Tuesday, April 26, 2011

26 April 2011

History is in the making.
Watak zaman kebangkitan Islam kali kedua ini sama saja dengan watak zaman kebangkitan Islam yang pertama, terutamanya Tuhan benar-benar memberi pertolongan atan syafaat dalam memenangkan pemimpin kebenaran hingga menuju ke zaman ummah. Manakala sebaliknya, Tuhan juga benar-benar memberi syafaat dalam melenyapkan pemimpin palsu yang membawa kebatilan dan kezaliman. Inilah zamannya yang mana sejarah itu sedang berulang dan sedang berlaku. History is in the making.

WABAK SEPANJANG JALAN [jilid 1]





1) AL-FUTUR
Pengertian(bahasa) : -terputus atau terhenti sesudah berjalan, atau diam sesudah bergerak -malas, menangguh, melengah-lengah sesudah bergerak aktif dan bersungguh-sungguh Pengertian (istilah) : tahap yang paling rendah ialah malas,menangguh-nangguh,melengah-lengahkan dan yang paling tinggi ialah berhenti terus atau diam sesudahbergerak cergas secara berterusan. 



2) AL-ISRAF(PEMBOROSAN)
Pengertian(bahasa) : - apa yang dibelanjakan bukan untuk ketaatan kepada Allah -Pembaziran atau tindakan yang melampaaui batas pengertian (istilah) –perbuatan yang melampaui batas keserderhanaan, samada dalam perkara makanan,minuman, pakaian , tempat tinggal, dan seumpamanya,yang merupakan naluri yang tersembunyi dalam diri manusia.

3) AL-ISTI’JAL(GOPOH /TERBURU-BURU)
Pengertian(bahasa) :- mendesak, minta di segerakan terburu-buru atau laju. Dalam istilah pendakwah : -keinginan untuk mengubah reality penghidupan masa kini dalam sekelip mata atau kurang dari sekelip mata tanpa menilai tentang kesan buruk yang akan berlaku disamping tidak memahami suasana persekitaran yang melingkungi mereka.

4) AL-UZLAH(MEMENCILKAN DIRI)
Pengertian (bahasa) : - menjauhkan atau menyisihkan. Menurut kamus lisan al arab-meminggir sesuatu atau mengetepikan maka dipinggirkan ia. Istilah pendakwah : -mengutamakan penghidupan secara berseorangan dengan meninggalkan penghidupan secara berjamaah. Cara yang demikian menjadikan seorang amilin merasai sudah cukup untuknya mendirikan Islam dalam dirinya sendiri, tanpa memperdulikan orang lain, sekalipun orang lain menghadapi kebinasaan atau kehilangan, atau seseorang itu cuba menegakkan Islam dalam dirinya sendiri. Kemudian secara berseorangan, ia berusaha sedaya upaya menegakkannya dikalangan orang ramai tanpa meminta pertolongan dan sokongan para amilin lain yang sama-sama berada di medan perjuangan.

5) AL-I’JAB BIL NAFSI(TERPESONA DENGAN DIRI SENDIRI)
Pengertian (bahasa) :- Gembira dan berharapan baik -Rasa besar dan membesarkan Istilah :- Suatu kegembiraan degan diri sendiri, hasil dari apa yang dilakukannya sama ada perkataan atau perbuatan tanpa menyinggung orang lain, tanpa mengambil kira perbuatan dan perkataan tadi baik atau buruk, terpuji atau terkeji.


6) AL-GHURUR (TERTIPU DENGAN DIRI SENDIRI)
Pengertian(bahasa) :-penipuan sama ada kepada diri sendiri atau kepada orang lain - seseorang yang tertipu dengan kebendaan dunia Istilah: -kekaguman seorang amilin dengan diri sendiri sehingga mengdorongnya ke tahap menghina dan memperkecil-kecilkan setiap apa yang diusahakan oleh orang lain yang menyerupai apa yang ia sedang lakukan. Sungguhpun demikian, sikapnya itu tidaklah sampai ke tahap memperlekehkan peribadi saingannya atau merendah-rendahkan peribadi mereka.

7) AL-TAKABBUR
Pengertian (bahasa) :-menonjolkan kebesaran dan kesombongan -kebesaran dan kesombongan istilah : -seseorang amil itu menonjolkan kebesaran ke atas dirinya dalam bentuk menghina orang lain dan memperlekehkan kewibawaan mereka.
Sebab-sebab Berlakunya :
1) Suasana membesar
2) Tidak memahami fitrah diri
3) Berdampingan dengan orang yang salah (sesat, tidak berjiwa besar, tidak berakhlak) 4) Tidak berpijak di alam nyata(too optimistic)
5) Semangat yang membara
6) Runtunan nafsu
7) Tidak muhasabah diri dengan baik
8) Tidak memahami ilmu dengan tepat
9) Terlampau merendah diri
10) Terlampau yakin dengan diri sendiri.


(DR. AL SYED MUHAMMAD NOH)

Sunday, April 24, 2011

"Dua keadaan, sebab 'boring berFB''



1) Sebab ianya tidak kekal, yg KEKAL hanyalah AL-QURAN. 

2) Sebab 'FB kita tak diimarahkn' dgn amal Islami, utk Agama dan Dakwah serta Siasah dan Tarbiah termasuk 'Respon Isu Semasa'."

3) Sebab bile mengomen tanpa motif, tanpa sebab, tanpa asas.

4) Sebab FB asyik mitak pandangan kite "tuliskan komen..."

Friday, April 22, 2011

ade pulak E-Mail 1 Malaysia ?


tak payoh..tok payoh, tak perlu korang beratur di cyber cafe sebab semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas akan dapat email ni secara PERCUMA.See? Kerajaan punye keje.
ape Tujuan?

ce Korang baca petikan berita harian ni jap.


PUTRAJAYA: Mulai Julai ini rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan diberikan akaun e-mel peribadi menerusi web portal E-mel 1Malaysia yang membolehkan mereka menerima kenyataan dan makluman daripada kerajaan sebagai langkah mewujudkan perhubungan langsung antara rakyat dengan semua agensi awam.  



Projek E-mel 1Malaysia (1MY) itu juga bagi mewujudkan perhubungan lebih telus dan selamat rakyat dengan kerajaan, di samping meningkatkan mutu perkhidmatan sektor awam kepada rakyat kerana ia berfungsi sebagai portal sehenti untuk perkhidmatan beberapa agensi kerajaan. 



“E-mel 1Malaysia akan menjadi e-mel peribadi rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan berkaitan kerajaan. Kami sedang meninjau untuk meletakkan notis dan pengumuman penting daripada kerajaan dihantar terus dalam peti e-mel pengguna,” katanya. [molek sangat]

Ditanya mengenai perbezaan portal e-mel 1 Malaysia dengan MyEG, beliau berkata MyEG ditumpukan kepada perkhidmatan pembayaran bil, manakala E-mel 1Malaysia untuk menyampaikan notis dan maklumat kerajaan.


Ok, ramai yang mempersoalkan keperluan tentang email ni, tapi bagi aku ianya tak salah sebab penting untuk mengetahui apa-apa maklumat daripada kerajaan CUMA, aku rasa disamping kita diberikan email percuma, kan lebih elok kalau mutu perkhidmatan internet atau jalur lebar kita ini diperbaiki dan dipertingkatkan. Ada juga aku baca cadang orang ramai supaya rangkaian WIFI percuma diberikan diseluruh negara cuma benda ni macam kalau boleh berlaku pun lambat lagi mungkin...

Persoalan untuk anda: [jawab dihati]

1)Sapa ada lebih daripada 2 email? 
2)Sapa ada email yang tak pernah bukak sejak 2 bulan yang lepas?

Aku pong ada 5 termasuk email PERCUMA pemberian universiti aku. 
Sila tambah koleksi email anda lagi 1 bermula bulan Julai ni,tapi untuk 18 TAHUN KE ATAS sahaja...Hahaha...siapa cakap orang tua tak untung?Nasib baik aku 18 tahun 1 bulan(tipu)...

diedit dari.....http://1221steps.blogspot.com/
Ikhwanul Muslimin : 1. Allah tujuan kami (Allahu ghayatuna) | 2. Rasulullah teladan kami (Ar-Rasul qudwatuna) | 3. Al-Qur'an landasan hukum kami (Al-Quran dusturuna) | 4. Jihad jalan kami (Al-Jihad sabiluna) | 5. Mati syahid di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi (Syahid fiisabilillah asma amanina)