Friday, January 28, 2011

maaaarila... downlod e-book

Koleksi Ebook Buku-buku Fathi Yakan Terjemahan Ke Dalam Bahasa Indonesia 

Koleksi Ebook Buku-buku Syed Qutb Terjemahan Ke Dalam Bahasa Indonesia  

Artikel / Buku Karangan Harun Yahya

Lain-lain  


jangan lupe klik disini:
h-p-a

Download E Kitab Islam

SALAM
Silakan download ebook kitab islamik percuma 

dan

Disusun dalam format CHM help file yang lebih mudah dibaca dan menarik. Jazaakumullahu khoirol jazaa’

dan jangan lupe singgah di
[H-P-A]

Saturday, January 15, 2011

(HPA) **PerluKAH ANDA Jadi Ahli ?


Assalamualaikum dan salam sejahtera **** Semoga ANDA sihat hari ini. Adakah ANDA masih teragak-agak untuk aktifkan keahlian HPA? Takut kerugian? Baiklah, fenomana nya begini. Andaikan seorang rakan itu sukakan minuman kopi radix. Dia minum secawan kopi radix sehari dan sebulan memerlukan 30 paket kopi radix. Jadi, rakan itu membeli sebungkus kopi radix yang mempunyai 32 paket sebulan. Harga kopi radix 32 paket adalah RM26 bagi ahli dan RM32 bagi bukan ahli. Sekiranya rakan itu tidak berminat menjadi ahli dan membeli dengan harga RM6 lebih mahal, sebanyak 5 bungkus sudah menyamai yuran keahlian HPA RM30. Kesimpulannya di sini adalah, mungkin ANDA tidak berhasrat membeli mana-mana produk HPA sekarang, namun ANDA masih boleh menjadi ahli terlebih dahulu. Mungkin 6 bulan akan datang, mungkin tahun depan, terdapat produk-produk yang berguna untuk ANDA. Dalam masa itu, ANDA boleh hanya membina jaringan ala kadar walaupun ANDA tidak lagi membeli produk-produk HPA. Walaupun ANDA tidak menggunakannya, ANDA boleh membelikan untuk sanak saudara dengan harga pengedar. Perlu diketahui, setiap level jaringan hanyalah 6 orang. Jadi, sekiranya jaringan atas telah penuh, ahli-ahli baru akan diletakkan ke bawah. Bermakna, ANDA masih boleh mendapat downline daripada pertolongan upline. Namun, tiadalah pertolongan besar atau limpahan downline yang banyak kerana upline juga manusia dan bantuan adalah satu per enam untuk setiap downline. Untuk mendaftar HPA, sila daftar di sini ==> [http://shahrulnizam.biz/hpa/index.php?ref=handalah] Jadi, tiadalah kerugian besar untuk menjadi ahli dengan yuran hanya RM30, keahlian seumur hidup dan juga peluang pembinaan jaringan juga seumur hidup. [IBNU SUDIN] [http://shahrulnizam.biz/hpa/index.php?ref=handalah]

Wednesday, January 12, 2011

~DaGanG~



--
Posted FROM Persatuan Mahasiswa Islam UTM to

Monday, January 10, 2011

~dan bukan JALAN kite~

Hadis Rasullullah s.a.w menyatakan:

ليس منا من دعا الى عصبية، وليسى منا من قاتل على عصبية وليس منا من مات على عصبية
Maksudnya : 
Bukann dari kalangan kita mereka yang menyeru ke jalan Kebangsaan, dan bukan
dari kalangan kita mereka yang berjuang ke jalan Kebangsaan, dan bukan
dari kalangan kita mereka yang mati di atas dasar kebangsaan (Hadis riwayat Muslim)

Lalu sahabat bertanya : ما العصبية يا رسولالله (Fahaman kebangsaan itu apa Ya Rasullullah ?) Lalu Rasullullah menjawab: العصبية ان تعين قو مك علي الظلم (Yang di katakan 'asobiyah itu ialah bahawa kamu menolong kaunmu di atas dasar kedzaliman) (Hadis riwayat Muslim

Wednesday, January 5, 2011

HARGA MINYAK NAIK : RAKYAT DIDAHULUKAN BELI MINYAK?


KENYATAAN MEDIA
5 Januari 2011 / 30 Muharram 1432
Kehadiran tahun baru 2011 kali ini umpama tahun yang bakal menggigit kehidupan rakyat apabila sekali lagi Kerajaan Persekutuan menghadiahkan kenaikan harga bahan petrol RON 97 sebanyak 10 sen secara tiba-tiba semalam. Tindakan ini, membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempedulikan kesakitan dan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat apabila menambah beban rakyat walaupun kemarahan rakyat masih belum reda ekoran kenaikan sekaligus harga minyak, gas dan gula pada awal disember 2010 lepas.
Dewan Pemuda PAS Pusat melihat tindakan ini seolah-olah cuba memeras rakyat supaya dapat mengisi tabung Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya kecil di DUN Tenang tenang pada akhir bulan ini. Umum mengetahui bahawa Barisan Nasional akan terpaksa memperuntukkan sejumlah besar wang bagi membiayai pilihan raya kecil mereka dan sumber yang menjadi mangsa mereka sudah tentulah poket kerajaan persekutuan sendiri.

Tindakan terdesak ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya sudah kekurangan wang dan transformasi ekonomi yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak sudah menampakkan bibit-bibit kegagalan dan janji kerajaan untuk memberi kesenangan dan keselesaan untuk rakyat hanya tinggal janji.

Pada awal November tahun 2010 kerajaan menjanjikan harga RON 95 dan diesel akan kekal masing-masing pada kadar harga RM 1.85 seliter dan RM 1.75 seliter sehingga hujung tahun selepas menaikkan harga RON 97 sebanyak 5 sen pada masa itu. Walaubagaimanapun kerajaan memungkiri janji mereka apabila menaikkan harga RON 97, RON 95, Gula dan Gas pada awal Disember tahun lepas.

DPPP turut khuatir rakyat akan terus terbeban dan menjangkakan kenaikan RON 95 pula selepas ini, dan tidak mustahil harga bahan mentah lain boleh juga boleh naik sekiranya kenaikan RON 97 semalam gagal menampung keperluan pilihan raya Barisan Nasional di DUN Tenang. DPPP juga merasakan tidak mustahil selepas ini, harga minyak akan naik pula menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan berlaku tidak lama lagi.

DPPP beranggapan bahawa kenaikan harga minyak dan bahan mentah di pasaran bukan ditentukan oleh harga pasaran minyak dunia, kedudukan ekonomi negara, kemampuan serta keperluan rakyat, tetapi sebenarnya banyak ditentukan oleh pilihan raya dan keperluan kantong Barisan Nasional.

Pelik, dalam keadaan ekonomi negara yang dilaung-laungkan stabil oleh kerajaan Barisan Nasional, mereka terus menindas rakyat dengan kenaikan harga barang dan bahan mentah dalam negara. Kerajaan BN mampu memberi peruntukan 5 bilion untuk pembinaan Menara Warisan yang belum tentu memberikan pulangan yang bermanfaat kepada rakyat, 111 Juta kepada PERMATA yang hanya dinikmati segolongan kecil kanak-kanak, menurunkan cukai barang-barang import keperluan pelancong luar negara tetapi sangat kedekut di dalam soal pemberian subsidi kepada rakyat.

Dikala mereka mempersenda janji Pakatan Rakyat yang cuba membantu dan mengutamakan rakyat, kerajaan BN terus mencekik dan menambah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Sudah tiba masanya rakyat sedar dengan janji-janji kosong Barisan Nasional kononnya hendak membantu keselesaan rakyat, dan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat merealisasikan harapan mereka.

Pilihan raya DUN Tenang, peluang rakyat memberikan amaran kepada Kerajaan yang zalim ini agar tidak terus menerus menzalimi dan menindas kehidupan rakyat dengan memberikan undi dan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

DPPP juga mengajak golongan muda yang semestinya ramai merasai dan menghadapi masalah akibat tindakan terdesak kerajaan BN itu, bersama-sama PAS dan Pakatan Rakyat menghadapi Kerajaan Barisan Nasional di dalam pilihan raya kecil DUN Tenang dan seterusnya pilihan raya umum ke-13 yang akan datang supaya Kerajaan BN sedar di atas penindasan yang mereka lakukan terhadap rakyat.

Saturday, January 1, 2011

ayat doa rabitah-penguat hati pejuang ISlam

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu


Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..

-DOA-RABITOH-

video
Ikhwanul Muslimin : 1. Allah tujuan kami (Allahu ghayatuna) | 2. Rasulullah teladan kami (Ar-Rasul qudwatuna) | 3. Al-Qur'an landasan hukum kami (Al-Quran dusturuna) | 4. Jihad jalan kami (Al-Jihad sabiluna) | 5. Mati syahid di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi (Syahid fiisabilillah asma amanina)