Tuesday, November 30, 2010

lalllla....[marriii!!!!]

WHICH ONE IS mALAYSIA

is it this?

or this
or this































                              Answer on your on, No need to khabarkan pada saya...

Wednesday, November 10, 2010

"JANGAN BIAR TANGAN BERBICARA APE YANG BURUK"

SALAM,
    sesunguhnya di akhirat kelak seluruh anggota pancaindera kan berkata2 dan berbicara tentang ape yg telah kite lakukan di muke bomi samaada sebagai khalifah atau manusia...

Sunday, September 26, 2010

:::PeMiMpIn OH PeMiNpIN:::History is in the making

salamualaik.. ya penduduk bumi...
maaf ye semua........
menyepikan diri yg sunyi...........
lama dah x tye khabar antum..............
harapnye sihat blako..iman wa amal..................
sedikit peringatan ingin dikongsi ni..(^_^)V

Mana mungkin seorang pemimpin yang tidak mengenali Tuhan dapat membawa manusia kepada Tuhan.
Mana mungkin seorang pemimpin yang tidak merasai kehambaan dan merasai bertuhan dapat menanamkan rasa tersebut di hati manusia. Mana mungkin pemimpin yang hatinya lalai dari mengingati tuhan boleh membawa hati manusia untuk mengingati Tuhan.


Adalah mustahil pemimpin yang derhaka kepada Tuhan dapat membentuk manusia lain untuk taat dan patuh kepada Tuhan. Pemimpin yang tidak terdidik atau tidak berupaya mendidik dirinya dengan iman dan taqwa, tidak akan berupaya mendidik manusia kepada iman dan taqwa. Pemimpin yang gagal mendudukkan nafsunya pasti gagal untuk membawa manusia lain menundukkan nafsu mereka. Pemimpin yang zalim tidak akan mampu menjadikan rakyatnya berlaku adil. Pemimpin yang bengis, keras, kasar, pemarah, ego dan sombong pasti tidak mampu membawa kasih sayang dan menyatupadukan manusia.


Dalam apa keadaan pun pemimpinlah yang mesti mendahului orang lain dalam berbuat, barulah kejayaan bakal terjadi kepada orang lain. Hatta pemimpin perompak dan penyangak sekalipun, dirinyalah yang terlebih dahulu patut memiliki kepunahan akhlak paling teruk. Kalau tidak, dia sendiri pun tidak layak menjadi pemimpin kepada mereka yang jahat dan rosak akhlak seperti dia. Betapalah untuk menjadi pemimpin yang baik yang bercitacita dan mahu mencetuskan kebaikan kepada manusia. Yang mahu melihat manusia menjadi baik, mengenali Tuhan, hidup bersyariat, berkasih sayang, bersatu padu dan bertolong bantu.


Pemimpin yang hendak membentuk manusia soleh, maka dirinya mesti memiliki ciri-ciri super soleh. Pemimpin yang bercita-cita membawa hati manusia merasa bertuhan, maka hatinya sendiri mestilah berada pada tahap keupayaan menjadi penghubung kepada Tuhan.


Dalam ajaran Islam, syarat-syarat dan ciri-ciri kepimpinan adalah amat ketat. Bukan sebarang orang yang boleh dengan mudah mengaku mampu menjadi pemimpin. Lebih-lebih lagi Islam amat menolak orang yang bersungguh-sungguh mahu menjadi pemimpin. Dalam soal kepimpinan, bukan soal siapa mahu, tetapi ialah siapa yang mampu. Sedangkan yang mampu itu sudah menjadi sunnatullah amat sedikit jumlahnya.
Kerana pada asasnya pemimpin sejati yang ada jaminan selamat dan menyelamatkan ialah mereka yang dipimpin oleh Tuhan. Mereka adalah para nabi dan rasul serta pemimpin pilihan Tuhan yang berwatak nabi dan berwatak rasul. Antara keduadua pemimpin ini, yang berwatak rasul saja yang layak memimpin seluruh kehidupan manusia, walaupun tidak salah untuk manusia mengikut pemimpin yang berwatak nabi. Ini kerana para nabi dan pemimpin berwatak nabi hanya memimpin di bidang ibadah dan akhlak sahaja.


Tugas dan peranan para pemimpin ialah banyak memberi tunjuk ajar kepada manusia. Maka yang lebih utama didahulukan ialah memberi tunjuk ajar kepada diri sendiri. Mesti mampu mendidik diri, mampu menundukkan nafsu sendiri, mampu berakhlak sempurna dan mampu menjadi model dalam segala hal khususnya ilmu dan minda, ibadah, akhlak, kepimpinan dan rumahtangga. Manusia terjamin selamat di bawah naungan pemimpin super model ini. Pemimpin pilihan yang bertaqwa ini sentiasa dinaungi oleh Tuhan. Rezekinya Tuhan yang tanggung. Masalahnya Tuhan yang selesaikan. Ilmu dan mindanya Tuhan yang ajarkan dalam bentuk ilham atau firasat. Strateginya tepat kerana ilham dari Tuhan. Dia adalah sumber kekuatan, kekayaan, kebijaksanaan, keupayaan, kepintaran dan kemampuan. Musuhnya Tuhan yang tewaskan. Kerananya maka orang lain dibantu.


Dengan kehadiran pemimpin pilihan Tuhan ini, bumi menjadi dingin kerana turunnya rahmat Tuhan. Kepalsuan menjadi reda. Kejahatan merosot. Ketegangan menjadi kendur. Hati menjadi lembut dan lunak serta mudah menerima kebenaran dan kebaikan. Hati yang degil menjadi luntur. Maksiat dan kemungkaran menurun kerana hati-hati manusia turut terproses dengan sendiri. Manusia merasa gentar dan gerun untuk bertindak diluar batasan. Musuh mengakui kebenarannya tetapi hasad dengki mengongkong mereka lantas menolak kebenaran yang dibawa dan diperjuangkan oleh pemimpin bertaqwa seperti ini. Sepanjang sejarah, Tuhan telah buktikan bahawa pemimpin inilah akhirnya yang beroleh kemenangan, kerana Tuhan kehendaki mereka menang. Tiada kuasa yang berupaya menembusi kuasa Tuhan. Musuh nya Tuhanlah yang menumpaskan kerana Tuhan kehendaki yang batil dan pemimpin zalim itu tumpas. Pemimpin zalim di zaman mana pun, sejarah telah membuktikan yang dengan bukti sejarah itu wajar dijadikan iktibar, bahawa akhirnya mereka kecundang. Betapa gagahnya Firaun, Qarun, Hammad, Namrud, Abu Lahab, Abu Jahal, Al Walid bin Mughirah, kuas empayar Rom dan Farsi, keutuhan Kota Konstantinopal, semuanya kecundang di tangan pemimpin kebenaran. Sejarah pasti berulang.Sejarah pasti berulang.Sejarah pasti berulang....


Watak zaman kebangkitan Islam kali kedua ini sama saja dengan watak zaman kebangkitan Islam yang pertama, terutamanya Tuhan benar-benar memberi pertolongan atan syafaat dalam memenangkan pemimpin kebenaran hingga menuju ke zaman ummah. Manakala sebaliknya, Tuhan juga benar-benar memberi syafaat dalam melenyapkan pemimpin palsu yang membawa kebatilan dan kezaliman. Inilah zamannya yang mana sejarah itu sedang berulang dan sedang berlaku. History is in the making.

Friday, August 20, 2010

namanye.......DIPILIH

SALAM SEJAHTERA..

BismiLLAH walhamdulILLAH, alhamdulillah3.....
Bersyukur kehadrat Allah swt diatas nikmat akal untuk memahami liku2 hidup. Selawat dan salam diucapkan keatas junjungan besar NAbi Muhammad SAW kerana kekuatan yg Allah anugerahkan kpd baginda.

kepada sidang pembaca blog tu..... ana
Cube mengambil peluang ini untuk mengucapkan berbanyak 2 syukran kerana sudi membaca karangan budak2 ini.

suka saya katakan berkenaan akal. Tuan2 tau x. akal ni adalah satu kurniaan Allah yg sangt berharga.... berdasarkan pembacaan ana...akal adalah nikmat terbesar selepas islam dan iman...
Tapi ade syratnye....si pemilik akal mestilah menggunakan akal itu untuk memahami .
Faham disini adalah Faham akan matlamat hidup di atas moka bomi ini. iaitu tadbir, dan seru.
tadbir kemana?  kepadathe way of life...the true 1[ISLAM]
seru kemana?  sama2 lah para pembaca kaji...[x kan nak bgtau skarg]

ana rase tangan dah mula letih bagi meneruskan tulisan yg ana hrp memberi sedikit sebanyak kesedaran pd semua maknusia....

waLLAhua'lam

Wednesday, August 18, 2010

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berulang kali menentang cadangan dan keputusan oleh Kementerian Kesihatan untuk memvaksin semua perempuan berusia 13 tahun di negara ini daripada virus Human papillomavirus (HPV), virus yang disebarkan melalui aktiviti seksual berdasarkan bahawa ia tidak perlu, tidak saintifik dan tidak selamat.

Kami juga menggesa Kementerian Kesihatan menyediakan jaminan bertulis kepada semua ibu bapa bahawa dalam kes sebarang kanak-kanak yang menerima vaksinasi mengalami tindak balas kesan sampingan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran perlu mengambil tangunggjawab dan liabiliti sepenuhnya dan menanggung semua kesan daripadanya.
 SM Mohamed Idris,
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang
No. 10, Jalan Masjid Negeri,
11600 Pulau Pinang.
Tel: 04 8299511 Faks: 04 8298109 e-mel: idrismd@tm.net.my       

Friday, July 30, 2010

.'.'.'.'.'....'''..''..::Because he is a 'Muslim::'''''''........'''''''....'.'.'.'.'.



soo sad
ingat bumi ni hak mung .... 




muslimah x dibenarkan masuk u... sebab pakai tudung n berpurdah   yg mane akan membawa kebaikan,,












 tapi student lain yg berpakaian macam tak cukup kain... ok je belajar kat universiti...





die kafir  zionis laknatullah boleh bunuh sape saje....ooooo sedak la...

bile seseorg membawa kereta dalam keadaan melanggar peraturan, tiada siapa peduli...
.
tapi bile muslim buat kesilapan...org kata "NI SEBAB KAU ISLAM LAH NI...


.
wHY?????








JANGAN PANDAI BUAT JE "TAUBUAT"
Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"

(Surah Ibrahim: 7)

<><<><><><><>HARga AiR<><><><><><><>

Kerajaan negeri SELANGOR menganggap keputusan Syabas itu seolah-olah mahu memberi tekanan kepada kerajaan negeri agar menerima skim penyelesaian yang dicadangkan kerajaan persekutuan.<>><><><><

SKIM APE????
MENAIKKAN tarif AIR LA......
OOOOO......

:::::::[[[SaMaN]]]:::::::

>>Saman ekor diteruskan OLEH KERA......

LALU WUJUD :: Kempen 10 juta tandatangan bantah saman ekor::

::::>>><<<>> saman ekor sebagai ‘ISA Kedua' kerana ianya menyebabkan penerima notis saman terpaksa membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah.>><<>><<:::<<<
>>>>>><<<<<<<<<<>><<:::<<>>

SEbAlIkNYA<><><><>Abdul Aziz bagaimanapun menjelaskan, sebelum menyenaraihitamkan setiap pemilik kenderaan, satu notis saman akan dikeluarkan kepada mereka dan menunggu maklum balas daripada pemilik tersebut sama ada mereka atau orang lain yang melakukan kesalahan itu.<><><:::><><::><><>

Thursday, April 22, 2010

kebenaran MenGatSi KebatilAn

bile KEbenaaran terbukti ,,maka jatuhlah kebatilan itu,
moge penduduk hulu selangor dapat pakoh baik... pilih lah pemimpin yg "baik"

ambe tau bakpe BN takut kaloh kat hulu Slngor

Kekalahan di Hulu Selangor lebih perit untuk dihadapi dan diterima oleh Umno-BN berbanding kekalahan dalam pilihanraya kecil lain pasca pilihanraya umum lalu termasuk kekalahan dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh. 1p0int

Ini kerana kekalahan di Hulu Selangor bermakna dengan sendirinya 1Malaysia gagal. Bermakna rakyat mengakui dan menerima bahawa 1Malaysia diresapi oleh pengaruh Yahudi seperti yang didedahkan di parlimen dan rakyat di Hulu Selangor oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat.
2 point

Monday, April 19, 2010

.:cube ar sekat...org luar nok memalukan kamu tuuuo:???:..

PAS mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyaman media antarabangsa berhubung pendedahan tentang sekatan eksport gas ke Iran oleh Petronas.

Laporan seperti The Wall Street Journal, AFP dan Reuters sebelum ini melaporkan sekatan terhadap Iran itu dibuat sebagai usaha Malaysia untuk menyokong Amerika yang berkempen untuk melakukan sekatan ke atas negara itu.

walaupun Najib menafikan bahawa Petronas menghentikan bekalan gas ke Iran...dok soh nawwok arr.. aku tgk diri dalam brite haritu...sedunio nampok..'

lagii...Sebelum ini negara dikejutkan dengan pendedahan bahawa kerajaan Malaysia membayar syarikat perunding yang dikuasai pelobi Israel, APCO dengan bayaran RM 77 juta setahun. Dan APCO yang menjadi sandaran untuk program 1 Malaysia juga merupakan syarikat perunding utama yang banyak mempengaruhi keputusan Amerika dan Britain untuk menyerang Iraq pada 2003. 1point...

"APCO juga telah membawa Najib berjumpa Obama, untuk mengukuhkan pengaruh...2 point

"Rakyat menunggu Najib menyaman media-media barat dan menghalau APCO dari negara ini dengan segera sebagai membuktikan komitmennya dalam membina hubungan baik dengan Iran dan negara Islam lainnya," katanya.....3 p0int';;

Sallah Wat ,...nyesal mung YB Najib

Yang Tun Razak mahukan bukan untuk mengkayakan Felda. Apa yang peneroka dapat dari kayanya Felda. Yang perlu dikayakan adalah peneroka bukannya Felda," kata beliau.
org hok duk felda tu yg berkenaan pakat la twist pikirang masing2...pakaoh PR la pulak...


pahtu ISu MAIKA pulak timbl.....ape2 tah .....Masalah ny e kat Pm kite la .ni...MOge ALLAh beri HIdayat untuk nye dan Aku sklia..

Nok gi Retek HULU Slangor: jumpe tok guru LA; 23mei ni

Dato Zaik memang sesuai untuk jd wakil RaKyAt.....cume kite la pulak, calon ade doh....tolong pakoh betUl Ja bukan susah....DOk kan dgn macam 2 ragam MNo ...kite dok leh mikir lagi....Tgk muke pmimpin Mno pun, Aku rase awok mun PediH.... HArpkn pngkt je tinggi....akhlak macam gape...
Pakatan Rakyat tidak mengamalkan politik perkauman yang nyata menindas kaum-kaum minoriti di tanah air. se point...
amalan politik perkauman melampau yang diamalkan oleh segelintir pemimpin tertinggi Umno sebenarnya tidak sesuai dengan masyarakat minoriti India. 2 point...
pahtu BN,UMNO

::YUP" UMNO BEDOSE, sebab ye nipu::(

Biar ar DAto' Zaik kene tipu pon, ye tobbat doh...[moge ALlah trime tobat aku dan muslim lain]. Doh mung MNO..BILE AGI, duk tudoh kokrang minum arak....tu dulu....kalu kire perbuatan dulu ramai Ar masuk UMno.....
Siap 2 org TOk Guru Lg sokong...tok GURU tu bukan barrang....silap sebut , nyessal.... pahtu calon umno sape pulok sokong, dok kan harap ke org asing......silap haribulan diorg naik pale ....dok chekak lek mung la....PIKIR LA....Gune al otak ckit...

Wednesday, April 7, 2010

Bukti APCO Zionis dan anti-Islam

Dari Nat (http://anwaribrahimblog.com)   
Laman web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana Menteri Najib Razak untuk mengendalikan “strategi komunikasi” dan “membina imej” negara.

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel – Shimon Stein (bekas duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika Syarikat) – serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata – mengakibatkan beliau terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada satu individu. ASERO merupakan sebuah syarikat adik-beradik kepada APCO yang berkait rapat secara terbuka dengan APCO dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Doron Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama ASERO adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet – David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.

Selain itu, Naib Presiden ASERO Carl Truscott, dan penasihat ASERO, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara Hedgecoth – anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

Dengan pengupahan APCO, pengaruh Zionis, penyeksa serta mereka yang handal menyalahgunakan kuasa kerajaan kini telah dibenarkan menentukan hala tuju negara, serta kini mempunyai akses kepada semua peringkat kerajaan – termasuk maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara. Tidak membimbangkan ke, Ketua Kewangan ASERO, Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?

Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah Malaysia kini dibukakan? Di antara pemimpin ASERO satu-satu individu yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee Peng – seorang bekas polis Singapura.

Apakah Perdana Menteri Najib sanggup menggadai masa depan dan kedaulatan negara hanya demi mereliasasikan cita-cita politiknya?

APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

Jonathan Winer merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada 2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.

Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan Muslimin dan penulis karya Ma’alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur’an) seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.

Siapa sebenarnya di merata dunia yang sanggup mengupah syarikat yang dipimpin oleh mereka yang berusaha menentang Islam dan menyemai kebencian?

Klien-klien dan bekas klien APCO termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir RM 10 billion duit rakyatnya semasa presiden Nigeria. Jeneral Abacha turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah, termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.

Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa pembunuhan, turut merupkan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.

Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim, mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.

Beginilah senarai pemimpin yang kini disertai oleh Perdana Menteri Najib, yang seandainya tidak mengenal malu.

Adakah ini sebuah pengakuan diam bahawa Perdana Menteri mempunyai beberapa kesamaan dengan pemimpin-pemimpin yang dituduh berasuah dalam negara kaya dengan minyak, gagal menghentikan konflik perkauman, serta mengakibatkan kematian?

Keputusan Perdana Menteri untuk membuka Malaysia kepada pengaruh Zionis dan anti-Islam serta berganding bahu dengan para perasuah yang paling parah di dunia harus dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan Malaysia.

Sekiranya Perdana Menteri masih berdegil dengan mengekalkan kontrak APCO ini, maka tergadailah negara dan terjejas keselamatan serta maruah kita semua. Kita hanya boleh harap kita masih belum terlambat.

Berikut adalah senarai beberapa sumber maklumat untuk artikel ini:

www.apcoworldwide.com
www.asero.com/index.cfm
www.wikipedia.org
www.harpers.org



* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Tuesday, April 6, 2010

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ISLAM DIHINA

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di Malaysia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM? Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia . Antaranya:
01.) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun.

  • Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, “Hang nak ikut agama apa?”. Kalau dia kata nak jadi Hindu, maka jadi Hindu lah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

  • 02.) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama.
  • maknanya, perkataan ‘Islam’ yang ada kat mykad kita itu, depa minta di ‘tiada’ kan.

  • 03.) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
    04.) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
    05.) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
    06.) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
    07.) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain.

  • mahkamah syariah kalau takde, habis la kita. Walaupun ia bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?. Kalau takde mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

  • 08.) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
    09.) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
    10.) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
    11.) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
    12.) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia?
    Lagi 3 saya tak ingat, anda boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.
    Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?. Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
    dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?. Depa kata kat Mufti Perak, “ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!”. Datuk Harussani balas dalam majalah Millenium Muslim katanya, “di atas sikap open minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!”. Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
    ———————————————————————————————-
    Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya:
    “Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain. Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
    sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya, dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar”. (rujukan tafsir al-Quran al-’Azim oleh Al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
    Wallahua`ala`alam.
    Ikhwanul Muslimin : 1. Allah tujuan kami (Allahu ghayatuna) | 2. Rasulullah teladan kami (Ar-Rasul qudwatuna) | 3. Al-Qur'an landasan hukum kami (Al-Quran dusturuna) | 4. Jihad jalan kami (Al-Jihad sabiluna) | 5. Mati syahid di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi (Syahid fiisabilillah asma amanina)