Monday, December 26, 2011

Semasa Menyemai Islam, Jangan Nifaq Yang Tumbuh Subur

On 03/12/2011, in Cabaran Islam, Diari Kembara - Eropah, by Abu Saif | 8,640 views | Print Print | Email Email |

Abu Saif menceritakan peristiwa dalam solat suatu ketika dahulu : “Imam, kenapa baca panjang-panjang?” bentak seorang jemaah di masjid.
“Saya baca Surah apa tadi?” saya bertanya.
“Surah Sabbihisma rabbika al-A’la. Imam tahu kan, Maghrib sunnah memendekkan bacaan?” beliau meneruskan bantahan.
“Pendek pada kamu, Surah apa cadangannya?” saya meneruskan pertanyaan.
“Baca Qulya ayyuha al-Kaafiroon sudahlah!” beliau bertegas.
“Baiklah” saya mengangguk.
“Tapi, kalau Imam sudah tahu, kenapa baca panjang-panjang tadi?” beliau masih belum berpuas hati.
Abu Saif tersenyum.
pahit.
Cuba menghias tebu di bibir senyum.
Abu Saif menceritakan pengalaman bekerja sebagai Imam yang sangat muda bagi sebuah komuniti yang sangat mencabar di Belfast ,Ireland Utara, memberikan saya satu pelajaran penting.
Bukan semua soalan perlu dijawab.
Sesetengahnya, iyakan sahaja.
Sesungguhnya itulah satu-satunya petua yang membantu saya bertahan untuk meneruskan tugas sebagai Imam ketika itu. Belajar berhenti daripada mengikut rentak perdebatan.
Debat  1 Ramadan dan 1 Syawwal hari apa, debat baca panjang sangat, baca pendek sangat, Arab masak rasa macam plastik, Pakistan masak pedas macam api Neraka masuk ke perut, khutbah mesti banyak Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris, musim panas yang tiada waktu Isyak sepatutnya dijamakkan solat atau dilewatkan Isyak… segala-galanya tidak pernah berakhir, berulang sama ada secara harian, mingguan, bulanan, malah tahunan.
Di peringkat awal, semuanya mahu dijelaskan. Mahu dipertahankan. Atas nama kebenaran, atas nama dakwah.
Tetapi selepas satu perjalanan masa, saya belajar pelajaran pahit yang manis ini.
Tekan butang pause, berhenti menjawab selepas jawapan yang diperlukan sudah dinyatakan.
AMALAN DI BLOG
Demikian juga yang Abu Saif amalkan di blognya.
13 tahun mengendalikan Saifulislam.Com, dari semasa ke semasa banyak ombak dan taufan yang datang. Jika pengunjung biasa yang akhirnya sudah menjadi kawan, lazimnya perbincangan adalah santai biar pun ketika berbeza pendapat. Tetapi dengan pengunjung berkala yang hadir secara bermusim, ada yang berminat dengan perdebatan hingga tidak dapat dikesan hujung dan pangkalnya.
“Ok?”
“Jom solat di awal waktu dan di tempat azan dilaungkan”

Selepas apa yang perlu dijelaskan, telah dijelaskan, bertawakkallah kepada Allah.
Nasihat Abu Saif :Jangan berlebih-lebihan dalam perdebatan. Jangan berkelakuan fajir dalam pertengkaran. Ketika jawapan dianggap alasan, penjelasan dianggap menegak benang yang basah, diamlah, biar pun diam dianggap kalah.
((أربع من كُنَّ فيه كان منافقاً خالصاً، ومن كانت فيه خُلَّة منهن كانت فيه خُلَّة من نفاق حتى يدعها: إذا حدَّث كذب، وإذا عاهد غَدَر، وإذا وعَدَ أخلف، وإذا خاصم فَجَر))
“Empat karakter, barangsiapa memilikinya maka dia itu adalah seorang munafiq yang tulen. Barangsiapa yang memiliki salah satu daripada karakter itu, maka dia berada di atas salah satu cabang nifaq sehingga dia benar-benar meninggalkannya: Apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri, apabila berpakat dia khianat, apabila bertengkar, dia melampau” [Hadith riwayat al-Bukhari (3007) dan Muslim (58) dengan lafaz Muslim]
tegasnya Dalam menyemai Islam, jangan nifaq yang subur tumbuh.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra

Sunday, December 25, 2011

Nama2 ALLAH

Hafal Quran N Fahami

"BERSAMA MEMBANGUN UMMAH"

Nama2 Allah | by Mishary Al-Afsay

Asma Allah ul-Husna - Mishary Al-Afsay

Lebih 34 Ribu Calon PMR dapat semua A

www.malaysiakini.com
Tahniah kepada calon PMR 2011 yang mendapat keputusan hari ini. Semoga menjadi Insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Teruskan usaha, jangan berhenti... kerana exam banyok lagi.
Seramai 34,271 pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, berbanding 30,86 pelajar pada 2010, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud.
  
Angka itu adalah peningkatan 0.75 peratus, katanya dalam sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011 di Putrajaya hari ini.
Calon yang mendapat minimum D (tidak termasuk semua A) meningkat kepada 272,966 calon (61.88 peratus) berbanding 265,388 calon (60.39 peratus) pada 2010.

Abd Ghafar berkata pencapaian calon luar bandar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran juga meningkat kepada 6,474 calon (4.28 peratus) berbanding 5,825 calon (3.81 peratus) pada tahun lalu, iaitu peningkatan 0.46 peratus.

Begitu juga dengan pencapaian pelajar bandar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran terus meningkat 0.86 peratus, daripada 24,084 pelajar (8.86 peratus) pada 2010 kepada 26,189 pelajar(9.72 peratus) tahun ini.

Calon yang mendapat semua E menunjukkan trend penurunan -0.01 peratus bagi kedua-dua kategori iaitu daripada 249 calon (2010) kepada 216 calon (2011) bagi calon bandar dan daripada 132 calon (2010) kepada 121 calon 2011) bagi calon luar bandar.

"Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata. Namun pada keseluruhannya, pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar," katanya.

Di KUALA LUMPUR, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan Datuk Khairil Awang berkata keputusan PMR di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh lapan tahun,

Beliau berkata pencapaian calon PMR bagi Wilayah Persekutuan meningkat berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) iaitu 2.54 berbanding 2.59 pada tahun 2010 dan nilai GPN WP iaitu sebanyak 2.54  mengatasi GPN (2.71) yang juga pencapaian terbaik bagi peperiksaan PMR setakat ini.

Terdapat 22,449 calon di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan jumlah yang mendapat A dalam semua mata pelajaran ialah 2,296 calon, meningkat daripada 2,103 pada tahun lepas.

Enam sekolah memperoleh kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Menengah (Sains) Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur, Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria dan Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Di KUALA TERENGGANU, keputusan peperiksaan itu menyaksikan peningkatan 1.15 peratus berbanding tahun lepas dan daripada 23,630 calon, 1,746 (7.8 peratus) memperolehi dalam semua mata pelajaran.

Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu Hashim Mohd Zin berkata, prestasi Gred Purata Negeri tahun ini meningkat kepada 2.57 berbanding tahun lepas 2.58.

"Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud pula menduduki tangga teratas 26 buah sekolah mencapai prestasi A atau sekolah berpencapaian tinggi (GPS 1.00 - 1.80), berbanding 25 buah tahun lepas," katanya.

Di SEREMBAN, Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Pkharuddin Ghazali berkata seramai 12,566 calon sekolah kerajaan telah berjaya mencapai tahap penguasaan minimum (mendapat sekurang-kurangnya D) dalam semua mata pelajaran yang diambil.

"Ini merupakan satu peningkatan 1.7 peratus jika dibandingkan dengan pencapaian tahun 2010," katanya.

Pkharuddin berkata bilangan calon sekolah kerajaan yang berjaya mencapai keputusan penuh 9A, 8A atau 7A di negeri itu meningkat 220 orang kepada 1,707 orang calon, berbanding 1,487 pada 2010


Berikut adalah Analisis Keseluruhan keputusan PMR seluruh Terengganu.
15 sekolah terbaik TERENGGANU.

1. SM Sains Sultan Mahmud (SBP KPM)8A-86,7A-2 GP 1.03
2. SM Imtiaz Besut (Sekolah Elit Kerajaan Terengganu) 9A-39 GP 1.04
3. SMK Mak Lagam (Sekolah Elit JPNT) 9A-11, 8A-79 GP 1.04
4. SMK Lembah Bidong (Sekolah Elit JPNT) 9A-18, 8A-62 GP 1.07
5. SMK Tengku Mahmud (Sekolah Premier) 8A-109, 7A-1 GP 1.09
6. SM Imtiaz Kuala Berang (Sek. Elit Kerajaan Trg) 9A-37 GP 1.09
7. SM Imtiaz Dungun (Sek. Elit Kerajaan Trg) 9A-57 GP 1.11
8. SM Imtiaz Kuala Terengganu (Sek. Elit Kerajaan Trg) 9A-60 GP 1.11
9. Smka Sheikh Abdul Malek (Sekolah Agama Harian KPM) 9A-128 GP 1.13
10. SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMA Kerajaan Trg) 9A-67 GP 1.13
11. SBPI Batu Rakit (SBP KPM) 9A-43 GP 1.14
12. SMK Chukai (Sekolah Premier) 9A-14, 8A-71 GP 1.17
13. SM SAINS DUNGUN (SBP KPM) 8A-41 GP 1.20
14. SMK Tg. Ampuan Intan (Sek Premier) 9A-6, 8A-45 GP 1.23
15. SMKA Wataniah (Sek Agama Harian KPM) 9A-32 GP 1.23
: http://teganukita.blogspot.com/2011/12/terengganu-terus-ungguli-pmr.html

Wednesday, December 21, 2011

Jadual Final Semester 1 2011/2012 | 3SSD

Sorotan Peristiwa di bulan Ramadhan

Gua Hira'
Rentangan sejarah Islam diwarnai dengan pelbagai peristiwa kejayaan dan kegemilangan serta tidak sedikit dari kegagalan, kesedihan dan penderitaan. Itulah sunatullah terhadap hamba-Nya yang pada suatu masa berada dibawah dan pada masa lain berada diatas.Pada bulan Ramadhan peristiwa demi peristiwa terjadi pada umat Islam dimulai dari zaman Rasulullah SAW sampai pada detik hari ini. Peristiwa yang harus kita ketahui sebagai seorang muslim sehingga kita dapat mengambil hikmah dan pelajaran darinya dalam rangka menyusun strategi untuk masa yang akan datang. Bukankah Allah telah menjelaskan kepada kita ; 

“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal.” (QS. Yusuf :111), 


“ Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.” (QS. Al A’raaf :176)

Antara peristiwa yang terjadi pada bulan Ramadhan:

1 Ramadhan 587 H
Penghancuran dan penguasaan kota ‘Asqolan yang merupakan pintu masuk menuju kota Al Quds. Penghancuran dan penguasaan kota ini dilakukan oleh Salahuddin Al Ayyubi sebagai strategi menahan laju kekuatan kaum salib (nasrani) yang akan merebut kota Quds. Pada hari penaklukannya Salahuddin Al Ayyubi berkata, “ Demi Allah sesungguhnya penghancuran benteng di ‘Asqolan lebih aku sukai walaupun aku harus kehilangan seluruh anakku, kerana penguasaan ‘Askolan adalah demi kemaslahatan Islam dan kaum Muslimin.” sekarang kota ‘Asqolan dikenal dengan nama kota Asduud di negara Palestin.

2 Ramadhan 732 H
Pada tanggal ini lahir seorang Ulama besar iaitu Abdurrahman bin Muhammad bin khaldun atau dikenal dengan nama Ibnu Khaldun. Beliau mengarang kitab “Muqaddimah” yang lebih dikenal dengan “Muqaddimah Ibnu khaldun” yang membahas tentang ilmu Sosial Kemasyarakatan, Ekonomi, Politik dan Sejarah Filsafat. Buku ini telah diterjemahkan kedalam beberapa bahasa Eropah dan bahasa lainnya. Para ilmuwan barat mengakui akan keunggulan karangan Ibnu Khaldun terbukti mereka masih mempelajari dan menjadikan sebagai buku induk dalam kajian Ilmu Kemasyarakatan. Ibnu Khaldun meninggal pada tahun 808 H di Mesir pada masa pemerintahan Sultan An Nasr Lidinillah.

3 Ramadhan 11 H
Pada hari ini Saydatina Fatimah Az Zahra anak bungsu dan kesayangan Rasulullah SAW dari pernikahannya dengan Ummu Mukminin Khadijah binti Khawailid meninggal dunia. Saydatina Fatimah lahir 5 tahun sebelum Rosulullah SAW diangkat sebagi nabi. Saydatina Fatimah dinikahi oleh Saidina Ali bin Abi Thalib anak kepada bapa saudara Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan tahun 2 H, dan menjalani kehidupan rumah tangga pada bulan Dzul Hijjah di tahun yang sama.dari pernikahan yang penuh berkah ini lahirlah Hasan, Husain (pemuda ahli surga), Zainab, Ummi Kultsum dan Muhsin yang meninggal saat kecil.

3 Ramadhan 825 H
Pada hari ini Sultan Murad II dari kekhalifahan Uthmaniyah mengadakan pengepungan kota Konstantinople dalam rangka menaklukan dan memasukannya dalam naungan Islam. Setelah sekian lama peperangan berkecamuk dengan sangat dasyatnya dan beliau tidak mampu menaklukannya akhirnya beliau kembali kepusat pemerintahannya tanpa membawa hasil yang dicita-citakan.

4 Ramadhan 1299 H
Pada hari ini bersamaan 20 Julai 1882 M pemimpin Mesir tatkala itu Khadio Ismail mengeluarkan surat pemecatan terhadap Ahmad Arabi dari Jabatan Menteri Pertahanan disebabkan Ahmad Arabi mengadakan pertemuan dengan segenap kelompok masyarakat dari para Ulama, bangsawan dan pendukungnya untuk meminta tanggapan tentang keputusan Khadio menghentikan pergerakan kekuatan dalam menghadapi armada Inggeris yang melakukan gempuran terhadap benteng pertahanan Mesir di Iskandaraiyah selama 10 jam tanpa henti (25 Sya’ban 1299 H / 11 Juli 1882 M). Dalam pertemuan tersebut diambil keputusan untuk melanjutkan pergerakan kekuatan. Lalu Khadio mengadakan pertemuan lanjutan dengan lembaga Jam’iyah Wathoniyah yang dihadiri oleh Syekh Azhar, para Hakim dan pemuka masyarakat untuk melakukan tindakan lanjut ke atas keputusan pemecatan Ahmad Arabi disebabkan penentangannya atas perintah Khadio untuk tidak mengadakan pertemuan. Dalam pertemuan lanjutan ini akhirnya jam’iyah Wathoniyah mengambil keputusan untuk mempertahankan Ahmad Arabi dalam jabatannya sebagai Menteri Pertahanan.


5 Ramadhan 362 H
Sultan Al Mu'iz Lidinillah Al fatimi memasuki negera Mesir setelah sebelumnya beliau mengirim pasukan sebanyak 100.000 tentera dibawah pimpinan panglima Jauhar Ash Shiqili pada bulan Sya'ban 358 H tanpa ada perlawanan.

6 Ramadhan 223 H
Sultan Al Mu'tasim seorang khalifah 'Abasiyah mengadakan pengepungan terhadap kota 'Umuriyah' yang merupakan benteng pertahan terkuat kerajaan Benzantiniyyah di Asia kecil. usaha beliau berhasil dengan tertakluknya kota tersebut. peperangan berkecamuk dengan sangat dasyatnya dan beliau tidak mampu menaklukannya akhirnya beliau kembali kepusat pemerintahannya tampa membawa hasil yang dicita-citakan.

7 Ramadhan 361 H
Atas perintah Khalifah fatimi panglima Jauhar Ash Shiqili meletakan asas pertama pendirian Jami’ (Masjid) Al Azhar. Pada tahun 378 H fungsi masjid ditambah menjadi suatu Universiti dengan dilakukan pembentukan staff pengajar yang pembahasan utamanya adalah permasalahan hukum-hukum keislaman. sepanjang masa Al Azhar selalu menyambut gembira kedatangan para pelajar yang berkeinginan belajar disana. segala fasiliti disediakan seperti tempat tinggal, keperluan hidup bahkan halaqah (kelompok belajar) ilmu-ilmu keislaman yang beragam sehingga para penuntut ilmu dapat memilih halaqah yang dikehendakinya.

8 Ramadhan 789 H
Sultan Al Mu’tasim Billah pada hari ini mengadakan pengumuman kepada rakyatnya bahawa barang siapa yang merasa dizalimi dan memiliki perkara yang mengantar kepada permusuhan maka datanglah kepada saya pada hari Ahad (minggu) dan Rabu untuk menyelesaikan permasalahannya. Tradisi ini baru dimulai pada masa beliau dan selanjutnya diikuti oleh sultan-sultan selepas beliau.

9 Ramadhan 222 H
Panglima Al Afsyiin salah satu panglima perang Khalifah ‘Abasiyah Al Mu’tasim bin Harun Ar Rasyid melakukan penaklukan kota Albadz pusat pemerintahan Babak Al Khurmi setelah melakukan pertempuran dan pengepungan selama dua tahun. Faktor pemberontakan Babak Al Khurmi yang dimulai tahun 201 H pada masa Khalifah Ma’mun adalah keinginannya untuk merebut kekhalifahan dari ras Arab yang Muslim untuk ras Faris dan Majusi. selain itu merekapun menolak segala bentuk peribadahan seperti solat, puasa, zakat, haji dan menghalalkan minum arak dan menghalalkan segala yang diharamkan oleh Islam.

10 Ramadhan 1393 H
Tentera Mesir mampu menembus terusan Suez dan menghancurkan benteng Berlif serta menghancurkan kekuatan tentera Israel. Begitupula tentera Suriah mampu membebaskan beberapa wilayahnya dari tangan Israel. Semboyan pasukan pada peperangan tersebut adalah Allahu Akbar (Allah Maha Besar).

11 Ramadhan 1393 H
Terjadi serangan mendadak terhadap kekuatan Israel yang dilakukan oleh satu pasukan berani mati Palestin di Ramallah yang menyebabkan kerosakan dan kerugian dipihak Israel.

12 Ramadhan 597 H
Imam Abu Faraj Ibnu Jauzi seorang ahli sejarah dan Ulama terkenal meninggal dunia. Beliau terkenal kerana karangan beliau keatas ratusan buku, sampai diriwayatkan bahawa beliau telah mengarang sekitar 250 buah buku.

13 Ramadhan 1356 H
Pada tanggal 26 September 1937 M mujahidin Palestin membunuh pimpinan tentera Andruz yang melakukan tindakan merugikan bagi pihak Palestin dengan merebut sebagian tanah di daerah Jalil ‘Ulya untuk pihak Yahudi. Pemerintah Inggeris tidak mendiamkan diri melihat hal ini, lalu mereka melakukan pembunuhan dan pengusiran yang berakhir dengan penangkapan Syeikh Farhan Sa’dy teman Syeikh ‘Izzuddin Al Qassam yang berusia 80 tahun. Syeikh Farhan ditangkap dikediamannya dengan tuduhan melakukan pemberontakan. Dalam persidangan Mahkamah Ketenteraan memutuskan hukuman gantung terhadap beliau. Usaha pembelaan terhadap Syeikh sudah dilakukan oleh berbagai pihak untuk membebaskan beliau namun semuanya tidak berhasil. Akhirnya beliau meninggal dalam keadaan berpuasa.

14 Ramadhan 666 H
Pemerintahan Anthokiah didirikan oleh Putera Wormandi Buwaihimund pada tahun 491 H. Kota ini merupakan kota termegah dengan dikelilingi benteng yang sangat kuat dijaga oleh ribuan pasukan secara bergiliran siang dan malam. walaupun kondisinya demikian kaum muslimin berhasil menaklukan daerah ini dengan izin Allah SWT dibawah panglima perang Dhohir Bibris. Terhitung empat puluh ribuan mati dan tertawan dari pihak musuh. Kemenangan ini merupakan kemenangan terbesar setelah kemenangan Hitthin.

15 Ramadhan 1414 H
Pada tanggal ini seorang Yahudi menyerang Masjid Haram Ibrahimi di kota kholil Palestin dengan menembak jemaah yang sedang solat Subuh secara rambang sehingga banyak yang meninggal dunia. Namun, pihak Israel tidak mengakui kesalahan itu, mereka mengeluarkan pernyataan bahawa orang itu terkena penyakit jiwa yang tindakannya tidak bisa dipertanggung jawabkan.

16 Ramadhan 727 H
Pada hari ini bertepatan dengan 5 Ogos 1327 M, Syeikh Kamaluddin Muhammad bin Ali bin Abdul Wahid bin Abdul Karim Al Anshori Azzamalkany seorang Ulama Fiqh Madzhab Syafi’i di Damsyik meninggal dunia. Beliau meninggal di Bilbis lalu dibawah ke Kairo untuk dimakamkan berdekatan dengan makam Imam Syafi’i.

17 Ramadhan 2 H
pada hari ini kaum muslimin dibawah pimpinan Nabi Muhammad SAW berhasil mengalahkan pihak Musyrikin dalam perang Badar. Terhitung 70 mati dan 70 tertawan dari pihak kaum Musyrikin.

17 Ramadhan 40 H
Pada hari ini pula Saidina Ali bin Abi Thalib Karamallah Wajha RA wafat kerana ditikam dengan pisau beracun oleh Abdurrahman bin Muljam Al Khariji.

18 Ramadhan 21 H
Pada hari ini Khalid bin Walid RA salah seorang sahabat terkemuka yang terkenal dengan keberaniannya dan panglima perang dalam berbagai peperangan baik sebelum Islam atau sesudahnya meninggal dunia. Beliau masuk Islam setelah perjanjian Hudaibiyah pada tahun 7 H. Saidina Umar bin Khatab RA memimpin solat jenazah Beliau lalu dimakamkan di Hims dan ada pula yang mengatakan di Madinah.

19 Ramadhan 1213 H
Pada hari ini Napoleon Bonaparte beserta pasukannya melakukan perluasan jajahan ke Mesir iaitu dikawasan Giza, usaha ini mengalami kegagalan sehingga pada tanggal 23 Ramadhan seluruh pasukan meninggalkan Mesir menuju ke wilayah Syam.

20 Ramadhan 8 H
Rasulullah SAW keluar bersama 10 ribu pasukan perang dari kaum Muhajirin dan Ansar menuju Makkah untuk membebaskannya dari kemusrikan. Faktor keberangkatan beliau disebabkan penyerangan yang dilakukan kabilah Bani Bakar sekutu kaum Quraisy terhadap sekutu Rasulullah SAW kabilah Khuza’ah yang bererti pelanggaran terhadap perjanjian Hudaibiyah yang telah disepakati antara kaum Quraisy dengan Rasulullah SAW. Usaha ini berhasil dengan gemilang tanpa melalui peperangan. Tatkala Fathul Makkah itu Rasulullah SAW berdiri dihadapan kaum musyrikin Makkah lalu berkata, “ Menurut kalian apa akan saya lakukan sekarang ?” Mereka menjawab, “ Kebaikan, kerana engkau adalah saudara yang baik berasal dari keturunan baik, jika engkau memaafkan kesalahan maka itu harapan kami, akan tetapi jika engkau membalas dendam maka itu sangatlah wajar kerana kami pernah berbuat jahat kepadamu. Akhirnya Rasulullah SAW bersabda, “ Pergilah, sekarang kalian bebas, aku hanya ingin mengatakan apa yang pernah dikatakan saudaraku Yusuf ; tidak ada celaan bagi kalian, semoga Allah mengampuni kalian sesungguhnya Dia maha pengasih.”

21 Ramadhan sebelum Hijriyah
Ketika Rasululah SAW mendekati umur 40 tahun beliau selalu berfikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk mengasingkan diri (beruzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan minuman beliau menuju gua Hira' yang terletak di gunung Rahmah sebagai tempat beruzlah yang berjarak dua batu dari kota Makkah. Uzlah ini dilakukan tiga tahun sebelum masa kerasulan selama satu bulan Ramadhan. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa uzlah, bertepatan tanggal 10 Ogos 610 M dan usia beliau genap berumur 40 tahun Qamariyah lebih 6 bulan 21 hari turun kepada beliau Malaikat Jibril AS mewahyukan surah Al Alaq yang merupakan surah pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW.

22 Ramadhan 942 H
Pada hari ini bertepatan dengan tanggal 15 Mac 1536 M, Perdana Menteri Khalifah Uthmaniyah bernama Ibrahim Basya meninggal dunia setelah bertugas selama 13 tahun. Selama masa kepemimpinan beliau telah banyak melakukan perluasan wilayah kekuasaan Islam.

23 Ramadhan 1270 H
Pada hari ini kekuatan tentera Rusia dibawah pimpinan Marsyal Bernes menghentikan kepungannya terhadap kota Selestriya yang terletak di wilayah Qorum, pengepungan yang terjadi selama 35 hari ini tidak membawa impak yang bererti bagi kekuatan Khalifah Uthmaniyah, walaupun kekuatan tentera Rusia mencapai 60 ribu bala tentera berhadapan 15 ribu tentera Utsmaniyah yang kebanyakan berasal dari Mesir. Pelajaran yang dapat dipetik adalah kekuatan yang sedikit mampu mengalahkan kekuatan yang besar.

24 Ramadhan 264 H
Pada hari ini bertepatan dengan 30 Mei 878 M Imam Abu Ibrahim Ismail bin Yahya Al Muzni kawan Imam Syafi’i meninggal dunia. Beliau termasuk salah seorang Mujtahid, Imam Syafi’i pernah berkata, “ kalau seandainya Imam Muzni berhujah dengan syaitan maka beliaulah sebagai pemenang.” Beliau dimakamkan dekat dengan makam Imam Syafi’i.

25 Ramadhan 658 H
Perang Ain Jalut yang terjadi antara kaum muslimin dan Tartar merupakan perang yang besar dalam sejarah Islam, hal itu disebabkan Tartar mampu menguasai banyak daerah Islam dan menjatuhkan Khilafah Abbasiah, mereka juga berhasil membunuh Khalifah Mu’tashim Billah di Baghdad pada tahun 656 H / 1256 M. Perluasan jajahan Tartar meluas sampai wilayah Gaza dibawah pimpinan Hulaku. Kemudian Hulaku mengirim utusan meminta kepada Sultan Mamluki “Quds” untuk tunduk dibawah kekuasaan Tartar, permintaan ini ditolak oleh Sultan Quds kerana menunjukan kehinaan dan kelemahan. Lalu beliau memutuskan untuk menghadapi Tartar dalam peperangan. Maka pada hari Jumaat tanggal 25 Ramadhan 658 H bertepatan dengan 6 September 1260 M bertemulah dua pasukan besar di wilayah Ain Jalut. Dalam peperangan ini Sultan Quds mengumandangkan syiar “ Wa Islama … Wahai Allah tolonglah hamba-Mu Quds dari kaum Tartar.” Peperangan ini berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.

26 Ramadhan 658 H
Diantara Khalifah Bani Umayyah yang paling memiliki peranan penting dalam perjalanan sejarah Islam adalah Abdul Malik bin Marwan. Beliau dilantik menjadi Khalifah pada tanggal 26 Ramadhan 658 H. Beliau memperoleh pendidikan di Madinah Munawwaroh dengan melakukan talaqi ilmu-ilmu keislaman dengan Ulama Madinah pada masa itu sehingga menjadi salah seorang Fuqoha diantara empat Fuqona yang ternama. Dalam setiap permasalahan yang terjadi dalam kehidupan masyarakat disaat beliau memikul amanah kekhalifahan berhasil diselesaikan dengan gemilang. Ibnu Khaldun berkata, “ Abdul Malik bin Marwan termasuk Khalifah yang berjaya dalam sejarah Islam dan Arab kerana beliau mengikuti jejak Amirul Mukminin Umar bin Khattab RA dalam pengaturan negara.” Antara hasil kerja beliau adalah pembangunan Masjid Qubbatul Sokhro dengan kubah kuningnya yang terletak dikawasan Aqsa bersebelahan dengan masjid Al Aqsa.

27 Ramadhan 1223 H
Pada hari ini pasukan Inkisyariyah melakukan perlawanan terhadap Sultan Utsmany Mahmud Khan II dengan tuntutan mengembalikan kekuasaan Mustofa Khan IV. Menghadapi perlawanan ini maka sultan memutuskan untuk menghentikan perlawanan tersebut. Kalaulah tidak terjadi pembakaran di ibu kota yang hampir menghanguskan seluruh kota pasti sultan mampu menundukan perlawanan tersebut. Akhirnya Sultan Mahmud menghentikan perang secara terpaksa demi penyelamatan ibu kota dari kehancuran.

28 Ramadhan 92 H
Kisah kemenangan kaum muslimin pada hari ini dimulai dengan persiapan Musa bin Nashir dengan pasukan dari Arab dan Barbar yang jumlahnya mencapai 7000 tentera dibawah kepemimpinan Tariq bin Ziyad untuk menaklukkan wilayah Andalus. Maka berangkatlah Tariq bersama pasukan dengan menyeberangi laut pada hari Isnin tanggal 5 Rajab 92 H dan mereka mampu memenangkan peperangan menghadapi sekumpulan pasukan Qouth dalam perjalan menuju ibo kota Andalus.

Akan tetapi musuh kembali menghimpun kekuatan dibawah pimpinan Rodrik raja Qouth dengan pasukan sejumlah 100 ribu tentera. Lalu mereka berjalan menuju selatan untuk menundukkan kekuatan kaum muslimin. Untuk menghadapi kekuatan musuh yang besar maka dikirmlah pasukan tambahan sejumlah 5000 tentera sehingga jumlah pasuakn Islam dibawah pimpinan Tariq berjumlah 12 ribu tentera. Maka bertemulah dua pasukan yang tidak seimbang dari segi jumlah pasukan di tepian sungai Wadilaka.

Peperangan terjadi selama empat hari dan pada hari keempat pasukan Qouth mampu dikalahkan dengan kerugian yang sangat besar dengan kehancuran kerajaan mereka. Selain itu kekalahan pasukan Qouth menimbulkan rasa takut dihati pengikut Qouth sehingga mereka melarikan diri kepegunungan atau bersembunyi didalam benteng mereka. Tidak sampai satu tahun wilayah Andalus dapat ditaklukan hampir 100% sehingga terbentuklah sebuah wilayah yang maju dalam ilmu pengetahuan dan peradaban.

29 Ramadhan 1368 H
Pada hari ini bertepatan dengan 25 Julai 1949 M dibubarkan pemerintahan Ibrohim Abdul Hadi. Mesir menjadi saksi akan kezaliman yang dilakukan pada masa pemerintahannya penyiksaan, penangkapan, pengusiran yang belum pernah terjadi sebelumnya.

30 Ramadhan 43 H
Pada hari ini bertepatan dengan 5 Januari 664 M sahabat Rasulullah SAW Amru bin Ash RA wafat.


Wallohu’alam Bih Showab

Diterjemahkan oleh : 

Mukmin ZA Lc dari buku “Ramadhaniyat” karangan Muhammad Sa’id Mursy dan Qosim Abdullah cetakan Darul Tauzi’ wa Nasr Al Islamiyah Cairo Mesir.

Tuesday, December 20, 2011

Tunneling effect


A working mechanism of a resonant tunnelling diode device, based on the phenomenon of quantum tunneling through the potential barriers.

Selawat Burdah | Kedah

Shollu Ala Nabbiy bersama Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

 

leave your catatan hati ___________________________

Monday, December 19, 2011

Bilakah Kita Semua Satu Hati

Satu Hati
 
  BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI, BILAKAH LAGI KEAMANAN AKAN DIKECAPI, BILAKAH LAGI ISLAM AKAN DIJULANG TINGGI, BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI, BILAKAH LAGI KITA SEMUA SATU HATI, BILAKAH LAGI KEAMANAN AKAN DIKECAPI, BILAKAH LAGI ISLAM AKAN DIJULANG TINGGI, BANGUNLAH WAHAI UMMAH KITA SATU HATI, MARILAH BERSAMA BERSATU BERJIHAD, MENENTANG KEZALIMAN, OH INSAN SEDARLAH PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG, MARILAH BERSAMA BERSATU BERJIHAD, MENENTANG KEZALIMAN, OH INSAN SEDARLAH PEMBALASAN TUHAN PASTI AKAN DATANG, JANGAN TAKUT, JANGAN TAKUT BERJUANGLAH UNTUK KEAMANAN. SELAMAT MENJAWAB EXAM
Munsyid : La Khouf http://liriknasyid.com

Syukur 21

Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW

Friday, December 16, 2011

Majlis Eksekutif PMIUTM 2011/2012




Majlis Eksekutif PMIUTM 2011/2012

Presiden                   : Munzir bin Musa
Timb. Presiden          : Muhammad Hazim bin Mohd Nor
Naib Presiden I         : Mohd Haziq Farhan bin Hj Saipullah
Naib Presiden II        : Khairul Wafak binti Baharuddin
Setiausaha Agong     : Nur Suriawanie binti Muda
Bendahari Agong      : Syarifah Nur Aisyah binti Syed Sohor

Thursday, December 15, 2011

kreative dinamic picture






sape nak buat gambar bergerak macam gambar di atas? Di sini disediakan tutorial macammana nak buat gambar bergerak macam gambar di atas. Sebelum ni saya pernah buat tutorial nak buat perkataan bergerak.

1. Pergi ke Dashboard >Layout >Add A Gadget >HTML/Javascript.
2. Masukkan kod berikut:









Cara nak  Tukarkan perkataan bold:
Arah pergerakan gambar : boleh ditukar kepada up, down dan right.
Kelajuan pergerakan gambar : boleh ditukar kepada nombor lain. Semakin tinggi nilai semakin laju.
link untuk dibuka: link yang hendak dibuka apabila gambar diklik. (Klik untuk tutorial)
url gambar: url gambar yang hendak dipamerkan.

Kredit : http://tutorialuntukblog.blogspot.com

SENARAI LENGKAP PRODUK-PRODUK KELUARAN HPA

.:Sila klik mana-mana produk untuk maklumat lanjut:.
Senarai Produk HPA Mengikut Abjad

A

  1. AISKRIM TOYYIBAH PERISA KOKO & KOKO RIPPLE (1L)
  2. AISKRIM TOYYIBAH PERISA VANILA & KOKO RIPPLE (1L)
  3. AISKRIM TOYYIBAH PERISA VANILA & KOPI RIPPLE (1L)
  4. AISKRIM TOYYIBAH PERISA VANILA & ROSELLE RIPPLE (1L)
  5. AIR MINERAL HPA – 1500ml
  6. AIR MINERAL HPA – 600ml
  7. AIR MINUMAN BERALKALI ( 500ML )
  8. AIR SOYA ASLI - STOK TERHAD
  9. AISKRIM TOYYIBAH  KOPI RADIX RIPPLE CUP ( 150ML )
  10. AISKRIM TOYYIBAH  ROSELLE RIPPLE  CUP ( 150ML )
  11. AISKRIM TOYYIBAH CHOCOLATE RIPPLE CUP ( 150ML )
  12. AISKRIM TOYYIBAH KOKO & KOKO  RIPPLE CUP ( 150ML )
  13. AISKRIM TOYYIBAH PERISA JAGUNG ( 1.5L )
  14. AISKRIM TOYYIBAH PERISA JAGUNG ( 500ML )
  15. AISKRIM TOYYIBAH PERISA KELADI ( 1.5L )
  16. AISKRIM TOYYIBAH PERISA KELADI ( 500ML )
  17. AISKRIM TOYYIBAH PERISA KOKO RADIX ( 1.5L )
  18. AISKRIM TOYYIBAH PERISA KOKO RADIX ( 500ML )
  19. AISKRIM TOYYIBAH PERISA KOPI RADIX ( 1.5L )
  20. AISKRIM TOYYIBAH PERISA KOPI RADIX ( 500ML )
  21. AISKRIM TOYYIBAH PERISA VANILA ( 1.5L )
  22. AISKRIM TOYYIBAH PERISA VANILA ( 500ML )
  23. ALBUM HIJRAH KUMPULAN NASYID UNIC
  24. ALMOND LONDON ( 48 BIJI ) – KUIH RAYA
  25. ALMOND SLICE – KUIH RAYA
  26. APRICOT - STOK TERHAD
  27. AQUATIKA SHAMPOO
  28. ARDISIA – HERBA GOUT
  29. AREN SYRUP- SIRAP NIRA KABUNG
  30. AROMATHERAPY SHAMPOO
  31. ASAM JAWA ( MINUMAN READY TO DRINK – RTD ) - STOK TERHAD
  32. AYAM MUDA - STOK TERHAD
  33. AYAM ORGANIK ( 1.5KG )
Nota: Stok Aiskrim Toyyibah, Apricot, Asam Jawa, Ayam Muda terhad di cawangan tertentu dan Kuih Raya hanya dijual semasa Hari Raya sehingga stok habis.

B

  1. BALM BUT-BUT AROMATERAPI
  2. BALM NILAM
  3. BAM PANAS
  4. BARUT BERHERBA
  5. BARUT BERHERBA ( free size ) - STOK TERHAD
  6. BASIRAH ( SABUN ANTI RESDUNG )
  7. BEBOLA AYAM ORGANIK ( 500 GRAM )
  8. BEBOLA DAGING ( 400gram )
  9. BEBOLA IKAN LEKOR
  10. BEBOLA IKAN LEKOR PERISA SOTONG ( 400 GRAM )
  11. BEDAK AWANA
  12. BEDAK DELIMA
  13. BEDAK DELIMA ( biji )
  14. BEDAK JASMIN
  15. BEDAK NUR
  16. BEDAK SEJUK AWANA
  17. BEDAK SEJUK JASMIN
  18. BEDAK SEJUK TOMPOK HITAM
  19. BEDAK SERI DINGIN
  20. BEDAK SERI MELUR
  21. BEDAK TALKUM BAYI BIRU ( IPK )
  22. BEDAK TALKUM BAYI PINK ( IPK )
  23. BEDAK TALKUM LELAKI ( IJK )
  24. BEDAK TALKUM WANITA ( MBK )
  25. BEDAK TOMPOK HITAM
  26. BERAS ORGANIK (1KG) - STOK TERHAD
  27. BERAS PERANG ORGANIK ( 2kg ) - STOK TERHAD
  28. BERUS GIGI ANNAZHOFAH  ( MEDIUM )
  29. BERUS GIGI ANNAZHOFAH  ( SOFT  )
  30. BERUS GIGI KASTURI
  31. BISKUT KACANG
  32. BISKUT COKLAT RADIX
  33. BLUE BERRY TART  ( 48 BIJI ) – KUIH RAYA
  34. BODY HYDRATING LOTION
  35. BODY SCRUB
  36. BODY SYAMPOO SERAI WANGI - TIADA STOK
  37. BRIGHTENING CLEANSING GEL
  38. BUBBLE CHOCLATE - TIADA STOK

C

  1. CAFÉ (KOPI) - STOK TERHAD
  2. CD ALBUM HIJRAH KUMPULAN NASYID UNIC
  3. CECAIR PENCUCI FREESIA
  4. CENTELLA WHITE ( SET KOSMETIK – 1 SET ADA 7 PRODUK ) - STOK TERHAD
  5. CENTELLA WHITE PROTECTIVE SUN CREAM - STOK TERHAD
  6. CEREAL RADIX – MINUMAN BIJIRIN + 7 HERBA
  7. CHLOROPHYLL DROPS – BUANG TOKSID
  8. CHOCOLATE COOKIES
  9. CHOCOLATE ALMOND RADIX - STOK TERHAD
  10. CHOCOLATE HAZEL RADIX - STOK TERHAD
  11. CHOCOLATE MILK RADIX - STOK TERHAD
  12. CHOCOLATE RAISING RADIX - STOK TERHAD
  13. CLAY HAND WASH – CECAIR PENCUCI TANGAN
  14. COCONUT COOKIES
  15. COKLAT CHIP COOKIES
  16. COMPACT POWDER ORKID
  17. COSCINIUM PLUS – HERBA RESDUNG
  18. CUKA NIPAH
  19. CURCUMIN KAPSUL
  20. CW FOAMING CLEANSER
  21. CW LOOSE POWDER

D

  1. DAIRY CHOCOLATE - TIADA STOK
  2. DARK MINT CHOCOLATE - TIADA STOK
  3. D CAMPUCA KAPSUL
  4. D’DET (DETOKSIFIKASI – BUANG TOKSID)
  5. D’DEU (CLEANSING & BALANCING)
  6. DEEP CLEANSING ( 60 biji )
  7. DENNYO VERSATILE ( 1000ML PATI ) – PENYEMBUR SERANGGA SERAI WANGI
  8. DENNYO VERSATILE ( 500ML PATI ) SPRAY - PENYEMBUR SERANGGA SERAI WANGI
  9. DEODORANT CENTELLA MILD
  10. DEODORANT CENTELLA WOMEN
  11. DEODORANT RADIX MEN
  12. DEW MINUMAN BERPERISA ( 400ML ) - STOK TERHAD
  13. DEW WATER FILTERATION SYSTEM KATRIJ B
  14. DEW WATER FILTERATION SYSTEM KATRIJ C
  15. DEW WATER FILTERATION SYSTEM KATRIJ D
  16. DEW WATER FILTERATION SYSTEM KATRIJ E
  17. DEW WATER FILTERATION SYSTEM KATRIJ F
  18. DEW WATER FILTERATION SYSTEM ROC HOUSING - STOK TERHAD
  19. D’KARM – COLON CLEANSING, CUCI USUS
  20. DRY FIGS - STOK TERHAD

E

  1. EAGLE EYES COOKIES
  2. EQ MINDA
  3. ESSENTIAL CREAM CLEANSER - STOK TERHAD
  4. EVENING PRIMROSE OIL SOFTGEL (EPO)
  5. EVERGREEN CENTELLA (GABUNGAN SPIRULINA & PEGAGA)
  6. EXTRA VIRGIN OLIVE OIL (MINYAK ZAITUN)

F

  1. FABRIC SOFTENER KENANGA (PELEMBUT FABRIK 2 LITER)
  2. FABRIC SOFTENER MAWAR (PELEMBUT FABRIK)
  3. FREESIA LIQUID (CECAIR PENCUCI PAKAIAN)
  4. FEMWASH – FEMININE HYGIENIC WASH (PENCUCI KHAS WANITA)
  5. FICUS (HERBA BUASIR)
  6. FLAX SEED OIL SOFTGEL (60 BIJI)
  7. FOOT LOTION

G

  1. GARAM BUKIT ( 400GM ) 
  2. GARLIC OIL SOFTGEL
  3. GULAI AYAM ORGANIK 
  4. GRAPESEED OIL SOFTGEL

H

  1. HABBATUS SAUDA SOFTGEL
  2. HAIR CONDITIONER
  3. HAIR MASK
  4. HAIR SHAMPOO PUCUK SIREH - TIADA STOK
  5. HATI AYAM ORGANIK HPA ( 500gram ) - STOK TERHAD
  6. HB (UNTUK ATASI KEKURANGAN KADAR DARAH MERAH)
  7. HERBA JAWI (HERBA MISAI KUCING)
  8. HERBA KEPUTIHAN
  9. HERBA PELAWAS – PENAWAR SEMBELIT / SUSAH BUANG AIR BESAR
  10. HERBA RENDAMAN KAKI
  11. HERBA SENGGUGUT
  12. HERBA TUJU ANGIN
  13. HOME MADE COOKIES
  14. HPA LUBE ADVANCE GRED TERBARU  20W/50SM/CI-4 (MINYAK PELINCIR)
  15. HPA LUBE HPA SYNTHETIT MAS 10W/50SM-CI-4 (MINYAK PELINCIR)

I

  1. IKAN BILIS PINTAL ( 300 GRAM )
  2. IKAN DURI
  3. IKAN GELAMA KERING
  4. IKAN GELAMA MASAM
  5. IKAN KERING ( GELAMA PAPAN )
  6. IKAN KERING ( GELAMA PAYANG )
  7. IKAN KERING ( GELAMA PISANG )
  8. IKAN KERING ( GELAMA TENGKERONG )
  9. IKAN KERING ( INDONESIA )
  10. IKAN TALANG PADI
  11. IKAN TAMBAN ‘B’
  12. IKAN TEMENUNG BUDU
  13. IMT KAPSUL – UBAT DEMAM
  14. INTENSIVE BRIGHTENING ESSENCE
  15. ISOTONIC RADIX PLUS – MINUMAN BIKARBONAT/AIR GAS - STOK TERHAD
Nota: Stok Ikan Kering terhad dan dijual di cawangan tertentu sahaja.

J

  1. JAM TAWAF (ORDER DI CAWANGAN)
  2. JAWI WATER FILTER
  3. JEJARI BAWANG  ( 250 GRAM )
  4. JELLY GAMAT HABBATUS SAUDA

K

  1. KACANG POTONG - STOK TERHAD
  2. KACANG TUMBUK - STOK TERHAD
  3. KAPSUL CURCUMIN
  4. KAPSUL D CAMPUCA
  5. KAPSUL DEEP CLEANSING ( 60 biji )
  6. KAPSUL HERBA JAWI
  7. KAPSUL IMT – UBAT DEMAM
  8. KAPSUL INER-G – UBAT K. MANIS ( 60 BIJI )
  9. KAPSUL SIREH PLUS ( 60 BIJI )
  10. KARIPAP KENTANG - STOK TERHAD
  11. KAYA BERPERISA PANDAN ( 280gm )
  12. KEBAB DAGING ( 300gm )
  13. KEBAB DAGING ( convenient pack ) 4 dalam 1
  14. KEK KUKUS BUAH
  15. KEK LAPIS OREN CHOCOLATE CHIP
  16. KEK LAPIS PRUNE
  17. KEK LAPIS ROSELLE
  18. KENANGA FABRIC SOFTENER (PELEMBUT FABRIK 2 LITER)
  19. KOPIAH HPA ( PUTIH )
  20. KING SALAMON OIL SOFTGEL ( 60 biji )
  21. KISMIS MINDA
  22. KIT PENAPIS AIR HPA
  23. KOKO RADIX ( 15 sachet )
  24. KOKO RADIX – SERBUK ( 1KG )
  25. KOKO RADIX PAPAN -(20 SACHET)
  26. KOPI CAFÉ - STOK TERHAD
  27. KOPI ‘O’ RADIX ( PAPAN-20 Sachets)
  28. KOPI RADIX ( 15 SACHETS )
  29. KOPI RADIX ( JUMBO-32 SACHETS )
  30. KOPI RADIX ( PAPAN-20 SACHETS )
  31. KOPI RADIX DIET ( 15 sachet )
  32. KORDIAL ASAM PAYA
  33. KORDIAL ASIATICA
  34. KORDIAL JAMBU BATU MERAH
  35. KORDIAL KURMA MADU
  36. KORDIAL MANGGA
  37. KORDIAL ROSELLE
  38. KRIM BUT-BUT
  39. KRIM PELANGSING BADAN - STOK TERHAD
  40. KUAH ROJAK  BISTARI
  41. KUIH BANGKIT
  42. KUIH TART ( 72 BIJI ) – KUIH RAYA
  43. KURMA
  44. KURMA   ROTAB ( 450 gram )
  45. KURMA  ROTAB ( 650 gram )
  46. KURMA  TURNISIA  ( 500gram )
  47. KURMA  ALGERIA  ( 500gram )
Nota: Stok Kurma terhad di cawangan tertentu dan Kuih Raya hanya dijual semasa Hari Raya sehingga stok habis.

L

  1. LADY CHEER
  2. LIGHT MOISTURE BALANCE – PRODUK KOSMETIK
  3. LOSYEN BADAN – BODY HYDRATING LOTION
  4. LOSYEN KAKI – FOOT LOTION - STOK TERHAD

M

  1. MADU ASLI
  2. MADU CUKA NIPAH- PALM HONEY 500ML
  3. MALAC- HERBA BATU KARANG
  4. MASKER ANTI RESDUNG
  5. MASTURA LIQUID DETERGENT ( 3 liter )
  6. MASTURA LIQUID LOUNDRY DETERGENT ( 2 liter )
  7. FABRIC SOFTENER MAWAR (PELEMBUT FABRIK)
  8. MEE KUNING KERING RADIX
  9. MEGA-3 KAPSUL
  10. MEN 2 IN 1 WASH
  11. MENGKUDU
  12. M-GREEN ( 50gram )
  13. MINI MURTABAK SINGAPURA ( PERISA KAMBING  )
  14. MINI MURTABAK SINGAPURA ( PERISA LEMBU )
  15. MINUMAN ALG ( 35 uncang )
  16. MINUMAN HERBA HIRTA – TEH UNCANG
  17. MINUMAN IMT
  18. MINUMAN ROSELLE ( 35 UNCANG )
  19. MINUMAN ROSELLE (READY TO DRINK – RTD)
  20. MINUMAN SERAI ( 35 UNCANG )
  21. MINUMAN TEH HIJAU ( green tea )
  22. MINYAK BARUT
  23. MINYAK BAYI
  24. MINYAK BUT-BUT
  25. MINYAK HERBA
  26. MINYAK KAYU PUTIH
  27. MINYAK KELAPA DARA ( 150ML )
  28. MINYAK KELAPA DARA ( 30ml x 6 botol )
  29. MINYAK KELAPA DARA – VIRGIN COCONUT OIL (VCO) SOFTGEL (60 biji)
  30. MINYAK PATI SEPANG
  31. MINYAK SAHARA
  32. MINYAK ZAITUN – EXTRA VIRGIN OLIVE OIL
  33. MINYAK ZAITUN SOFTGEL 
  34. MOCHA RADIX – 15 sachet
  35. MOMENT – (sinergi herba mengkudu, madu asli, manjakani, roselle – tonik untuk wanita)
  36. MORIN-A
  37. MORINGA
  38. MUNIF HIJJAZ  PERFUME ( SET 1 IN 1 ) - STOK TERHAD
  39. MUNIF HIJJAZ  PERFUME ( SET 3 IN 1 ) - STOK TERHAD

N

  1. NAZIFA LIQUID LAUNDRY DETERGENT

O

  1. OAT COOKIES
  2. OLIVE E FOAMING CLEANSER
  3. OLIVE E LOTION
  4. OLIVE OIL SOFTGEL – MINYAK ZAITUN
  5. OMEGA-3- Softgel ( 60 biji )
  6. OMRAHAJ ( 2 in 1 ) Shampoo & Body Wash
  7. OMRAHAJ CLEANSING GEL
  8. OMRAHAJ FACE & BODY MOISTURIZER
  9. OMRAHAJ LIP BALM
  10. OMRAHAJ SABUN
  11. ORGANIK MENGKUDU
Nota: Produk Omrahaj khas untuk kegunaan semasa ibadat haji dan umrah. Namun ia boleh juga digunakan untuk penjagaan diri pada bila-bila masa.

P

  1. PALM HONEY 500ML – MADU CUKA NIPAH
  2. PARAMARIA PLUS
  3. PATI  MANDIAN BUNGA RAMPAI - TIADA STOK
  4. PATI MANDIAN LIMAU PURUT - TIADA STOK
  5. PEDAL AYAM ORGANIK HPA ( 500gram )
  6. PELAWAS – PENAWAR SEMBELIT / SUSAH BUANG AIR BESAR
  7. PELEMBUT FABRIK KENANGA – FABRIC SOFTENER (2 LITER)
  8. PELEMBUT FABRIK MAWAR – FABRIC SOFTENER MAWAR
  9. PENAPIS AIR JAWI – JAWI WATER FILTER
  10. PENCUCI LANTAI ORGANIK MERBAU ( 600ml )
  11. PENCUCI PINGGAN ORGANIK WIDURI ( 600ml )
  12. PENCUCI PINGGAN WIDURI ( 1 LITER )
  13. PENCUCI TANDAS ORGANIK ANGSANA ( 600ml )
  14. PENGHINDAR SERANGGA JASMIN ( 500ml )
  15. PERFUME AKHIL HAYY MEN
  16. PERFUME AKHIL HAYY WOMEN
  17. PERFUME MUNIF HIJJAZ  ( SET 1 IN 1 ) - STOK TERHAD
  18. PERFUME MUNIF HIJJAZ  ( SET 3 IN 1 ) - STOK TERHAD
  19. PES ASAM PEDAS – (Campuran sotong dan udang bermutu tinggi)S
  20. PES MEE BANDUNG
  21. PISTACHIO
  22. PLANTISOL – UBAT KENC. MA.NIS
  23. PORTULACA ( Kapsul )
  24. PURARIA

R

  1. RACEMOSA HYGIENE – PENCUCI KHAS WANITA
  2. RADIX KAPSUL
  3. RADIX  SAHARA – 500ML (kordial kurma + 7 herba Radix)
  4. RADIX AIS KRIM SODA ( 1.5L )
  5. RADIX AIS KRIM SODA ( 500ml )
  6. RADIX CEREAL – MINUMAN BIJIRIN + 7 HERBA
  7. RADIX CHOCOLATE ALMOND - STOK TERHAD
  8. RADIX CHOCOLATE HAZEL - STOK TERHAD
  9. RADIX CHOCOLATE MILK - STOK TERHAD
  10. RADIX CHOCOLATE RAISING - STOK TERHAD
  11. RADIX COLA (1.5 LITER) – MINUMAN BIKARBONAT
  12. RADIX COLA (500ML) - MINUMAN BIKARBONAT
  13. RADIX COOKIES COKLAT – 32 kpg
  14. RADIX FAMILY NATURAL OIL
  15. RADIX GOAT – SUSU KAMBING 15 sachet ( 22gm )
  16. RADIX GRAPE ( 1.5L )
  17. RADIX GRAPE ( 500ML )
  18. RADIX ISOTONIC PLUS WITH HONEY LEMON 1.5ml - STOK TERHAD
  19. RADIX ISOTONIC PLUS WITH HONEY LEMON 500ml - STOK TERHAD
  20. RADIX KOKO ( 15 sachet )
  21. RADIX KOKO – SERBUK ( 1KG )
  22. RADIX KOKO PAPAN – (20 SACHET)
  23. RADIX MEE KUNING KERING
  24. RADIX MOCHA – 15 sachet
  25. RADIX OREN ( 1.5 L )
  26. RADIX OREN ( 500 ml )
  27. RADIX SARSI
  28. RADIX SARSI (500ML)
  29. RADIX STRAWBERRY ( 1.5L )
  30. RADIX STRAWBERRY ( 500ML )
  31. REMPAH DAGING/AYAM
  32. REMPAH IKAN
  33. ROSAMOSA HYGIENE ( PENCUCI KHAS WANITA )
  34. ROSELLE KAPSUL – VITAMIN C
  35. ROSSA SHAMPOO
  36. ROTI ARAB
  37. ROTI CANAI SEGERA
  38. ROTI PITA GANDUM ( 5keping )
  39. ROTI PUTAR
  40. ROTI PUTAR CHOCOLATE CHIP
  41. RTD PINK GUAVA
  42. RTD ASAM JAWA
  43. RTD ROSELLE

S

  1. SABUN ANTI RESDUNG
  2. SABUN BASIRAH (ANTI RESDUNG)
  3. SABUN BAYI
  4. SABUN CLAY
  5. SABUN MISAI KUCING (  3 ketul ( 80gm )
  6. SABUN OMRAHAJ
  7. SABUN PEGAGA (Pek Baru )
  8. SABUN SPIRUDETOX
  9. SABUN SUSU KAMBING
  10. SABUN VCO ( 3ketul x 80gm )
  11. SABUN WHITENING
  12. SALT SOY SAUCE
  13. SARDIN DALAM SOS TOMATO
  14. SATE AYAM ORGANIK ( 20 CUCUK + KUAH KACANG)
  15. SERBUK KAYU MANIS
  16. SERBUK TANAH LIAT PUTIH
  17. SET BERSALIN
  18. SET COLON CLEANSING
  19. SET DETOX
  20. SET KANAK – KANAK
  21. SET KOSMETIK HPA CENTELLA WHITE- (1 SET ADA 7 PRODUK ) - STOK TERHAD
  22. SET LELAKI
  23. SET WANITA
  24. SET WARGA EMAS
  25. SHARK CARTILAGE PLUS
  26. SLIM & FIRM CREAM – KRIM PELANGSING BADAN
  27. SOS CILI
  28. SOS CILI ROSELLE
  29. SOS CILI THAI
  30. SOS TOMATO
  31. SPIRULINA KAPSUL
  32. SPIRUMADU
  33. STOMA K – HERBA KURUSKAN BADAN
  34. SUNBLOCK 1
  35. SUNBLOCK 2
  36. SUNBLOCK 3
  37. SUSU KAMBING RADIX GOAT – 15 sachet ( 22gm )
  38. SUSU SARBAT
  39. SWEET SOY SAUCE
  40. SYAMPU AROMATHERAPY
  41. SYAMPU AQUATIKA
  42. SYAMPU BETIK
  43. SYAMPU PANDAN KASTURI
  44. SYAMPU ROSSA
  45. SYAMPU SINTOK ( 460ML )
  46. SYAMPU WAHIDA 300ML

T

  1. TALBINAH
  2. TART GULUNG NENAS – KUIH RAYA
  3. TEA TREE OIL CREAM
  4. TEBULIA
  5. TEH ASIATICA PLUS
  6. TEH HERBA – PEGAGA
  7. TEH INSTANT
  8. TEH MANJAKANI – SESUAI UNTUK LELAKI & WANITA
  9. TEH SEPANG
  10. TEH TROPIKA – HERBA MISAI KUCING
  11. TEPUNG BIDARA
  12. TEPUNG SEGERA RFC ( 300/900gm )
  13. TEH SARBAT
  14. TONIK PANDAN
  15. TOP – TOP CRISPY – KUIH RAYA
  16. TRANSPARENT SOAP
  17. TRAVEL PACK CENTELLA WHITE
  18. TRAVEL PACK OMRAHAJ
Nota: Kuih Raya hanya dijual semasa Hari Raya sehingga stok habis.

U

  1. UBAT GIGI
  2. UBAT GIGI ALAMI ( 200gm )
  3. UBAT GIGI AMAL – UNTUK KANAK-KANAK
  4. UBAT GIGI MISWAK ( 100GM )
  5. UMMAH

V

  1. VIRGIN COCONUT OIL (VCO) SOFTGEL ( 60 biji )
  2. VITAMIN E ALAMI SOFTGEL
  3. VITEX
  4. VOX

W

  1. WAHDAH – CECAIR PENCUCI PINGGAN
  2. WATER FILTER JAWI
  3. WHITENING MASK
  4. WIDURI – PENCUCI PINGGAN ( 600ml )
  5. WIDURI – PENCUCI PINGGAN ( 1 LITER )
Dapatkan produk HPA di mana-mana cawangan, stokis HPA atau melalui pengedar kami di seluruh Malaysia. Boleh juga beli online | hanya klik disini.
Ingin menjadi Pengedar Produk HPA? Klik Disini Untuk Mendaftar.
Ikhwanul Muslimin : 1. Allah tujuan kami (Allahu ghayatuna) | 2. Rasulullah teladan kami (Ar-Rasul qudwatuna) | 3. Al-Qur'an landasan hukum kami (Al-Quran dusturuna) | 4. Jihad jalan kami (Al-Jihad sabiluna) | 5. Mati syahid di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi (Syahid fiisabilillah asma amanina)