Tuesday, March 20, 2012

Tutorial berBlog

  1. Permulaan : Daftar Akaun Blogspot
  2. Post Entri Dalam Blog
  3. Upload gambar dalam blog
  4. Upload video dalam blog
  5. Letak video dari Youtube dalam blog
  6. Letak kod HTML/javascript dalam blog
  7. Setting asas untuk blog
  8. Cara backup template blog
  9. Website untuk download template blog
  10. Cara tukar template blog
  11. Buka link baru apabila klik gambar
  12. Ketahui komen pada entri melalui email
  13. Tutorial Link warna-warni (rainbow link)
  14. Buat gambar bergerak (scrolling image)
  15. Letak iklan nuffnang statik
  16. Image magnify
  17. Disable right click
  18. Letak background dalam entri
  19. Letak icon pada URL blog
  20. Daftar dan letak shoutmix pada blog
  21. Read more dalam blog : Cara 1
  22. Read more dalam blog : Cara 2
  23. Letak Signature Dalam Blog
  24. Letak website lain dalam blog
  25. Daftar dan letak linkwithin
  26. Tukar ayat asal linkwithin
  27. Ketahui bilangan pengunjung online
  28. Ubah lebar ruangan komen
  29. Dropdown menu dalam blog
  30. Letak website lain dalam entri
  31. Tukar warna background blockquote
  32. Background bergambar pada blockquote
  33. Letak gambar sebelah tajuk entri
  34. Letak tajuk entri pada readmore
  35. Perkataan bergerak (scrolling/marquee text)
  36. Letak salji dalam blog
  37. Ruangan komen bawah entri
  38. Video player kepada mp3 player
  39. Cara dapatkan url gambar
  40. Sistem rating pada blog
  41. Recent Comment dalam blog
  42. Letak Button Back To Top
  43. Letak Text Box Dalam Blog
  44. Widget Popular Post
  45. Tutorial Widget Popular Post
  46. Tukar Cursor Dalam Blog
  47. Jadikan Cursor Berkilau
  48. Animated Recent Post Widget
  49. Recent Post with Thumbnail
  50. Misterlinky - Cara Mudah Pengunjung Blog Tinggalkan Link
  51. Saiz Gambar Maksimum Dalam Blog
  52. Ubah Lebar Gambar Dalam Entri
  53. Jumlah Post dan Komen dalam Blog
  54. Letak Facebook Share Button
  55. Letak Facebook Like Button
  56. Button Like Untuk Blog
  57. Scrollbox Untuk Widget
  58. Disable highlight dalam blog
  59. Ketahui kelajuan load element blog
  60. Cara letak sitemap dalam blog
  61. Bubble cursor untuk blog
  62. Tutorial gerakkan title blog
  63. Tutorial hasilkan title blog bergerak
  64. Tips menaip entri dalam blog part 1
  65. Tips menaip entri dalam blog part 2
  66. Tukar warna text highlight
  67. Following star pada cursor
  68. Tutorial perkataan ikut cursor
  69. Letak emotion icon dalam komen
  70. Cara unfollow blog
  71. Tukar gambar apabila dilalukan cursor
  72. Kesan khas pada gambar apabila dilalukan cursor
  73. Cara buat scroll box untuk blog archive
  74. Tutorial tab menu / navbar menu
  75. Energy saver untuk blog anda
  76. Animated recent post ver2

Wednesday, March 14, 2012

Flame-Licker model car


MACAM2 LA DONIA NI...


Model Kereta Flame-Licker boleh mengembara dengan kuasa nyalaan api. Apabila kereta bergerak di atas kaunter, arus udara yang terhasil menyebabkan nyalaan menari dari sisi ke sisi, ini akan mengubah kelajuan enjin vakum.  
  • Proses ini Terbina di takuk dalam sesondol, menyebabkan roda tenaga bergerak ke atas dan ke bawah sedikit, ketika sedang berjalan. 
  • Berikut adalah bagaimana enjin berfungsi sebagai injap gelongsor pada bahagian depan enjin membuka lubang di bahagian atas silinder, omboh yang berhampiran hujung upstroke dan strok mula turun. 
  • Tindakan strokdown, akan menyedut udara panas dari api masuk ke dalam silinder.  
  • Pada ketika itu, injap ditutup dan sirip penyejuk di luar silinder menyebabkan udara panas di dalam silinder, sejuk, menyebabkan vakum separa.  
  • Bahagian bawah silinder sentiasa terbuka kepada udara di luar.  
  • Kewujudan Vakum separa, di dalam silinder, ini membolehkan tekanan udara ambien untuk memaksa omboh dari bawah ke arah kepala silinder, memberi kuasa enjin.  
  • Injap dibuka sekali lagi, sebagai omboh itu mencapai di-kira 75% daripada jalan ke arah kepala silinder.  
  • Semasa lejang turun ke bawah, ia menyedut api kedalam silinder semula ..

Tuesday, March 13, 2012

Najib persenda Agong batal SBPA?


Hazayani Zakaria, 13 Mac 2012
KUALA LUMPUR, 13 Mac: Ahli Parlimen PAS hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memohon maaf daripada Yang di-Pertuan Agong di atas kesilapannya berhubung pemansuhan Sistem Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA).

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan Najib membatalkan SBPA setelah Agong memperkenankan persaraan Kumpulan Premier dilihat menghina baginda.

"Pada 27 Disember 2011 Agong telah perkenan akan persaraan golongan premier.

"Batal SBPA ini macam persenda Agong, bulan 12 (Disember) bawa memo untuk dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, bulan 3 (Mac) batal SBPA. Najib perlu mohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau juga menuntut penjelasan Najib berhubung berhubung jumlah wang yang telah dihabiskan untuk tujuan perlaksanaan SBPA sejak ianya dicadangkan tahun lalu.

"1 Januari Kumpulan Premier ini dilantik semula secara kontrak. Apa status mereka sekarang?Mereka sudah bersara tapi SBPA dibatalkan sedangkan mereka dilantik melalui SBPA dan diperakui JPA mereka telah menerima gaji pada Januari dan Februari.
"Saya juga minta Najib jelaskan berapa jumlah yang telah dibayar kepada mereka, tapi Najib tidka jawab soalan saya," katanya yang juga Naib Presiden PAS.
Najib mengelakSementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar menyatakan kekesalan terhadap sikap yang ditunjukkan Najib sewaktu menjawab soalan di dalam dewan.

"Kita mengalu-alukan Perdana Menteri datang ke Parlimen dan menjawab soalan yang dibangkitkan.

"Tapi tak pernah berlaku dalam sejarah, Perdana Menteri mengelak untuk jawab soalan," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pula menegaskan, rakyat berhak tahu bagaimana jumlah wang yang telah dibelanjakan itu.

Terdahulu, perkara itu dibangkitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi soal jawab lisan dalam Dewan Rakyat.

Anwar dalam soalan tambahannya berkata, kerajaan mencadangkan SBPA secara terburu-buru sehingga menimbulkan keresahan penjawat awam dankemudiaanya membatalkannya juga secara tergopoh gapah.

Kemudian Mahfuz bangkit dan menyoal mengenai status Kumpulan Premier selapas SBPA dibatalkan.

Najib bagaimanapun tidak menjawab soalan itu sebaliknya mendakwa Mahfuz hanya mahu membela Kumpulan Premier sedangkan kerajaan katanya membela nasib 1.3 juta kakitangan awam.

"Dia hanya mahu jadi juara di kalangan 36 orang ini (Kumpulan Premier) tapi kerajaan sudah menjadi juara kepada 1.3 juta penjwat awam," katanya.

Jawapan itu menimbulkan sedikit kekecohan di dalam dewan apabila beberapa wakil Pakatan bangun mendesak Najib memberikan jawapan yang sepatutnya.

Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudiannya memberi amaran akan merehatkan mana-mana wakil yang terus membuat desakan itu.

Trust in Allah (Al-Ahzaab 33:3)

We are put into situations to build our character....
have the will, you will have the power...
and rely on Allah;
and Allah is sufficient for a Protector

Monday, March 12, 2012

Type I Superconductors [my opinion]

There are 3 points to remember :

  1. The identifying characteristics are zero electrical resistivity below a critical temperature
  2. zero internal magnetic field (Meissner effect),
  3. a critical magnetic field above which superconductivity ceases. 
rujuk : hyperphysics.

Sunday, March 11, 2012

DUDUK | BACA | TAPI TAK FAHAM


: Rabbighfirli Warhamni Wajburnii Warfa'nii Warzuqni Wahdinii Wa'Aafinii Wa'fuanni ::

sedar atau tidak......
-dalam mayang kite doa sokmo, tapi berat nanang, pandai berdoa saje, gape dok tahu die mintak......
-sapa tersembur air liur, tapi sikkit dok serre,

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk 
di antara dua sujud semasa solat..

>>baca Dgn serendah hati nyatakanlah permohonan kepada Allah

1-Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

>>Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima


>>Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)


Warfa'nii (angkatlah darjatku)


Warzuqnii (berilah aku rezeki)


Wahdinii (berilah aku petunjuk)


Wa'Aafinii (sihatkan aku)


Wa'fuannii (maafkan aku)

Usai selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu

tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

Friday, March 9, 2012

Omega-3 Boleh Mengubati Stroke

SAMPAIKAN ILMU WALAU 1 AYAT

Daripada Sahl bin Mu’az bin Anas daripada ayahnya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajarkan satu ilmu maka dia memperolehi ganjaran pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan sedikitpun pahala orang yang melakukannya.” (HR Ibn Majah)




Maka sama-samalah kite menyebarkan ilmu yang berguna, semoga kehidupan kite terus bermakna.

~PMIUTM Bersamamu | Rukun Tetangga Mahasiswa UTM~

Saturday, March 3, 2012

All K-Fiqh 2012


KONVENSYEN FIQH UMMAH 2012 kembali lagi. Kali ini di Selatan Tanahair.

Daftar segera di daftar@k-fiqh.com atau layari www.k-fiqh.com untuk maklumat lanjut.
Sebarang persoalan ajukan kepada konvensyen@k-fiqh.com.
Hubungi Faruq 013-4167725, Rabiatul 013-7784830 untuk mendaftar.
Untuk warga Singapura, hubungi Hj Ismail +6591266412, +6582822164 dan daftar di daftarkfiqhsing@gmail.com 
Perkembangan lanjut boleh diikuti di page FB Konvensyen Fiqh Ummah


 
Konvensyen Fiqh Ummah 2012 merupakan satu platform ilmiah yang mengumpulkan ilmuwan agama tempatan dan antarabangsa. Mereka akan memberikan panduan kepada peserta dalam usaha melahirkan generasi “ummatan wasatan” yang wasatiyyah (bersederhana) dalam segala aspek kehidupan seorang Muslim – akidah, muamalah, ibadah, siyasah, dakwah, tarbiyah, cara hidup, Al-Quran dan Hadith



Penghayatan terhadap Islam semakin dirasai kini dengan wujudnya pelbagai saluran media dan bahan-bahan yang berorientasikan Islam. Walau bagaimanapun, berlaku kekeliruan di kalangan umat Islam tentang pendekatan yang terbaik dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim.



Oleh kerana itu, satu usaha untuk mengumpulkan pakar-pakar agama (ilmuan) supaya mereka dapat memberi panduan yang komprehensif dan mapan perlu dilakukan. Melalui Konvensyen Fiqh Ummah 2012 ini, panduan yang disediakan oleh mereka dapat disebarluaskan kepada masyarakat.

Objektif

1) Mendedahkan masyarakat kepada pendekatan sederhana (wasatiyyah) dalam kehidupan seorang muslim dari segala aspek.

2) Memberikan garis panduan asas dan menyeluruh kepada masyarakat dalam beragama.

3) Menjadikan program ini platform kepada masyarakat untuk berhubung langsung dengan para ilmuan.

Kini, Konvensyen Fiqh Ummah menjengah ke Johor Bharu, di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai pada 7 & 8 Julai 2012. Menampilkan 20 asatizah dan daei yang bakal mengupas tajuk-tajuk hangat lagi terkini yang akan dihuraikan dengan pendekatan wasatiy dan hikmah.

Terbuka juga untuk peserta dari Singapura dan Indonesia!

Friday, March 2, 2012

ulasan Novel Perlumbaan Kedua

Memperkaya diri dan peribadi...(ULASAN 1)

Di dalam sebuah novel sastera bertajuk Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj Yusuf, menceritakan mengenai Tok Kura, sebagai watak utama disamping pelbagai watak haiwan yang "dipinjamkan" akal dan diterjemahkan bahasa perbualan mereka ke dalam bentuk yang mudah difahami.

Perlumbaan kedua ini mengisahkan mengenai ulangan perlumbaan yang sangat masyhur antara kura-kura dan arnab. Pada ulangan pertama, kura-kura tertewas dan keputusan seri 1-1. Lalu diajak kepada perlumbaan ulangan kedua.

Pada kali ini, mereka memilih sebuah bukit untuk dijadikan gelanggang penentuan yang mana satu yang paling handal berlari. Dengan kancil dijadikan pengadil, disaksikan seluruh warga rimba yang ada pada ketika itu, sepurnama tempoh masa diberikan kepada kedua-dua belah pihak. Tok Kura, merupakan pemimpin kaum kura pada ketika itu telah memikul amanah melatih kaum kerabatnya yang ingin bertanding. Dek kerana kesusahan latihan yang diberikan oleh Tok Kura, lama-kelamaan seekor pun tidak sanggup meneruskan latihan, malah Tok Kura dipersalahkan dan diminta oleh kaumnya untuk bertanding sendiri.

Tibalah hari kejadian. Sang Putih sekali lagi dipilih untuk mewakili kaum arnab selepas Ia menjuaraai kejohanan pemilihan antara arnab. Tok Kura tiba lewat ke tempat kejadian, bertongkat dan bergerak agak perlahan(lebih perlahan dari kura-kura biasa)

Dipendekkan cerita, Tok Kura memenangi perlumbaan tersebut dengan menggunakan taktik yang sungguh luar biasa. Seluruh warga rimba bersorak dan kaum kura kembali menerima dan menyanjungi Tok Kura. Tok Kura menang 2 perkara, perlumbaan kedua dan kehormatan dirinya.

Dengan nada terharu bercampur gembira Tok Kura berpesan kepada kaumnya dan semua haiwan-haiwan disitu, "Jika harta yang engkau cari, engkau yang terpaksa menjaganya, jika Ilmu yang engkau miliki, ilmu itu yang akan menjagamu"

Ilmu itu cahaya, jahil itu berbahaya, kaya harta tiada guna, tanpa akhlak penyeri jiwa, indah bukan hanya rupa, malah pekerti amalan mulia...


diambil dari blog KACA PERMATA (http://kacapermata.blogspot.com/)


-----------------------ULASAN 2
A. Sinopsis

• Arnab Putih sedang menghambur, berlari-lari dan melompat di suatu tanah lapang yang ditumbuhi rumput untuk menguji ketangkasannya.
• Datang Sang Kancil mengingatkan semula peristiwa Perlumbaan Pertama pada 198 tahun yang lalu
• Arnab Putih berasa tercabar lalu mengambil leputusan untuk berlumba dengan Tuk Kura.
• Sang Kancil menyatakan hasrat Arnab Putih kepada Tuk Kura
• Perjumpaan binatang diadakan berdekatan Bukit Batu dengan diketuai oleh Sang Gajah
• Syarat-syarat perlumbaan ditetapkan iaitu perlumbaan akan diadakan di lereng bukit, dan perlumbaan itu merupakan perlumbaan terakhir.
• Sang Gajah dilantik sebagai hakim dan kedua-dua pihak diberi tempoh masa selama 2 bulan untuk bersedia.
• Bapa arnab melantik Sang Tedung untuk mengawasi gerak-geri Tuk Kura.
• Tuk Kura mengumpul suku-sakatnya lalu memilih 10 ekor kura-kura muda untuk diberi latihan.
• Tuk Kura merancang strategi dengan memberi pelbagai jenis latihan di tebing sungai.
• Bapa arnab pula mengadakan perlumbaan antara arnab-arnab dan Arnab Putih telah dipilih sebagai wakil.
• Sang Tedung menghasut dan memecah-belahkan suku-sakat kura-kura.
• Tuk Kura didera oleh suku-sakatnya sendiri sehingga Tuk Kura menghilangkan diri.
• Berita kehilangan Tuk Kura tersebar luas di dalam hutan sehingga bapa arnab mendesak Tuk Kura untuk mengisytiharkan Arnab Putih sebagai pemenang.
• Walau bagaimanapun, Tuk Kura muncul pada hari perlumbaan. Perlumbaan diteruskan.
• Tuk Kura melambungkan dirinya dari puncak bukit sehingga berjaya memenangi perlumbaan kedua.


B. Tema

Isi : Kebijaksaan menggunakan akal fikiran dapat mengatasi kekuatan fizikal dalam sesuatu perlumbaan.
 Kebijaksaan Tuk Kura memilih lereng bukit sebagai kawasan perlumbaan dan kebijaksanaannya melambungkan diri dari puncak bukit membantu Tuk Kura menewaskan Arnab Putih yang hanya bergantung kepada kepantasannya.

Huraian 1 : Kebijaksanaan membuat keputusan.
 Tuk Kura memilih lereng bukit sebagai kawasan perlumbaan dan bijak melambungkan diri dari puncak bukit untuk memenangi Perlumbaan Kedua.

Huraian 2 : Kebijaksaan mengatur strategi untuk menghadapi perlumbaan kedua.
 Tuk Kura mengumpul suku-sakatnya lalu memilih sepuluh ekor kura-kura muda. Kemudian, kesemua kura-kura tersebut dibawa ke tebing sungai untuk diberi pelbagai jenis latihan sebelum menghadapi hari perlumbaan.

Huraian 3 : Kebijaksanaan memerangi perlumbaan kedua.
 Sebelum hari perlumbaan, Tuk Kura menghilangkan diri sehingga pihak lawan (arnab) berasa begitu yakin sehingga gagal membuat persediaan. Kelebihan Tuk Kura itu telah memudahkan Tuk Kura memenangi perlumbaan kedua. Selain itu, tindakan mengejut Tuk Kura menggunakan cara melambung diri dari puncak bukit turut merupakan kebijaksaannya.


C. Persoalan

Isi 1 : Perjuangan untuk menebus maruah.

Huraian : Arnab Putih berasa tercabar dan malu apabila mendapati keturunannya pernah tewas kepada kura-kura suatu ketika dahulu. Maka Arnab Putih mengambil keputusan untuk menebus semula maruah dengan mengambil bahagian dalam perlumbaan kedua.

Isi 2 : Amalan tolong-menolong dan bekerjasama

Huraian : Sang Gajah menolong Tuk Kura dan cucu-cucunya untuk mendaki bukit dan kerjasama erat antara kura-kura muada sewaktu membuat latihan.

Isi : Kegigihan yang berterusan pasti akan membawa kejayaan.

Huraian : Tuk Kura gigih memberi latihan yang berterusan kepada kura-kura muda di tebing sungai dalam usaha memenangi perlumbaan kedua.


D. Nilai

Isi 1 : Kegigihan

Huraian : Tuk Kura gigih berusaha untuk memenangi perlumbaan kedua dengan mengumpul suku-sakatnya lalu memilih sepuluh ekor kura-kura muda untuk dilatih di tebing sungai. Tuk Kura memberi pelbagai jenis latihan kepada 10 ekor kura-kura muda.
Isi 2 : Kebijaksanaan

Huraian : Kebijaksanaan Tuk Kura terbukti apabila Tuk Kura memilih lereng bukit sebagai kawasan perlumbaan. Selain itu, tindakan Tuk Kura melambungkan diri dari puncak bukit untuk memenangi perlumbaan turut menggambarkan kebijaksanaannya.

Isi 3 : Tolong-menolong

Huraian : Sang Gajah telah menolong Tuk Kura dan cucu-cucunya dengan membawa mereka mendaki bukit hingga ke puncak. Malah, Sang Murai dan Sang Tupai pula menolong Sang Kancil untuk menyebarkan berita perjumpaan binatang ke seluruh hutan.


E. Pengajaran

Isi 1 : Kita hendaklah bijak menggunakan akal fikiran untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian

Huraian : Tuk Kura bijak melantunkan diri dari puncak bukit untuk memenangi perlumbaan kedua.

Isi : Kita hendaklah hidup tolong-menolong dan bekerjasama antara satu sama lain supaya sesuatu kerja yang susah dan berat menjadi senang atau mudah.

Huraian : Sang Gajah menolong Tuk Kura dan cucu-cucunya dengan membawa mereka mendaki puncak bukit. Manakala, Sang Murai dan Sang Tupai pula menolong Sang Kancil untuk menyebarkan berita perjumpaan binatang ke seluruh hutan.

Isi 3 : Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Huraian : Tuk Kura gigih mengumpul suku-sakatnya dan gigih memilih sepuluh ekor kura-kura untuk diberi latihan. Tuk Kura gigh mengatur pelbagai jenis latihan kepada sepuluh ekor kura-kura muda di tebing sungai.


F. Latar Tempat

Tempat : Tanah lapang

Peristiwa : Arnab Putih sedang berlari-lari menguji ketangkasannya di tempat ini. Di sinilah Sang Kancil mengingatkan semula Arnab Putih kisah kekalahan nenek moyangnya di tangan kura-kura 198 tahun lalu. Di kawasan ini jugalah, Sang Kancil mencabar Arnab Putih untuk berlumba dengan Tuk Kura.

Tempat : Bukit Batu

Peristiwa : Di lereng bukit inilah berlangsung perlumbaan kedua dan di sini juga Tuk Kura melambungkan dirinya untuk memenangi perlumbaan kedua.

Tempat : Tebing sungai

Peristiwa : Di kawasan inilah, Tuk Kura melatih suku-sakatnya untuk menghadapi perlumbaan kedua. Di kawasan ini juga Sang Tedung menghasut sepuluh ekor kura-kura muda untuk menarik diri daripada latihan. Di sini juga Tuk Kura didera oleh suku-sakatnya.


G. Latar Masa

Isi 1 : 198 tahun

Huraian : Sang Kancil mengingatkan semula kekalahan keturunan arnab di tanga kura-kura kira-kira 198 tahun lalu.

Isi 2 : Tempoh masa dua bulan

Huraian : Sang Gajah yang bertindak sebagai hakim memberi tempoh masa dua bulan untuk Arnab Putih dan Tuk Kura membuat persedia. Tuk Kura memilih suku-sakatnya untuk diberi latihan di tebing sungai.

Isi 3 : Pada hari perlumbaan

Huraian : Semua binatang berkumpul. Tuk Kura muncul semula. Perlumbaan kedua diadakan dan dimenangi oleh Tuk Kura. Semua suku-sakat Tuk Kura meminta maaf daripada Tuk Kura.

Dipetik daripada Blog 

ARIF BAHASA II (http://arifbahasamelayu1.blogspot.com/) Pendidikan Kunci KeGemilangan (http://guruimpianku85.blogspot.com)
Ikhwanul Muslimin : 1. Allah tujuan kami (Allahu ghayatuna) | 2. Rasulullah teladan kami (Ar-Rasul qudwatuna) | 3. Al-Qur'an landasan hukum kami (Al-Quran dusturuna) | 4. Jihad jalan kami (Al-Jihad sabiluna) | 5. Mati syahid di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi (Syahid fiisabilillah asma amanina)