausaha Agong      : Nur Suriawanie binti Muda
Bendahari Agong       : Syarifah Nur Aisyah binti Syed Sohor

Majlis diteruskan dengan pengerusi membuka ruang cadangan dan perbahasan usul, ucaptama Presiden PMIUTM yang baru, ucaptama Naib Presiden II PMIUTM dan penyampaian cenderahati. 

Majlis tamat tepat jam 11.50 malam dengan tasbih kafarah dan surah Al Asr.

Semoga pimpinan PMIUTM yang baru ini mampu menyambung visi, misi dan objektif persatuan dan dapat menyebarkan lagi pemahaman Islam dalam kalangan siswa/siswa di kampus ilmu ini.

Takbir! Allahu Akbar!

My Believe

Ahmad Amin menyebut dalam Faidhul Kathir :
"Orang yang murah dengan senyuman dalam menjalani hidup ini bukan sahaja orang yang paling mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi jua adalah orang yang multi tasking, orang yang paling kuat dalam mengahadapi kesulitan dan memecahkan rungkaian persoalan"

Sesungguhnya Allah swt telah mewahyukan kepadaku (Muhammad SAW) agar kalian bersikap tawadhu', hingga tidak ada seorang pun yang berbuat dzalim terhadap orang lain dan tidak ada seorang pun yang berlaku angkuh terhadap orang lain

Saturday, April 7, 2012

Masyaallah.. 7 petela kepincangan

1. Dimulakan dengan watak Hero dan Heroin duduk berhadapan dalam majlis pertunangan. Lalu berkatalah si hero: "Assalamualaikum, cinta." Si heroin menjawab manja mata menggedik, "Waalaikumussalam, rindu." Bermulalah episod couple Islamik dalam sebuah pertunangan kerana lafaz ini diulang tanpa segan silu walau di hadapan orang lain pada scene seterusnya.

Tak lupa, siap ada team datang zikir-zikir macam nasyid sebut nama Allah untuk majlis pertunangan ni. Guna nama Allah ya.

Pertunangan tidak digalakkan untuk dihebahkan sebagaimana dijelaskan dalam video Ust.Don 30 Minit. http://www.youtube.com/watch?v=zeWzuFHI1Q8   



2. Perlu diketahui lakonan tidak menghalalkan apa yang haram. Scene seterusnya, Akhi Hamka nak berangkat ke Yaman. Watak Diana Amir (Hilma) dilihat pegang tangan, bersalam dan dikucup kepala oleh Akhi Hamka di hadapan semua orang . Di luar cerita mereka ini adik-beradik ke? Tidak rasanya. Depan budak-budak pondok yang berkopiah, berserban, bertudung dll. Well, semua merestui benda yang haram dalam scene ni. Yang paling geli apabila scene 'tak halal' ini diiringi dengan selawat ke atas Nabi beramai-ramai.

3. Scene seterusnya heroin nama Saida nak ambil buku terjemahan dari bapa dia depan budak-budak pondok yang sedang menadah kitab. Saida memakai baju yang amat terang, dengan purdah 4 segi style baru mungkin. Bila lihat dari sisi belakang akan nampak juga bahagian pipi dari bawah. Dengan kata lain, ini bukan purdah. Tapi hanyalah kain 4 segi tampal kat bahagian mulut. Tudung Saida pula macam kepala alien bila sanggul tudung ketara tampak kelihatan Kelihatan. Tudung bonggol unta apply dengan purdah. Tak lupa juga telinga jelas terbentuk di tudung yang dipakai dalam cerita ini dari awal sampai akhir. Pelajar lelaki di depan melihatnya dengan pandangan penuh minat. Well, purdah tapi berfitnah. Terbaik. Watak Hilma juga pakai tudung bonggol unta. ( note: Diana Amir telah pun memohon maaf untuk kesalahan tudung bonggol unta kerana masa pembikinan filem tu beliau masih tgh belajar pakai tudung )

Gaya pemakaian tudung+purdah yang salah ini sekaligus telah mencemarkan nama baik golongan yang berpurdah.

4. Scene seterusnya, flashback setelah Hamka dikatakan maut dalam letupan. Scene heroin bersama Hilma adik Hamka di tepi jeti. Dia teringat balik keromantisan akhi Hamka (ulang lagi Assalamualaikum Cinta, Wslm Rindu) yang datang dan duduk betul-betul di sebelah si heroin. Belum kahwin. Kononnya tidak mengapa sebab ada adik temankan, duduk berdua-duaan dekat-dekat macam tu tak menjadi kesalahan. Lalu startlah heroin bermadah:
"Duhai bakal imamku, jangan biarkan hadirmu sekejap mata dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara." Ayat orang bercinta. Bercinta sebelum kahwin adalah.....haram kan?

5. Scene Attar datang hantar buku-buku ke rumah. Saida bersama-sama Abi dan Umminya dalam rumah. Saida berpurdah tapi lengan tak tutup dan tak cuba untuk tutup lengannya yang sememangnya aurat di depan tetamu si Attar. Masa tu scene heroin sedih, mungkin sedih tu menjadikan aurat lengan itu halal?

Mulut tutup, aurat lengan buka.

6. Scene seterusnya, flashback Saida lagi. Dia teringatkan Akhi Hamka sedang mengajar al-Quran di jeti bersama-sama dengan Hilma adiknya. Hairannya, si heroin duduk betul-betul sebelah dengan hero. Adik hero duduk jauh sikit pula. Terbalik. Sepatutnya adik lah yang dekat dengan si abang. Bukan wanita lain. Wow, siap si hero menepuk manja si heroin yang belum halal lagi buatnya dengan kain serban beliau.

7. Fakharuddin Attar ( Hero Utama selepas Hero Sampingan Hamka mati ) dibuang Madrasah Qalbun Salim tanpa dengar penjelasan dari kedua-dua pihak. Attar dicekup berkhalwat dengan wanita bernama Nida oleh Imam disaksikan heroin, ummi, Hilma dan watak2 lain. Ironisnya, pada satu scene awal perkenalan dengan Nida, si Attar ni tidak pula mahu masuk bilik si Nida untuk mengambil serbannya. Tapi kali ini, senang-senang sahaja masuk bilik. Godaan syaitan mungkin.

Pihak pondok terus buang, yakni terus menjatuhkan hukuman berdasarkan apa yang mereka saksikan dengan mata kasar tanpa dilakukan timbang-tara terlebih dahulu. Cara Islamkah begini mengajar untuk berlaku tidak adil pada pesalah?

Last sekali punya scene - scene nikah Saida dan Attar, baju pengantin perempuan tak ikut syarak. Tudung masuk dalam. Tapi pakai purdah.

Cerita ini disudahi dengan kata-kata hero sampingan Hamka:
"Di antara 7 petala langit dan 7 petala bumi, ada 7 petala cinta."

7 petala cinta tidak diterangkan dalam cerita ini. Apa benda yang tujuh itu amat kabur sekali. Yang pasti, cerita ini telah mengangkat tema cinta sebelum nikah. Kerana cinta pada Saidatul Nafisah, Hamka rela berkorban walaupun jadi mangsa letupan semata-mata nak siapkan hadiah perkahwinan Hamka dan Saida, yakni al-Quran tulisan tangan sendiri buat Saida.

Sebelum menonton, anda kena ingat:-

1. Cerita ini bukanlah gambaran kehidupan Islam sebenar.

2. Bukan gambaran sebenar kehidupan pondok/pesantren yang mengasingkan lelaki dan perempuan.

3. Nice try dari pengarah, tapi tidak cukup nice untuk menggambarkan Islam yang indah.

4. Skripnya boleh tahanlah. Tapi jalan cerita, you tentukan sendiri. Still tak dapat challenge KCB (Ketika Cinta Bertasbih). Tidak ada cerita yang sempurna Islamikanya. Tapi betterlah kalau lihat dari etika pemakaiannya.

5. Sekiranya ketujuh-tujuh kritikan terbuka di atas diperbetulkan dan dititikberatkan dalam cerita terbitan akan datang, insyaAllah cerita itu lebih better. Penonton berhak mengkritik.

p/s: Kritik sebab cerita dia nak menonjolkan Islam dan nak mengaitkan Islam. Kalau cerita bukan cerita Islamik, tak perlu kritik sangat sebab memang kita tahu tak syarie langsung pun.

Pembahagaian Hukum Syarak

jom belajar hukum syarak di UTM
[kuliah tafaqquh]
hari : isnin
tarikh : 2/4/2012
masa : 8mlm
tempat : dewan al-marbawiy, FTI
... oleh : PROF SELAMAT HASYIM
tajuk : USUL FIQH

Tuesday, April 3, 2012

memahami Kerajaan Bani Umaiyyah

Kerajaan Bani Umayyah (Arab بنو أمية banū umayya / الأمويون al-umawiyyūn); Parsi امویان (Omaviyân), Turki, Emevi) ialah kerajaan khalifah Islam berasaskan perwarisan pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan ini terdiri daripada keluarga di dalam kaum Quraish Makkah. Kerajaan Bani Ummaiyyah ini berkuasa dari tahun 661 masihi sehingga tahun 750 masihi. Ironiknya kaum Bani Ummaiyyah sebelum ini pernah menjadi musuh ketat Islam sebelum mereka memeluk Islam.
Asal nama kerajaan Bani Umayyah adalah mengambil nama sempena nama datuk Muawiyah,pengasas kerajaan ini iaitu Umaiyyah bin Abdul Syams,seorang pemimpin kaum Quraish yang kaya dan berpengaruh.
Kronologi Kerajaan Bani Umaiyyah
  • 661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Umaiyyah.
  • 670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
  • 677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
  • 680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
  • 685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
  • 700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
  • 711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
  • 712M- Tentera Umaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
  • 713M- Penaklukan Multan.
  • 716M- Serangan ke atas Constantinople.
  • 717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
  • 725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
  • 749M- Kekalahan tentera Umaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
  • 750M- Damsyk ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyyah.

Halaman Masjid Ummaiyyah di Damsyik menjadikannya salah satu simbol kekuatan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Masjid Ummaiyyah antara seni bina agung Kerajaan Ummaiyyah. Di dalamnya terdapat makam Nabi Yahaya a.s.
 Khalifah Umaiyyah di Damsyk 
  1. Muawiyah I ibn Abu Sufyan, 661-680M
  2. Yazid I ibn Muawiyah, 680-683M
  3. Muawiyah II ibni Yazid, 683-684M
  4. Marwan I ibn Hakam, 684-685M
  5. Abd al-Malik ibn Marwan, 685-705M
  6. al-Walid I ibn Abd al-Malik, 705-715
  7. Sulaiman ibn Abd al-Malik, 715-717M
  8. Umar ibn Abd al-Aziz, 717-720M
  9. Yazid II ibn Abd al-Malik, 720-724M
  10. Hisham ibn Abd al-Malik, 724-743M
  11. al-Walid II ibn Yazid II, 743-744M
  12. Yazid III ibn al-Walid, 744M
  13. Ibrahim ibn al-Walid, 744M
  14. Marwan II ibn Muhammad, 744-750M
Khalifah di Cordoba
  1. Abd al-Rahman I, 756-788M
  2. Hisham I, 788-796M
  3. al-Hakam I, 796-822M
  4. Abd al-Rahman II, 822-852M
  5. Muhammad I, 852-886M
  6. al-Mundhir, 886-888M
  7. Abdallah ibn Muhammad, 888-912M
  8. Abd al-Rahman III, 912-961M
  9. Al-Hakam II, 961-976M
  10. Hisham II, 976-1008M
  11. Mohammed II, 1008-1009M
  12. Sulaiman, 1009-1010M
  13. Hisham II, menaiki takhta semula, 1010-1012M
  14. Sulaiman, menaiki takhta semula, 1012-1017M
  15. Abd al-Rahman IV, 1021-1022M
  16. Abd al-Rahman V, 1022-1023M
  17. Muhammad III, 1023-1024M
  18. Hisham III, 1027-1031M

Sunday, April 1, 2012

Dia Yang Berkuasa

Bismillah, Tuhan yang mengasai sekalian Alam... Selawat dan salam buat Junjungan mulia penyudah segala nabi ya habibi ya Rasulallah SAW...


Pagi yang indah ini, telah dimuramkan dengan suasana angin yang bertiup kencang dek kerana manusia yang mengaku beragama Islam tak mau bangun solat Subuh lagi...

Ting....ting....ting.... loceng hendsep berbunyi , semakin lama semakin kuat... tapi manusia itu tak nak bangun jugak.. Hanya Dia yang tahu.

Wahai orang yang beriman, bangunlah selagi kamu boleh bangun... solatlah berjemaah selagi Dia membari paluang, Usahalah sekuat dan sehabis tenaga untuk berjemaah SUBUH di surau atau dimasjid atau tempat2 azan dilaungkan...

BArangkali... SUBUH ini adalah subuh yang terakhir untuk tahun ini, bulan ini, minggu ini, hari ini, jam ini, saat ini dan ketika ini.. SEGERALAH bangun wahai tubuh yang masih diatas katil yang empuk..   bersedialah dengan iman dan taqwa.. Kerana sebaik2 bekalan adalah bertaqwa kepada ALLAh azzawajalla.

bangun... bangun... bangun.... dah subuh ni. Panggilan ini terus diulang dan diulang dengan sahutan "ok" atau kadang2 "bangun dah ni.

"Jom gi surau" lalu si mad'u jawab "insyaallah. 

Begitulah setiap pagi, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun... tapi adakah manusia berubah?
adakah die cube untuk bangun awal bile sudah dikejutkan? adakah mereka sendiri berusaha sehabis baik untuk bangun solat SUBUH berjemaah. Sekurang2nya berjemaah dibilik atau disurau alternatif(surau blok).

Dia Yang Berkuasa memberi hidayah kepada mereka2 yang tak mahu bagun solat subuh itu. Mohon lah pada-Nya, disamping usaha yang istiqamah...

Tapi!!! kau taknak bangun... Aku dah usaha lagi dan lagi... kau tak bangun2..

Takpela... kau dapat apa yang kau nak. Jangan berhenti mengerkjakn kebajikan.

Semoga Allah memberi ganjaran setimpal untuk penggerak2 SUBUH dan mengampuni dosa2 mereka.
Semoga dimasukkan ke dalam Syurga Firdaus. Insyaallah Taala.
Ikhwanul Muslimin : 1. Allah tujuan kami (Allahu ghayatuna) | 2. Rasulullah teladan kami (Ar-Rasul qudwatuna) | 3. Al-Qur'an landasan hukum kami (Al-Quran dusturuna) | 4. Jihad jalan kami (Al-Jihad sabiluna) | 5. Mati syahid di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi (Syahid fiisabilillah asma amanina)