Tuesday, August 30, 2011

Semoga ruh(Tuan Guru Hj Hashim Pondok P.Tumboh) ditempatkan di dalam syurga

 
: inna lilLaahi wa inna ilaihi raaji'uun :: 

Tuan Guru Hj Hashim Pondok Pasir Tumboh, telah kembali ke Rahmatullah,
>>pada 1.10 ptg 1 syawal 1432. 5.30 petang solat jenazah almarhum Tuan Guru Haji Hasyim di Pondok Pasir Tumbuh. 
>>KDYMM Tuanku Sultan Kelantan ...,Tuanku Mahkota Kelantan turut hadir 
>>diimamkan oleh Tuan guru Nik Abdul Aziz.Menteri Besar Kelantan.
>>Permegian terakhir 'sebutir permata' di bumi Kelantan yang baru dijemput menemui Kekasihnya Yang Maha Agung.. 
>>Semoga ruhnya ditempatkan di dalam syurga..amin...

Sunday, August 28, 2011

Kain Rentang sambutan Aidil Fitri diconteng!!! jahat nye yg menconteng_m

KUALA LUMPUR, 28 Ogos:HARAKAH-Sekurang-kurangnya tiga kain rentang PAS yang digantung sebagai mengalukan kehadiran bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sekitar Shah Alam diconteng pihak tidak bertanggungjawab.

Malah lebih teruk dari itu, beberapa wajah pemimpin PAS pada kain rentang itu diconteng dengan tanda salib. Kejadian tersebut dikesan sejak semalam di sekitar kawasan Seksyen 23, Shah Alam.

Antara yang menjadi mangsa perbuatan khianat tersebut adalah wajah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Abdul Samad yang diconteng dengan dakwat merah.

Menurut seorang penduduk yang memaklumkan kejadian itu kepada Harakahdaily, beliau berkata perbuatan khianat dan tak berakhlak tersebut dipercayai dilakukan semasa waktu berbuka puasa dan waktu ramai orang berada di masjid dan surau utk qiamullail.

"Sebelum kejadian ini sudah 4 kali kain-kain rentang sambut Ramadan yang jumlahnya 12 bidang kesemuanya telah dipotong pada waktu yg sama,' katanya yang tidak mahu namanya disiarkan.

Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama awal Ogos lalu yang kini hangat diperdebatkan semua pihak.

Berhubung isu itu, PAS menyatakan pendirian mereka agar Jais membuat pendakwaan jika mempunyai bukti wujud usaha mengkristiankan orang Islam.

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi Harakahdaily melahirkan rasa kesal dengan tindakan "puak-puak jahat" tersebut.

"Ini kerja orang yang tidak ada akhlak. Saya tidak mahu kata Umno yang buat tetapi rakyat tahu siapa yang buat ini dan dapat menilai sendiri," katanya.

Menurutnya lagi, PAS tidak pernah membuat perkara serupa kepada mana-mana pihak walaupun tidak berpuas hati terhadap satu-satu isu.

"Conteng salib itu seperti tuduh orang jadi Kristian lah. Ini bukan benda ringan, tetapi dah mereka jahil nak buat macam mana," katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, beliau bagaimanapun tidak akan berbuat demikian dan hanya berdoa kepada Allah agar pihak yang bertanggungjawab diberikan hidayah.

"Panduan untuk menyelasaikan masalah adalah Quran, bukan Hawa nafsu"

Daftar CIMB Clicks

Assalam, sahabat2 sekalian tau tak cara nak buat CIMB Clicks....sebelum nih ader dak tanya member-member. buat Penat je tanya2, lebih baik search google....berlambak muncul jawapan yang sering menjadi persoalan.

sahabat , tau tak Banyak kelebihan kalau guna CIMB Cllicks nih....boleh bayar bil, topup, shopping dan paling penting dapat tengok berapa jumlah duit korang tanpa perlu pergi ke ATM.....tak yah ar susah-susah beratur panjang semata-mata nak tengok duit simpanan....


Benda pertama yang korang perlu buat ialah 
1-pergi ke mesin ATM CIMB yang berdekatan
2-masukkan kad korang 
3-tekan no. pin korang. 
4- klik pada 'lain-lain' 
5-klik pula pada 'CIMB clicks'. 
Nanti akan keluar dua pilihan
6-setelkan pilihan yang pertama 
7-kemudian setelkan yang kedua pulak. 
Bila dah siap ,
8-korang akan dapt no.pin tersebut melalui telefon

9- Ok, bila dah buat semua tu, pergi ke laman web http://www.cimbclicks.com.my/ klik pada first time Login. dan ikut arahan untuk register. 
seperti dibawah
 

 ...masyAllah, syukur mudah nye...








Monday, August 22, 2011

download quran in word

  • Filesize: 1.094 Mb
  • paparan: 5908
  • Downloads: 3541 

salam Ramadhan________m

      Ya Allah,
     Ampunilah Kami,
Tunjukkan Kami jalan yang lurus,
  Sebagaimana jalan orang2 yang Engkau tunjuki sebelum kami,
     Bukan jalan orng yang Engkau murkai,

Wednesday, August 10, 2011

BOLEH CAYYA KE BIOMETRIK NI???


BIOMETRIC  : ANCAMAN KEPADA KESELAMATAN NEGARA

Apakah maksud Biometrik?
Dengan merujuk penggunaan kad pengenalan, biometric bermaksud pengesahan pengenalan identity menggunakan cap jari untuk mengesahkan pemilik kad pengenalan.

Bilakah Biometrik digunakan?
Biometrik digunakan semasa membuat kadpengenalan atau transaksi di bank.

Mengapa isu Biometrik timbul?
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bercadang menggunakannya pada pilihan raya umum (PRU) yang akan datang. Penggunaan dakwat kekal dibatalkan pada saatakhir PRU ke 12 yang lalu walaupun KerajaanBarisanNasional (BN) telah membelanjakan sebanyak RM3 juta.

Adakah Biometrik boleh dipercayai?
Tidak.Kes Mesnah mendedahkan kelemahan system Biometrik.Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mesnah seorang PendudukTetap (PR) tetapi mempunyai rekod sebagai pengun di dalam system SPR (PR tidak layak mengundi).Apabila rekod Mesnah disemak semula pada petangnya, status Mesnah bertukar menjadi penduduk warganegara Malaysia.Ini merupakan salah satu daripada ribuan kes yang sama.

Adakah Biometrik boleh mengancam keselamatan Negara?
Ya.JPN telah melanggar undang-undang Malaysia iaitu Artikel 19 yang membenarkan permohonan PR menjadi penduduk Malaysia hanya selepas 12 tahun. Mesnah bertukar status daripada PR kepada penduduk Malaysia dalam tempoh 6 jam sahaja. SPR juga telah melanggar undang-undang dengan membenarkan PR menjadi pengundi.

Apakah kesan Biometrik kepada keselamatan Negara?
Warganegaraasingsewenang-wenangnyabolehmenjadiwarganegara Malaysia.Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Somalia semuanyaberpeluangmenjadiwarganegara. Mereka kebanyakannya tidak berpelajaran dan membawa pelbagai masalah sosial. Jika mereka miskin, Kerajaan wajib membantu. Akhirnya kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan.

Kerajaan BN telah melanggar undang-undang untuk menang dalam PRU akan datang. Apabila Kerajaan BN sendiri melanggar undang-undang, bolehkah kita terus mengundi BN? BOLEHKAH!!!!!!!!!

Sila sebarkan dengan luas info ini. Terima kasih.
Anda Mampu membuat PERUBAHAN. Hanya satu ayat : UBAH.

sumber didapati daripada :
Lajnah Penerangan dan Dakwah DMPNSelangor

Thursday, August 4, 2011

>>wat Laporan Li CikiT :]]

LAPORAN KERJA

MINGGU 1
Pada hari pertama, saya telah diterangkan berkaitan syarikat dan proses penghasilan pad brek cakera yang ada di kilang AFI Brake Sdn Bhd. Pn Sharifah Maizatul Akmar Binti Syed Hamid telah menjadi penyelia saya di kilang AFI Brake. Beliau telah mengajar saya mengemaskini katalog produk yang dihasilkan di syarikat tersebut pada hari kedua latihan industri. Setelah penerangan lebar, fahamlah saya bahawa terdapat katalog khas dan data dalam komputer untuk membuat rujukan ketika mengemaskini katalog. Katalog dan data itu perlu dikemaskini terlebih dahulu kerana terdapat produk yang baru dihasilkan. Saya juga belajar menyetak helaian baru yang perlu ditambah dan dibaiki pada setiap katalog. Terdapat 48 biji katalog yang mempunyai hamper 500 helaian perlu dikemaskini. Kertas yang digunakan adalah jenis A4 260gsm. Tugas mengemaskini katalog berhenti pada hari ke lima seterusnya disambung pada 13,14,16,17 dan 18.


MINGGU 2
Pada minggu ini, saya belajar prosedur mengarkib salinan utama dokumen lama yang dibatalkan tetapi perlu disimpan. Ini adalah untuk rujukan dan atas sebab-sebab keselamatan. Pertama saya perlu mengenalpasti dokumen yang perlu diarkib, kemudian kumpul dan masukkan dalam kotak dan rekod semua dokumen tersebut. Setiap kotak dilabel dengan kod simpanan untuk memudahkan kerja-kerja semakan oleh juruaudit dalaman. Setelah siap, kotak-kotak berkenaan dihantar ke dalam bilik arkib. Tempoh simpanan adalah 7 tahun dan selepas itu, dokumen tersebut akan dilupuskan.
Pada 28/5-31/5, saya telah membantu Jabatan Inventory yang diketuai oleh En Fadir Bin Samah bagi membuat pemeriksaan barang siap di stor AFM. Pemeriksaan ini bagi membandingkan kuantiti barang di stor dengan rekod yang ada dalam computer. Dua hari sebelum, saya membuat persediaan pemeriksaan stok dengan menyimpan “brake shoe” yang baru sampai ke kilang.


MINGGU 3,4 dan 5
Pada minggu ini saya belajar membuat “mould coasting” dan “mould history”. Mould coasting ialah rekod kos yang digunakan untuk membuat dan memasang setiap acuan. Mould history ialah rekod jumlah pad brek yang dihasilkan dari setiap acuan. Semua rekod ini disimpan dalam computer dan perlu dikemaskini setiap hari.
Setelah bertugas selama sebulan di bahagian pengurusan, saya diberi peluang untuk masuk ke stor dan berlatih disitu sehingga tamat latihan industri.

MINGGU 6,7,8,9 dan 10
Pada minggu ini saya berada di stor untuk membantu En. Nazri (penjaga stor) bagi menguruskan keluar masuk semua jenis barang. Saya belajar memasukkan “brake shoe” ke dalam kotak yang telah dikhaskan dan disusun di suatu ruang khas dalam stor.
Saya juga membantu di bahagian pembungkusan barang-barang yang ditempah oleh pelanggan. Disitu saya berpeluang bekerja dengan Pok dan Gun. Saya diajar cara mendapatkan barang yang ditempah pelanggan dari stor. Cara membuat senarai tempahan, membalut bungkusan kotak, menimbang bungkusan, mengikat dan menyusun bunkusan turut diajar.
Saya juga belajar menyimpan barang siap ke dalam stor mengikut jenis dan part number masing-masing. Contohnya jenis Prixon dengan part no D 1905M.
Terdapat banyak jenis barang dalam stor. Ia perlu disusun dengan teratur bagi memudahkan kerja-kerja mengambil tempahan.
Beginilah tugasan harian saya sehingga hari terakhir di kilang AFI Brake dengan bantuan En.Nazri,Pok dan Gun.
Ikhwanul Muslimin : 1. Allah tujuan kami (Allahu ghayatuna) | 2. Rasulullah teladan kami (Ar-Rasul qudwatuna) | 3. Al-Qur'an landasan hukum kami (Al-Quran dusturuna) | 4. Jihad jalan kami (Al-Jihad sabiluna) | 5. Mati syahid di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi (Syahid fiisabilillah asma amanina)